Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, July 31, 2013

Try again and again and never give up :)


Assalamualaikum!

Rindu Oh Rinduuuuuuu~ Eceh, excited pula aku ni. Hehe. So, apa khabar semua orang yang maybe dah tak baca dah blog ni. Dah lama sangat aku tak update kan? Busy and lazy :p

Sorry kalau post ni pelik ke tak ikut format dan sebagainya. Aku update guna phone so... it's weird. Seriously. Haha

Hmm, sebab aku tiba-tiba excited nak update ni ialah aku rasa macam dah lama tak membebel sorang-sorang dalam blog. Yelaa, ada problem asyik pendam. Twitter pun dah jarang tweet kan. Otak macam nak meletup tapi kisah apa aku xD Yang aku tahu aku taknak dah share apa-apa dekat public. Selama ni share dekat blog sebab viewer sikit tapi semenjak selalu update, meningkat pula bilangannya kan. Itulah sebab aku jadi malas nak update blog :) Hehe

First topic is, Percubaan PMR. Jengjengjeng.. haha

Semalam bersamaan 30 Julai, sekolah aku baruuuu je habis menjawab peperiksaan tu tau. Pergh, susah dia buat aku pening sangat and first time frust teramat kerana exam. Memang nak dipendekkan cerita banyak soalan tak boleh jawab :/ Sedih tau. Dah lah percubaan PMR and lagi 63 hari je lagi nak PMR!!! Nanti nak raya, memang aku tak sentuh buku dah. Haha. Aku bukannya pelajar cemerlang dan rajin pun xD

Dan pada hari ini ada lah dapat markah kan. Heeeeee. Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab dah ada 2B. Target aku kali ni just markah naik and elakkan C. InsyaAllah boleh :)

Sekian sahaja luahan saya. Ma'assalamah wailalliqa'. Bye :)

Monday, July 8, 2013

Bersyukur


Ini adalah kucing termanja aku. Nama dia Coklat. Aku excited sebenarnya sebab tu nak update post ni. Hehe. Coklat ni sakit. Tiba-tiba je. Memang sedih sangat. Makin lama makin teruk tapi alhamdulillah aku tengok malam ni dia makin sihat. Aku happy sangat sampai terus update blog guna phone pula tu.

So siapa yang baik hati walaupun benci kucing doakan lah dia sembuh. Dapat pahala :)

Bye. Assalamualaikum

Friday, June 28, 2013

Sahaja bercerita


Assalamualaikum :)

Di sini saya ingin selit cerita 11 Jun 2013. Pada masa itu, saya telah mendapat phone yang baru dan sangatlah bersyukur. Ayah memberinya secara tiba-tiba dan kata ibu, ayah dah rancang lama. Phone itu diberikan kerana result. Result teruk pun dapat phone cenggini. Alhamdulillah. Thanks mak ayah 

Gambar dari google sahaja yaa.

PMR semakin dekat. Lagi 96 hari tetapi bagi siapa yang ambil subjek Kemahiran Al-Quran, kami akan mengambil peperiksaan sebenar untuk subjek ini pada hari Selasa ini bersamaan 2 Julai. Seramnya hanya Allah yang tahu. PMR weh. Bukan cubaan bukan trial bukan tipu-tipu.

"Ini bukan cobaan. Ini betul-betul"

Kepada semua calon-calon PMR yang akan menghadapi peperiksaan itu dan kepada rakan sekelas ku yang ternakal, do your best. Best luck ever. Last chance untuk buktikan tahun terakhir kita bersama. Sudah tiba masanya untuk keluarkan ilmu setelah kita belajar tiga tahun berturut-turut. Sudah tiba masanya untuk menonjolkan kehebatan kita. Sudah tiba masanya untuk melakukan apa yang sepatutnya. Sudah tiba masanya untuk membalas jasa-jasa mereka yang membantu kita. Sudah tiba masanya untuk membuktikan bahawa kita boleh berjaya. Love you all forever. Jangan lupa usaha, berdoa dan tawakal. Jangan lakukan careless mistakes. Baca soalan betul-betul. Ulangkaji betul-betul. Serious sikit. Jangan main-main tetapi jangan sampai diri itu stress.

"Jika kau fikir yang kau boleh. Kau pasti akan berjaya" (takingatlirik)

Byes..

Saturday, June 22, 2013

Abang oh abang


Hello again..

Ergh.. Susah bebenor nak cari gambar abang aku ni. Maksud aku, gambar yang sesuai lah. Banyak gambar candid dengan tak pakai baju je xD hahaha

Okay ni nak cerita kisah yang dah lama. Kisah 9 Jun. Sekarang pun dan 21 Jun. Hahaha. 9 Jun tu tarikh abang aku mula duduk dekat universiti dia. Semuanya bermula time hari Sabtu, 8 Jun. Pukul 9 pagi macam tu kot bertolak ke Perak. Mula-mula pergi dekat universiti kakak aku dulu. Ambil dia dekat situ then gerak ke universiti abang aku. Dua-dua dekat negeri yang sama. Jauh pun, takdelah jauh sangat...

