Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, October 23, 2013

"Aku pergi Sabah bah"













Hello dan assalamualaikum :D

Alhamdulillah kerana kita masih hidup dan bernafas dengan sihat. Nampaknya Allah masih bagi kita peluang untuk berada di dunia ini dan menggunakan segala yang diberi-Nya sebaik mungkin.. ;)

Pada 16 Oct sehingga 19 Oct. Aku pergi Sabah bersama keluarga. Syok wehh. Haha.

16 Oct
Pukul 4.30 pagi dah bangun dan bersiap. Selesai je solat Subuh straight tinggalkan rumah dan naik train. Naik tiga train iaitu LRT Star, LRT Putra dan ERL express. Tak mengantuk sangat sebab excited. Hehe. Sampai je dekat KLIA, terus hantar barang untuk masuk cargo then pergi breakfast dekat KFC. Flight pukul 9. Pukul 8 lebih dah sampai dekat gate B11. Penat gila xD

Pukul 9.30 flight dah mula bertolak. Pergh jakon gila aku dengan abang aku. Kitaorang memang over excited lah. Pukul 2 lebih macam tu baru sampai Kota Kinabalu, Sabah. Lepas dah check in dalam apartment kitaorang, kitaorang pun pergi la pusing area situ-situ sebab nak makan. Suasana dekat Sabah memang best. Selalu dapat dengar bunyi kapal terbang. Then dengar orang Sabah bercakap, best. Macam senang nak faham tapi susah nak ikut tau. Then malam tu kitaorang just tidur sebab memang penat gila lah. Haha.

17 Oct
Bangun pukul berapa tah tapi agak lambat laa. Btw, apartment yang kitaorang duduk memang best. Ada 3 bilik, 2 bilik air. Dapur and ruang tamu pun boleh tahan besar so memang selesa. Bilik and ruang tamu pun ada air-cond apa semua en. Okay, pagi tu kitaorang still lagi pusing-pusing area situ sebab nak breakfast. Then ayah aku ada sewa kereta. Ingatkan nak Innova tapi dapat Fortuner. Tapi bagi aku maybe Fortuner lagi gempak. Lagi besar, 4WD, manual. Jakon again ! >.<

Dengan adanya kereta sewa ni, kitaorang guna la untuk pergi melancong ke Kundasang Sabah. Jalan dia sama je la macam dari KL nak pergi Cameron en tapi maybe Kundasang lagi syok kot :p Pemandangan dia semua cantik-cantik dan menyegarkan dan memberi ketenangan. Feeling~ Sepanjang perjalanan tu aku tidur je (Y) Dah lah air-cond Fortuner sejuk gilaa xD Dekat Kundasang kitaorang duduk dekat Al-meera Homestay dekat Kampung Sinisian, Kundasang Sabah.

Kalau Cameron sejuk, sini macam lagi sejuk. Suhu dia 18°C untuk malam laa. Aku tidur dalam sleeping bag pun masih kesejukan. Air dia aku rasa bukan air dah tetapi, air batu. Nak mandi pun menggigil weh ! Sebelum sampai homestay ni kitaorang dah puas jalan-jalan dah so lepas sampai homestay memang tak keluar rumah dah. Homestay ni macam rumah kayu sikit, rumah dia pun atas bukit. Agak curam and scary tapi adventure. Memang best aman tenang lah tidur dekat Kundasang :)

18 Oct
Esok pagi tu kitaorang pun check out la. Semalam dah tangkap gambar banyak, pagi ni pun sama. Semalam tu nak hujan so gambar dia macam tak secantik pagi ni tau. And kalau tengok gambar-gambar tu aku ada tangkap gambar Mega Merah. Cantik di gambar, cantik lagi di mata aku yang tengok dia real. Memang cantik sangat :D

Okay, lepas dah check out kitaorang just jalan-jalan dekat Kundasang and tangkap gambar dengan banyaknya. Dan kitaorang dapat tangkap gambar Gunung Kinabalu. Awesome ! Ayah aku pernah mendaki gunung ni and dia cakap dekat puncak tu memang sejuk sangat.

