Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, March 3, 2024

Bebel

Hi. Wow. My last post is about darkest moment of my life and today is probably just another depression episode. Idk where to start. I think I cannot blame that darkest moment which still haunting me. Okay macam mana eh nak cakap melayu supaya takyah risau dkt grammar hahahahahahha kitonyo nak bebel. Okay dah masuk melayu. 

So, jom kita cerita sikit apa yang berlaku. Jan 2021, future husband jumpa my family. Pilih tarikh 29 Mei 2021 just because 2 weeks after raya. Then just before nak sambut raya tu, PKP datang lagi maka tidak dibenarkan nikah pun etc. Sedih ya masa tu. Itu laa kita usaha huhu dan dapat tarikh 10 Jun 2021.

Nikah dekat pejabat. Perasaan lain macam betul. Then, Ogos 2021 baru suami dapat kerja. Bulan Julai tu memang menganggur sama sama. Kita pula bosan dekat rumah sorang sebab bukan senang ya nak dapat kerja. Pastu Nov 2021 baru laa dapat kerja hehe. Ergh rindu betul kerja akaun. Bulan Feb 2022 kita minta resign sebab mabuk teruk. Workload banyak. Hahhahahahah sebenarnya takde kerja pastu tolong kolig laa banyak jadi hamba.

Sepanjang pregnant best juga sebab banyak kelebihan. Yang tak best, kita muntah setiap hari. Kadang satu hari boleh 8 kali. Puasa pun tak mampu. Lembik. Syukur hujung Sept 2022 dah beranak.

Seronok dah beranak. Ada baby yang kita sayang. Ada orang sekeliling yang tumpang excited… until kita gaduh dengan mak mentua. Marahnya kita sampai sekarang masih geram. Takde rasa nak maafkan pun. Basically, dia tak salah tapi dia over excited dengan cucu sulung. Sejak tu kita syukur dengan semua doa kita yang makbul. Contoh macam dia dah takde datang rumah kita untuk jadi bibik tak berbayar. 

Sejak beranak.. penatnya beranak tu. Lepas tu jaga diri sendiri yang luka sebab beranak. Kita pantang sendiri je sebab gaduh tu kan. Habis pantang pun banyak sendiri juga. Kadang tu ada laa pergi rumah mak ke apa tapi memang jarang sangat laa. Sampai laa sekarang umur anak dah 1 tahun 5 bulan. Tak rasa pun “how time flies”. Banyak detik yang kita ingat. Banyak benda sama je kita lalui. Benda benda yang utk disyukuri tu memang banyak juga. Murah rezeki tu betul. Kadang tu rezeki anak. Kita tumpang je.

….and that’s it gais…..
That another depression episode dah hilang lepas kita senaraikan benda benda yang kita bersyukur. Kita ni minta satu je tapi Allah bagi banyak. Melimpah ruah rezeki. Ya Allah terima kasih. Terima kasih untuk segala nikmat-Mu.

Bye gais. Till next depression episode 🤭

Thursday, January 7, 2021

Should Wait

 


Assalamualaikum.


So its a picture of a rainbow, my rainbow is coming already? hahahhaha I don't know and its not an actual rainbow so we cannot expect big things, right?

Now is my week 11 of semester 7. The finals are just around the corner. I have a great news to myself that I need to calm down and write this post xD

Based on previous posts memang aku banyak gila down, I admit it. Banyak gila benda aku pendam sorang sorang. Cliche friends akan suruh luahkan but do you really understand the problem honey? Hahhaha I don't think so and its not a problem for that. Tapi nak highlight laa how aku too impress dengan kawan2 Melaka Trip aku tu sebab aku rasa dorang tersangat understanding, dorang too perform padahal kitaorang last jumpa dulu masa 2016 berpisah time matrik. Hebat bukan? Bayangkan bertahun berpisah, mampu share life guna story insta and whatsapp je and suddenly plan trip to melaka untuk 3 hari 2 malam. Kami kan tak kaya kan so kami punya trip tu memang untuk spend time together dan bajet gila hahaha. First night tu kami kongsi 1 katil queen and 1 katil single untuk 4 orang. Untuk 4 orang kawan yang dah lama tak jumpa tapi boleh kongsi smallest thing like that, aku seriously kagum friendship kami hahah. Kagum tu bertahan sampai sekarang okay since 26 September 2020. So, dorang bertiga ni laa antara kawan yang pertama aku seriously let out all my problems and suprisingly dorang dengar elok-elok, bagi nasihat, siap offer bantuan and dorang sendiri cannot imagine that kind of situation then dorang berharap aku strong. Fuh, boleh nangis weh dengan ayat2 dorang tu. Semoga aku ingat jasa ni forever <3


So that is also the first time aku seriously cerita pasal another story yang aku always pendam but not a problem at all which is pasal ehem ehem HAHAHHHAHA. Ehem ehem bernama MA. Siapa pernah baca blog lepas-lepas memang akan tahu laa kan especially diri sendiri kan hahaha. So guys, aku pun tak tahu nak cakap dalam ni atau tak sebab the first announcement macam tak patut dekat sini je. To conclude, doakan laa semuanya dipermudahkan. Amiin


