Hyeeeee ;)
Aku tak tahu nak buat apa. Tangan aku hanya reti nak menaip. So, aku nak cerita alkisah semalam. Tak suruh baca pun. Tekan je Crtl + TAB. Peace.
Semalam akhirnya aku dapat online guna laptop. Happy lah katakan :P Pukul 8 lebih mak aku keluar ambil kakak aku. Then pukul 10 baru sampai. Lama gila kan?? Aku pun tak tahu lah dorang buat apa. Kakak aku cakap pukul 11 teman dia ambil abang aku dekat Danau. Nak tak nak kena juga ikut. Paksaan ni.... Tak sempat pukul 11 malam lagi abang aku dah call suruh ambil. Panic aku dengan kakak aku bersiap. Dah lah dua dua tak mandi lagi. HAHAHA...
Disebabkan semua lapar. So, aku dengan kakak aku pergi kedai Burger Banjir dekat dengan balai polis tu. Dekat je dengan rumah aku yang dulu :D Kakak aku ni agak rapat dengan owner kedai tu tetapi time tu tak de pun owner dia. Ada ramai lelaki dan aku hanya kenal lebih kurang 3 orang lelaki je. 2 orang tu anak owner tu. Yang seorang tu, SR.
Hmm, aku tak tahu lah nak describe macam mana pasal 2 orang lelaki dekat situ. Yang jadi tukang masak tu. Kihkih. Tak pasal-pasal dapat nickname dengan aku. Bak kata abang aku, kau tahu je laa lelaki apabila jumpa perempuan. -.- Dorang terjerit sana sini. Radio sengaja dikuatkan. Actually, aku takut lah juga..
Btw, dorang tak habis habis pandang aku atau kakak aku. Aku pandang jalan tu jeeee. Tidak lama kemudian, abang aku sampai dengan kawannya sekali, Naaim. So, kakak aku cakap lah dekat abang aku, pergi lah order. Dengan serta merta, si lelaki lelaki tu terkejut tau. Muka diaorang agak lawak lah. Kebetulan abang aku dengan kawan dia kan. Dia fikir macam tu pakwe kakak aku dan aku. Tergelak besar aku weh. Cuma, aku cover sikit.
Selepas itu, memang dorang diam jeeee. Tak de dah jerit ke karaoke ke. Sopan santun budi pekerti jee :P
Sepanjang ontheway nak balik rumah tu, aku rasa macam.. bahagia. Aku gelak je. Ye laa, ada seorang pakcik menggelabah bawa motor. Nak tercabut helmet dia. Nak terjatuh dia. Hahaha.. Kesian pun ada. Lawak itu banyak. hehehe.
Masa aku tolong kakak aku angkat barang ayah aku dari kereta tu kan, phone aku bunyi tau. Aku fikir MA dah nak tidur ke apa rupa-rupanya tak. Heeee. Lagi aku happy :D Then, masa tu aku ada banyak kerja dalam satu masa. So aku letak phone aku atas satu meja ni. Then aku pergi uruskan kucing bagai~~~ Phone aku pun berbunyi laa kan. Abang aku ada dekat sebelah meja tu. Aku lupa pula mulut dia tu macam mana. Dia tengok phone aku bising then dia buat apa tah. Lepas tu dia jerit,
Syarafana ! Ansar mesej ni !
Kau tahu je laa suara dia macam mana. Tak pasal-pasal satu family tahu aku mesej dengan siapa. -.- Agaknya jiran sebelah atas pun boleh dengar. Malu gila aku. ._.
Lepas tu mesej je lah dengan MA, makan, mandi semua lah. THEend. :D