First yang kitaorang buat ialah check in dekat satu resort ni. Line teruk sangat. Nak mesej punyalah susah tapi line internet bagus dan terbaik. Cuma aku xnak online, nak mesej. Hahaha. Seperti tersedia maklum dekat Perak ni memang panas nya hanya siapa yang pergi je tahu.

Lepas check in, kitaorang breakfast dalam bilik hotel jap walaupun sebenarnya dah pukul 1 tak silap. Hehe. Lepas semua dah siap solat apa semua, kitaorang pergi ke Pulau Pangkor. Alang-alang datang Perak, melancong lah sekali...

Beberapa gambar time dalam feri,





Taktahu kenapa tapi gambar aku dengan abang aku adalah gambar yang paling aku suka. Ngehgeh.. Semuanya gambar dalam feri. Sampai je dekat Pulau Pangkor, kitaorang jalan kaki pergi satu restoran ni. Boleh tahan jauh tapi takpe.. Makanan dia sedap-sedap semuanya :D

Lepas makan straight naik feri and kembali ke resort semula. Ada lah jalan-jalan and beli sikit-sikit tapi itu tidak penting :P Kemudian, bermalam dekat hotel mcm frust gak sebab tak boleh mesej. Last-last tertidur xD Keesokannya aku bangun awal gila sebab alarm phone kuat sangat. Dekat rumah taknak kuat pula en. Takde lah aku sampai sekolah lambat. Hahaha

Pukul 7 dah bertolak ke universiti abang aku. Takdelah jauh sangat. Cari restoran pun tak jumpa. Duduk dekat universiti bosan gila. Dah lah takde orang. Pendaftaran lambat lagi -.-


Handsome kan abang aku? Hehe :P Itu pun sebab first day. Hari lain mesti takdenya macam ni.. Tahu dahh. Hahahhaa. Lepas lama gila tunggu tu, pendaftaran buka laa. Pelajar yang kena daftar sendiri. Ibu bapa kena duduk dekat satu dewan ni. Bosan, again -.-

Lepas abang aku habis daftar, kitaorang malas nak tunggu so pergi breakfast. Cari lah lagi mana-mana restoran yang buka en. Lepas makan datang balik dekat universiti tu. Ramai sangat orang. Kerusi pun dah penuh so terpaksa lah berdiri..







Aku duduk bersila dekat bawah tu sampai tertidur. Hehe. Then katanya pukul 1 baru habis semua tu tau. Alhamdulillah, nak dekat pukul 12 macam tu dah boleh masuk bilik masing-masing. Bilik abang aku kongsi dua orang je. Bukan macam kakak aku sampai empat orang en. Then rehat dekat situ lama-lama. Lawak pun ada lah kan.. Pukul berapa tah baru bertolak ke universiti kakak aku then balik ke KL semula..

Sampai rumah malam. Aku siapkan apa-apa yang patut then tidur. Esok sekolah ! :)

Friday, June 21, 2013

Today is the day

Tajuk takde kaitan~~~~

Assalamualaikum :)

Woahh. Lamanya tak update. Busy sangat. Online pun time tunggu isya' je. Then solat makan and hw then tidur. Penat tu tak yah cakap lah kan. Penat tak terhingga pun ada. Tidur pun tak cukup sangat. Hahaha. tapi sebenarnya dah dua hari aku tertidur lepas isya'. So homework tu.. hehe

Hari ni ada hari bertemu pelanggan. Pelik je kan bunyi dia? Maksudnya hari ibu bapa datang sekolah untuk ambil report card. Alhamdulillah semua markah untuk exam kali ni meningkat dan aku takde gred D. hehe :D

Parents aku tak dapat datang disebabkan ada lah beberapa masalah kan.. Kemudian apa yang aku buat adalah merajuk. Mueheheh. Sorry mak, sorry ayah tapi memang sedih sangat bila tahu dorang tak boleh datang. Entah apa mereka bincangkan, last-last ayah aku dapat datang.. Ayah aku ada meeting tapi kena datang juga. Kesian xD

Benda ambil report card ni start pukul 10. Ayah aku datang awal.. Orang pertama jumpa ustazah. hehe. Jumpa sekejap, borak-borak apa semua then straight balik. Now agak risau sebab pintu kelas siapa kunci eh? :/ Kena tawakal je sekarang..

Aku dapat nombor 6/33 :D Sebelum ni nombor 10. Peratus pun naik. Bersyukur sangat.. Lepas ambil report card, pergi ke Old Town dekat Platinum Walk Danau Kota. Tempat di mana aku berada sekarang. On guna laptop ayah aku. Bosan sangat sampai tergerak hati nak update blog. hehe

So now bosan sangat. Ayah aku still ber-meeting di sebelah punya sebelah meja aku. Dia cakap kena jauh sikit. Aku tak boleh dengar tapi aku dengar juga. Hahaha. Okaylah, byebye