Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, June 14, 2014

Reasons..


Yellow.

Aku tengah gaduh dengan perasaan sendiri sebenarnya. Dah jadi kes berat sangat so terpaksa luahkan di blog terindu. Hmm ayat sad life sungguh. Mana tak sad life nya kan... Memang sekarang aku rasa sedih. Why?

Firstly of course sebab kena balik ke Perak. So confirm juga nanti dekat Perak aku akan homesick sekurang kurangnya seminggu. Tapi aku tak dapat nak imagine kalau aku homesick time tu sebab aku ada projek sekarang ni. Projek hal cheerleaders tu laa. Sukan 21/6 weh. Sempat ke practice kalau sekarang pun macam haprak. Dengan larian lagi. Aduhhh. Frust !

Second, homeworks.. Aku malas nak buat sebab dekat rumah banyak halangan. Dekat sekolah aku rajin siapkan homework pun sebab bosan gilaa. Kalau kawan-kawan aku ajak main, confirm confirm aku tak buat homework dah tau. And confirm lagi kalau hari Sabtu tu biasanya aku tidur je. Homework terbuka and terbiar sebegitu sahaja. Teruknya aku...

Third, kehilangan. Arghhhhhhh sedih ! Aku rasa macam aku tak boleh nak hidup tanpa kucing. Aku pernah nangis dekat asrama sebab rindu kucing. Orang nangis rindu mak, aku nangis rindu kucing? Haritu kan aku balik kampung seminggu lebih so takde siapa jaga kucing aku. Tak pasal pasal kucing aku dari 11 ekor jadi 4 ekor SAHAJA. Kau bayangkan lah sendiri macam mana perasaan orang gila kucing ni. Eh, takde siapa akan faham.

Forth, cannot move on. Yeah aku tak boleh nak teruskan kehidupan aku sebagai seorang yang normal sebab aku asyik merindukan kenangan yang takkan berulang apatah diingati. Aku rindu zaman kanak kanak aku. Aku rindu kucing kucing aku yang dah takde. Tapi serious ah ni teruk sebab,


Faham en? Teruk en? Hmm..

Fifth, dahh dahh. Takde dahh. Mari kita tamatkan post ini dan mula dengan post baru dengan nada yang lebih gembira. Eceh :p