Then dekat Kundasang ni la kitaorang sempat beli beberapa cenderahati untuk bawa balik KL tapi tak sempat beli banyak sebab nak cepat. So sorry dekat kawan-kawan aku yang tak dapat tu :/

Sampai je dekat KK tu, kitaorang pergi Jesselton Point. Ni macam pelabuhan bot la untuk pergi ke mana-mana pulau berdekatan. Orang cakap Pulau Manukan cantik tapi kitaorang pergi Pulau Sapi je. Pulau Sapi pun dah cantik gila so tak dapat imagine keindahan di Pulau Manukan :D Dekat Pulau Sapi ni macam bebas tau so family aku pergi mandi laut.

WEH SYOK GILAAAAAA !

Berendam dalam air laut, 2 jam je. Tak cukup :( Tapi takpelah. Kira okay 2 jam daripada takde. Dalam pukul 5 tu kitaorang dah kembali kepada apartment yang sama macam first2 tu. Malam tu, kitaorang pergi Philipine Market. Time first day dah pergi tapi tu lebih kepada jalan-jalan. Kali ni kitaorang dinner and ada lah beli beberapa..... Hehe.. (Bersyukur..)

19 Oct
Pukul 8 baru reti nak bangun dan bersiap apa semua then terus pergi KKIA. Oh ya, di KL, DBKL. Di KK, DBKK. KL ada KLIA. KK ada KKIA. Hahhaha. Hampir sama je macam di KL xD Flightnya pukul 10.45 tapi kitaorang macam awal gila so sempat lah main sana sjni kejap.. hehe

Kali ni kitaorang naik flight macam dah buruk sikit, maksudnya macam dah lama laa berbanding dengan kapal terbang yang time nak pergi Sabah tu. So takde entertainment tau dalam tu xD Aku dengan abang aku tidur je. Sakit segala tulang aku.

Then anggaran dalam pukul 1.10 petang akan sampai KL. Tapi disebabkan cuaca mendung, banyak lah benda tak boleh buat apa semua. Yelah, bahaya. Pukul 11 macam tu dah adventure gila. Dalam kapal terbang tu kan, macam-macam dapat rasa. Kapal terbang tu bergegar lah atau dia macam naik turun. Kiranya tak stabil lah. Aku rasa semua dah ketakutan sampai aku dengan abang aku, "Lagi lagi lagi!" >.<

Best lah kapal terbang macam tu. Bukan senang nak dapat pengalaman scary macam ni. Kadang-kadang rasa gak macam kapal terbang tu nak terjunam ke apa tapi pilot pro. Ecehceh. 1.30 petang, selamat mendarat...

So family aku pun makan jap, then naik ERL and then naik LRT Star. Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat. Alhamdulillah dapat pengalaman yang cukup mengkagumkan diri aku sendiri. Ya Allah, aku bersyukur sangat.

Sekian je lah kot. Enjoy the pictures and good bye, assalamualaikum :)

Tuesday, October 15, 2013

Fashion Show !


Assalamualaikum !

Now aku dah habis peperiksaan PMR :) Dah lama habis. Last paper pada 9 Oct, paper Arab. Alhamdulillah purata untuk semua paper tu, boleh la jawab. Masa 8 Oct tu, semua orang yang dah habis, bukan main happy siap sorak bagai. Sampai aku time 9 Oct tu, keluar dari dewan peperiksaan pun nervous dan seram sejuk. Rasa macam takut sangat. Dah habis jawab pun, resultnya macam mana kan? :/

Apapun kena lah kurangkan risau. Banyakkan berdoa dan bertawakal sebab kita sebagai calon-calon PMR 2013 dah buat yang terbaik :)

So, seperti gambar dan tajuk di atas.. Sekolah aku ada menyediakan khas 'Program Pasca PMR' untuk semua calon PMR. Banyak lah aktiviti yang disediakan untuk kitaorang. Yelah, kitaorang dah tak study dah untuk tahun ni kan. Form lain pun ada final exam.

