Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 25, 2012

My Older Brother

Hyeee,

Siapa kenal abang aku yang handsome itu? Welk. Sekali dia baca kembang habis. Hehe. Dalam family aku, hanya abang dan adik aku je yang tak tahu pasal aku dengan MA. Adik aku tak yah cakap laa kan, cerita sejuta kali pun belum tentu faham. Sekarang, abang aku dah tahu pasal aku dengan MA. Kantoi habis lah ! >.< Hahaha. Nak tahu, scroooooooooooooooooooll~

Situasi 1

Ada satu hari tu, ayah dan abang aku yang ambil aku dari tuisyen. Masa nak otw balik rumah tu, ayah aku tak habis-habis cakap pasal MA. Aku pun tak tahu lah kenapa dia suka sangat sebut nama tu. Then, abang aku adalah selit sikit. Dengar juga ayah cakap pasal MA nii.. Ada sekali tu, ayah aku tanya, kenapa MA suka aku dan kenapa aku suka MA. Aku sengih jee :D Abang aku cakap laa, DP aku kan pakai cermin mata abang aku. Kononnya cermin mata dia tu hebat. -.- Padahal takde kena mengena pun. Kan MA? Hahaha.

Situasi 2

Masa tu semua orang ada dekat ruang tamu. Aku duduk sebelah abang aku. Aku letak phone aku depan aku and tengok tv. Tiba-tiba, abang aku ambil phone aku. Aku tak kisah laa. Bukannya rahsia except part mesej laa. hehe. Mula-mula dia tatap gambar wallpaper phone aku.


Lepas tu dia tanya aku, MA tu apa? Mohd.....? Takkan aku nak cakap Ansar macam tu je kan? MALU kot ! So aku cakap je laa, 'Ayam'. Then kakak aku straight post dekat Facebook sebab dia nak bagitahu MA. Sabar je laa. Nasib baik MA tak marah :P Abang aku pun sambung jee tengok sampai dia jumpa gambar ni.


At that time, dia dah tahu makna MA. Btw, ni gambar Menara Ansar time aku pergi Johor haritu. Dah kantoi macam ni sekali, memang tak boleh nak buat apa dah. Hanya kerana 2 keping gambar yang aku sayang. >.< Hahaha... Nasib baik dia tak turun lagi kalau tak jumpa pula gambar aku dengan MA.

Situasi 3

Aku online Twitter guna laptop. Tahu-tahu je laa nama Twitter aku apa en.. Then abang ejek. Dia jerit 'MAMAMAMA' banyak kali.


Hahaha. Sekian sudah cerita saya :)