Next, the most thing that I worry about... Benda ni seriously dah conquer mind aku, aku tak boleh stop berfikir, tak boleh stop risau tapi someone cakap tu dah jadi overthinking so aku kena buang. Aku kena focus. Aku kena hadap tak kira apa. Semuanya perancangan Allah kan? So it is the best thing for me. And, I need to enjoy. Sebab sekarang ni aku dapat rasa kind of freedom tu so aku kena laa enjoy until Feb nanti. Whatever happens, it is the best Ana. We cannot predict, we can't assume. Allah ada. Aku kuat kerana Allah. Asalkan aku berjaya capai bulan May, aku bersyukur sangat dah. Tu yang aku nak. Okay semua aminn kan walaupun takde readers okay hehehehe.


Okay tu je kot, jom sambung buat assignment hehe.

Saturday, October 10, 2020

Adulting

Hey. Cam biaso sis nak typing time mood down. Sis is confuse. Sedih and marah tengah dirasai sekarang ni. Aneh-aneh tu pun ada. Then like, kenapa perempuan kan every month kena layan mental breakdown ni. Its normal and why is it normal untuk rasa diseksa untuk rasa disakiti every month? Well, soalan whys ni biasanya akan dapat jawapan wallahualam je and memang dicipta macam tu. Kan? Escape? No, I'm tired. Alone? Kind of and used to it. Hurt? Who cares so let it be. A good mental health? I'm sure it does not exist. Kau akan juga rasa down, kau akan juga rasa sakit. How to handle it? Crying with a chest pain? Every month? I know all the answers yet I just want to complain.

Friday, August 7, 2020

Lemme Accept It

Life is hard so we can enjoy the pleasure.

Life is hard so we can appreciate everything we have.

Life is hard so we can learn and understand life.


Now, I know how hard life is. I can feel it. I can see it. There's nothing I can do and I think I had done a lot. I try to get out, I try to solve the problems but it will come to me again. I hate a lot of things but life is too short to focus on that. Life also have good things. Good things to be appreciated. Good things to be seen. Its okay if I cannot feel the good things. It is more than enough for me to see it. Some people need it more than I do. Maybe I already felt it once and I did not appreciate it so it my turn now to only see it.


Bad things keep coming for me. Day by day. I'm tired of crying or even being sad. I just want to accept everything because this is my life. These things are things that I should confront. I don't want anyone to help me. Just stay by my side and cheer me up. I cannot get out anymore so please stay beside me. 


I'm not begging tho because whether someone stay or not, I'm still me. At the same place.

Sunday, June 21, 2020

Updating...


Hai diri saya. Macam biasa laa gang, lepas tengok drama feeling lain macam ni mesti tak boleh nak tidur pastu terbuka blog pastu baca post lama pastu sekarang ni rasa nak update kisah sendiri... Kadang tu macam tak percaya, benda macam ni aku post eh tapi fikir balik mesti masa tu dah tak dapat nak tahan...

Last post tu kan pasal aku risau dengan Sem 5 aku kan. Hahahahahah kelakar gaiss. Sem 4 aku seriously the worst for the time being. So boleh laa kot nak cakap yang Sem 5 tu better sikit kan.. Sem 5 time Sep 2019 - Jan 2020.. Aku dapat offer pergi Turki untuk 3 minggu. Pergi Turki 27 Oktober 2019 - 15 November 2019. Aku pergi sebab kawan pujuk and aku tak nampak pun kelebihan pergi sini sebab benda impossible gila. Lepas bagitahu dekat mak aku, aku just cakap "Mak, kawan ajak pergi Turki. Dia ingat ana pergi Kemboja tu so ana orang kaya so ajak pergi Turki pula" Then, mak just, pergi je laa kalau boleh pergi. Mak takkan sempat nak bawa ana ke situ. HAHA Mak punya doa ni memang something else. Aku cakap pasal duit apa semua and mak sanggup keluarkan duit simpanan peribadi dia yang ayah pun takleh usik and bagi dekat aku.... Pengorbanan mak disitu... Duit belanja ayah ada bagi sikit pastu selebihnya ada sedara mara bagi dan selebihnya lagi duit sendiri laa kan.. Pergi sana tu mula-mula ada 300 Lira je. Rasa macam banyak tapi dah sampai sana and tengok 1 meal sama dengan 17 lira, macam mana tah nak hidup 3 minggu hahahaha. Alhamdulillah berkat kawan yang baik, kitaorang kongsi makanan. Basically, makan dekat sana hanya untuk dapat tenaga je sebab duit serious takde. Pastu part kelakar bila kami semua kebulur nasi. Yang asrama perempuan dekat Esenyurt, kawasan kampung and kami ada kelas dekat Istanbul. Bersyukur laa bandar dia ada banyak benda especially nasi and restoran Malaysia so dapat puaskan tekak. Aku dah faham apa maksud madam bila kita ketaq tak makan makanan citarasa kita.

