Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, June 14, 2014

Public Phone


Nak cerita pasal Perak je tau tapi gambar bajet duduk dekat London :p

Kan sekarang duduk dekat asrama en en en. Rindu dekat keluarga and kawan takyah cerita lah en en en. So.. Dengan izin Allah, hanya public phone je dapat menghubungkan aku bersama mereka...

Aku dah tetapkan dah, setiap hari Sabtu aku akan call mak aku. Biasanya pagi laa. Kalau aku bangun lambat, pukul 10 or 11 baru call. Hehe. Call mak ni benda wajib la juga. Kalau aku nak call kawan aku sekali pun, aku akan call mak aku dulu. Sebab aku macam terfikir "kawan call, mak taknak call pula". Haa lebih kurang macam tu laa. Kita kena la utamakan mak en..

Lepas dah puas borak dengan mak, baru laa aku akan call kawan kawan aku. Yang biasa aku call, BAYS and MA je laa. Hehehehehe. Ada juga aku teringin nak call kawan yang lain especially budak ibnu sina tetapi aku tak hafal nombor :/ Sorry ya teman teman. Tapi kan, kalau call mak pagi, call kawan pun mesti laa pagi. Dah nama pun hari Sabtu, dorang mesti tak bangun dari tidur lagi.. >.< Hahahhaa

Kalau call kawan tak dapat, aku call abang aku. Tapi call abang ni bukan perkara mudah. Maklumlaa abang busy dengan dragon boatnya dengan rugby nya dengan study nya. All the best ya abang

So.. Kadang kadang aku tak dapat nak tahan rindu. Aku akan call juga kawan kawan aku tu. Biasanya malam laa lepas bacaan al-mulk. (Time tu je free ._.) Dulu, aku gilir-gilir call Batrisyia, Anisa then Liyana. Tapi sekarang Batrisyia dah jadi schoolmates aku, aku call Anisa and Liyana je laa. Jimat duit syiling aku call sikit orang xD Muahahah

Lepas call mereka, aku call MA. Hehehehe. Ni nak cerita ni.. Aku kan pemalu. Cehhhh. Memang malu gila ah takyah cakap banyak mana. Tapi masa aku mula mula duduk dekat asrama tu, aku memang rinduuuu yang teramat sangat gila nak mati (hiperbola). So, aku pun dengan bajet beraninya, aku call dia. And seriously itu adalah first time okay. First time cakap dengan dia. Debaran di dada tidak bisa ku ungkapkan xD hahahaha


Tapi tu time first time je. Second and third and kali ke berapa dah, aku better laa cakap dengan dia.. Tak rasa malu sangat. Hehe. Paling best bila dengar dia gelak. Hmm macam pelik. Tapi bukan senang tau nak dengar. Bukan macam aku ni asyik gelak susah nak henti dah macam orang gila dah rasa. Hahahaha. Sekian sahaja cerita yang memalukan ini. Byebye xDD