Assalamualaikum.
Wow. Last post was on January?! HAHA. I'm so busy, huh?
So mari bercerita apa telah terjadi terhadap diriku ini. Eceh. Tahun ni ialah tahun 2014. Aku dah masuk form 4. Baru form 4 belum 16 tahun lagi okay :p It's different. Ramai orang cakap tahun tingkatan 4 ni tahun honeymoon tapi bagi aku, tak langsung. Sikit pun tak dapat nak enjoy tetapi aku tetap enjoy bila aku nak. Hehe. Belajar subjek-subjek baru dan subjek lama pun makin mencabar. Contohnya, Sejarah. Aku memang lemah gila bab Sejarah ni. Result PMR tu nasib je dapat Sejarah A. Memang unexpected tapi masih bersyukur, alhamdulillah..
Aku ambil aliran sains tulen. Dapat masuk kelas 4 Sains 1. Wah kelas pertama bhai tapi kalau exam, confirm boleh dapat tempat kedudukan yang akhir-akhir sikit. Ramai budak pandai dalam tu bhai. Hahaha. Dah lah baru belajar en lepas tu macam biasa lah tak fokus dalam kelas. Memang lost. Especially Biology xD Padahal aku minat tau tapi cikgu tu ajar aku tak boleh nak terima. Suara slow.. Kahkah. And pada awal tahun 2014 juga banyak kejadian sedih berlaku. (Sebab tu tak update blog, sedih sangat) Ramai kawan-kawan aku daripada #IbnuSinaForever pindah. Masuk sbp sana masuk sekolah agama sana. Well, I'm proud of you guys. Congrats and good luck.
Sampai lah turn aku.........
Entah macam mana lah kan aku boleh dapat tawaran kemasukan ke SBP untuk second intake punya. Rasa macam nak salahkan kementerian je time tu. Walaupun kementerian innocent. Aku tak nak berpisah dengan SMKSI pun especially kawan-kawan aku kan. Okay jom lah flashback jap.
Pada minggu tu memang ramai orang tertanya-tanya bila result second intake keluar. Aku pun wondering lah juga sebab aku ada buat rayuan dan aku berharap sangat aku tak dapat. Aku mohon sebab aku ikut kawan dan aku tak expect langsung aku dapat sebab aku rasa aku bukan budak pandai untuk masuk sbp. HAHA. Masa tu hari Isnin en, balik-balik rumah tengok tv dulu. Cerita Be Careful With My Heart. Mana pernah miss en :p Baju sekolah termasuk tudung sekolah pun tak buka lagi tau sebab nak tengok tv punya pasal. Cerita fav lah katakan. Richard Yap handsome lah katakan.
Takde lah handsome sangat tapi aku suka tengok dia jadi ayah yang penyayang dan egonya yang tinggi. Dah suka Maya taknak mengaku pula en. Hahahaha. Tiba-tiba kawan aku yang dah pindah rumah and sekolah, call aku iaitu Afiqah. Dia tanya aku apa nombor Syahmina. Dia nak call sebab nak bagitahu dia dapat sekolah yang berdekatan dengan sekolah Syahmina. (Syahmina-SMS Perempuan Seremban & Afiqah-SBPI Jempol). Aku pun berborak dengan dia punya lah bising sampai kakak aku dengar en. Afiqah ada tanya aku, dapat ke tak. Aku cakap aku tak check lagi dan aku sangatlah berdebar untuk check. Memang takut.
Disebabkan kakak aku terdengar, so dia buka guna phone dia. Dia check and time tu memang dia sorang je tahu resultnya apa. Aku malas nak layan sebab still on the phone. Mestilah lama. Ecehceh. Then kakak aku excited sangat, dia bagitahu mak aku. Aku buat muka selamba badak je lah. Bajet cool lah katakan. Then tiba lah masanya untuk lunch. Lunch kami pukul 3 petang ya xD
Tengah lunch aku tanya mak aku.
Me : Ana dapat ke mak?
Mak : Ya.
Me : Dok percayalah. Mesti tipu ni.
Kakak : Ya Allah! Nah bukti
At that time memang rasa nak nangis ah. Semua benda dah terbayang dalam minda. Tv pun dilupakan and memang hari itu merupakan hari terakhir aku tengok BCWMH. Touching punya pasal :'(
Aku tahan nangis lu and rahsiakan dari kawan-kawan aku. Dorang tanya pun aku tipu. Sampai lah siapa tah tanya, tak dapat nak tipu en. So kantoi lah. Then merebak merebak merebak. Semua kawan aku menangis. Agak-agak aku nangis tak? Hahahhahahahahha.
Ingat lagi kot time tu. Yang bestnya masih ada kenangan manis lah yang terselit. Contohnya kawan-kawan bagi support, bagi hadiah yang memang buat aku terharu gila and cakap macam-macam blablaba.
Ohhhhhh lupa pula nak cerita bab sedih gila nak mati (hiperbola). Time aku dah accept fact yang aku akan pindah, aku jadi normal kembali tau. But suddenly adik aku jatuh sakit and agak teruk laa sampai kena tahan dekat wad selama lima hari. Disebabkan dia masih kanak-kanak, mak aku pun kena teman and macam mak aku pun kena masuk wad tau. Ayah aku kerja so aku dan kakak memang busy gila ulang-alik ke hospital and rumah. Nasib baik ada public transport tetapi kena jalan jauh ah. So.... Untuk pendaftaran aku di sekolah baru, hanya kakak dan ayah ada. Mak dan adik takde. Sedih gila....................................................................................................................................................................................................................................................................................
Aku masuk ke sekolah baru iaitu SBP Integrasi Gopeng pada 5 Mac. Memang aku 100% alone lagi-lagi aku ni orang KL. Yang lain semua orang Perak or Kedah and ada kawan dan sebagainya. Sedih gila ah. Setiap hari aku menangis dekat sana tetapi sorok-sorok ah. Rasanya takde orang nampak :p
Then macam-macam lah pengalaman ditambah sepanjang duduk dekat sana. Sekarang dah 3 bulan dah aku duduk rasanya. Alhamdulillah setakat ni setiap bulan boleh balik. Aku rasa nanti lagi susah nak balik kot.. Takpelah aku reda.
So now lagi jarang lah ya aku update blog. Kalau aku gembira or stress sangat, confirm-confirm aku update and luahkannya. Yelaa aku tak percayakan orang untuk meluahkannya. Kahkah.
See ya, bye