Duduk dekat sana seriously kena berdikari. Lect pengiring kami seorang yang kena jaga almost 30 students. Budak lelaki duduk dekat Marmaray kot, and dorang berkawan rapat dengan orang Turkish so untuk budak perempuan memang survival mode. Dikelilingi dengan strangers yang liberal is not a choice. Tengok dalam drama mcm sweet je dengan lelaki yang sweet tapi bila ada lelaki stranger nak pegang tangan aku sebab aku nak jatuh memang tak laa weh hahahaha. Sanggup jatuh tergolek tapi tak juga laa sebab ada je moment dalam bas sempit tu rasa nak jatuh then laki tu tolong pegang tangan sampai diri ini stabil. Okay laa dorang still respect perempuan and DIA PAKAI GLOVE hahahaha selamat kulit saya. Dekat Turki juga jumpa J Family, kami ni semua bukan gang FBK and kami tak kaya. Orang lain shopping sakan, kitaorang korek duit dekat bank untuk beli barang untuk tersayang, includes pinjam duit kawan. Aida hutang aku rm100 lagi tapi haha biar je lah yob. Halalkan sudah atas semua kenangan indah dekat Turki. Big respect dekat dorang yang terima aku being grumpy. Yelaa 3 minggu tak selesa dengan suasana so macam ada laa kenangan buruk masih diingati kan. Rasa macam nak tulis semua kenangan tapi macam tak sanggup nak ingat. Cukup laa kita ingat betapa susahnya nak makan dekat sana. Balik Malaysia semua puji kurus, huhu.

Maybe sebab aku tahu aku dah 3 minggu tak datang kelas so aku study hard balik and berjaya naikkan pointer sikit. Bersyukur sangat, alhamdulillah.

Masuk Jan 2020, alhamdulillah dapat enjoy kem tahunan suksis yang terakhir. Tak best mana tapi kenangan terindah tu ada sampai sekarang rindu hutan. First time kami berjaya dalam stand two pastu kerna perli dengan Tuan Pa sebabnya kami tak tidur hahahah. Mandi sungai banyak kali tu pun part penting lagi lagi dapat mandi sungai sebab kita ni senior. Yang junior tu kena ragging dekat jalan tar huehue. After kem, kita pun start laa Sem 6 kita.

Sem 6 sempat 8 minggu je pastu mulanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) and family ku tersekat di Terengganu. Tak dapat nak rentas negeri so duduk laa situ sampai habisnya PKP1, PKP2, PKP3, PKPB. Bila masuk PKPP, 10 June 2020 dapat lah balik ke Kuala Lumpur terchenta. A big thanks to kakak dan banglang yang renovate rumah sikit so now rumah jadi makin selesa. More things to be grateful sebenarnya.. Now pun dapat duduk dalam bilik alone layan perasaan, I love it enough. Masa macam ni laa recharge diri sendiri.. Duduk dkt Ganu for almost 3 bulan tu memang menguji mental laa, plus tak boleh keluar rumah tu kan haha.

Betul ke tidak ke, selagi aku hidup aku rasa aku ada peluang untuk buatkan hidup aku lebih baik. Berjaya atau tidak ke, aku rasa aku akan berjaya suatu hari nanti cumanya aku belum capai lagi. Gembira atau tidak, asalkan aku dapat main game, aku anggap itu benda yang gembira...walaupun itu dikira gembira sementara. Malam ni aku taip panjang dan tiada setitik air mata pun tumpah. Post-post sebelum ni confirm ada moment banjir. Maybe aku makin kuat setelah lalui semua benda yang memenatkan. Maybe aku makin matang untuk control apa yang aku boleh control. Mungkin masa untuk aku berjaya pun sudah dekat. Penguin cakap, JUST SMILE AND WAVE BOYS

---------------------

Btw gambar di atas tu one of the scene untuk Hymn Of The Death. Cerita ni dah lama aku nak tengok tapi asyik tangguh and malam ni dah berjaya habiskan. Biasanya drama ni mesti dia buat salah satu character mati kan, tapi yang ni, based on true story, both hero and heroine mati..... Tragic juga kan.. Dorang mcm forbidden love where family tak restu, keadaan tak menentu and aku suka part heroine cakap,

I don't know what I should do. If I stay here and start the job then I will see myself sad everyday and if I go back home, I know my family will die.

Then hero pula cakap,

If I stop writing and do what my father said, then I will not being myself. (alamak sis dah lupa)

But in conclusion, dorang ni decide untuk teruskan jadi diri sendiri. Buat apa nak ikut cakap or pandangan orang kan even family pun. Tapi jangan laa selalu salahkan family, just try harder untuk fikir which one better. Kalau tengok family dorang tu, aku pun setuju laa dorang pilih death. Dah laa mati sesama, ingat sweet ke. (memang sweet tapi dosa dia unbearable pula)

Guysss, everyday is a new day. Get a fresh start. The day you'll die, will come.