Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 1, 2013

Yesterday's story


Hai :)

Today is Labour Day. Sekolah pun cuti. Tuisyen pun ponteng. hehe. Now aku home alone that's why 'ada' masa sikit untuk update blog. Homework folio apa semua ni tak siap. Ya Allah, teruknya aku...

Berkenaan dengan gambar, sekarang ni aku rasa diri aku makin serabut. Sebelum aku cerita sebabnya baik aku minta maaf awal-awal takut terkasar bahasa. Okay, here's the story. Aku serabut sebab aku rasa aku ada banyak masalah dan baru-baru ini aku selalu kena marah dengan cikgu. Oh please. Aku memang tak boleh bila orang marah aku. Memang rasa bersalah sangat ._____.

Kenapa bersalah? Ye laa, kerana aku buat salah, tak pasal-pasal cikgu kena marah-marah. Kesian dekat cikgu padan muka dekat aku -.- Paling tak boleh terima time semalam laa. TERmasuk lambat ke kelas then kena marah depan semua orang. Takde laa malu sangat cuma pelik. Ada laa beberapa ni yang masuk depan aku je tetapi tak kena marah pun. Nak salahkan cikgu pun tak boleh juga kan..

Then homeworks. Biasa laa. Masalah pelajar dengan homework ni sebab tak siap je. Memang aku malas nak siapkan pun. Cuma.. Aku rasa penat sangat. Ciri-ciri demam mula muncul. Tak pe. Just say Alhamdulillah kerana bila penyakit datang, dosa akan dikurangkan :)

Next problem is kelas ku sayang. Muahaha. Ini semua membuatkan aku stress menjadi seorang penolong ketua tingkatan 3 Ibnu Sina............ :'D

Itu masalah paling besar rupanya. Aku tahu semua akan hadapi masalah ni tetapi sekarang aku rasa beban sangat untuk menjadi penolong. Kenapa? Izinkan aku terus terang please...

Aku tak suka bila pagi-pagi dengan aku jalan lambatnya then semua orang tunggu aku untuk buka pintu kelas until one day ada orang cakap memang orang yang buka kunci selalu lambat eh. So sorry. Bukan sengaja nak bagi korang tertunggu. Setiap hari aku cuba selit supaya aku jalan dulu tetapi aku tak larat lah. Ramai lelaki kiri kanan. Aku tak boleh nak selit...
Aku tak suka bila cikgu macam marah aku ke apa sebab aku rasa aku penolong paling teruk dekat sekolah tu. Yeah I know. Nobody's perfect tetapi rasa macam sedih je bila penolong kena marah. Rasa macam hilang maruah. Everyone is watching me kena marah apa semua. Malu laa :(
Aku tak suka bila time rehat aku naik lambat (takde laa lambat sangat tetapi sometimes lambat gila) so semua kena tunggu aku membuka pintu and aku rasa bersalah sangat. Walaupun setiap kali nak naik tu aku rushing gila tetapi aku still lambat and bersalah gila weh bersalah !! Aku dah cakap ambil kunci dekat aku dulu tetapi dorang tak buat so maybe itu menyusahkan. Aku tak kisah tetapi sorry sebab bagi korang tunggu

Okay rasa nak nangis pula di sini....


Aku tak berapa suka time balik. Sometimes aku kena tunggu korang semua balik dulu apa semua then baru kunci pintu. Aku pernah suruh seseorang kunci dulu then aku terus balik. Esok tu aku tengok pintu tak berkunci dan CONFIRM bila ada yang tahu pintu tak berkunci dia pun tanya laa aku kenapa tak kunci pintu apa semua. Aku rasa macam nak marah je tetapi salah aku juga -.-

Anything else? Mesti laa ada bro. Baik aku tamatkan sekarang. Hee, bye ! :D