10 Oct, ada program pemulangan buku teks dan layan movie :D Movie Nanny McPhee and KL Zombi. Best lah juga kann.

11 Oct, ada fashion show and IQ twister. Okay ni yang nak cerita lebih ni. Fashion show tu, satu group 7 orang. Group aku, Nurin, Nazzatul, Afila, Batrisyia, Anisa, Liyana D dan aku. Nama group kitaorang RIFBAYS - gabungan nama kami. Nurin yang jadi model dan kitaorang berenam kenalah hias dia. Unexpectedly, kitaorang semua bekerjasama. Nurin jadi model pun tolong bagi idea tau. Keputusannya, tunggulah 1 Nov nanti ;)

IQ twister pula kena ada 6 orang dalam 1 group. Ahli aku sama je la cuma Afila takde. Permainan dia kena lawan buat benda puzzle tu, siapa siap dulu dia lah menang. Alhamdulillah juga dua kali kitaorang menang tapi tak sampai final lagi sebab masa tak cukup. So aku pun taktahu lah.. haha..

Tak sabar lagi dengan aktiviti-aktiviti seterusnya. Esok pun dah ada aktiviti best tau tapi aku tak datang sekolah esok. Aku pergi follow keluarga aku bercuti di Sabah. Excited derr. Tunggulah macam mana pula ceritanya. Byee :)

Monday, September 23, 2013

Success For Your Own Work

Assalamualaikum. :)

No picture for this entry. Hehe. Malas nak download dekat google. Kalau guna laptop, URL dah cukup kannnn.

Kali ni nak cerita sikit pasal aku. Yelaa nak cerita pasal orang lain, buat apa. Cerita fakta or something yang umum takpe la juga. Tadi kan, dekat sekolah, aku lepaskan semua benda yang ternovel dalam hati aku dekat kawan aku. Serious, better walaupun sikit. Walaupun kawan aku tu tak cakap apa-apa. Cukuplah sekadar dia mendengar :)

PMR lagi 9 hari. Nervous dapat berubah menjadi stress. So I think it's time to change. Kalau stress tu, better stop study je la sebab study membuatkan anda stress ! Aku takde stress sebab study. Yelaa, aku dan game tak dapat nak dipisahkan. Hehehehe. InsyaAllah kami kahwin lepas PMR :p

Weh esok aku pergi seminar Arab. Sekian sahaja lah merepek aku kan. Banyak lagi nak membebel tapi tapi masa nak tinggalkan aku. Nak kena kejar ni ;) byeee

My instagram: khairulthird

Sunday, September 22, 2013

Saje Mencuba


Assalamualaikum ;)

Woah sekarang dah pukul 12 pagi dan aku tak tidur lagi. Hehe. Saje nak bercerita sedikit sebelum tidur kan..

PMR lagi 10 hari. Imagine yang time rocket nak ke bulan. 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2...... and then you'll die. Haha. Sekejap je lagi tapi aku masih lagi dengan habit online and tak belajar. Aku tahu aku teruk :/ InsyaAllah aku akan cuba juga untuk berubah :) So, best luck ever kepada semua calon PMR di Malaysia ni especially kampung tercinta aku iaitu Terengganu.. Walaupun aku duduk dekat KL ya :p Tidak lupa juga kepada classmates aku dan budak tingkatan 3 yang lain lah. Do your best. Prove that you can success !

Walaupun PMR dah dekat, manusia seperti aku ini telah membuat account instagram. Hehehe. Baruuu je buat tau. Aku buat sebab aku ikut kakak dan abang aku. Bukan kawan okay, takkan sesekali. Kahkah. So bole la cari khairulthird. Bukannya ada apa-apa gambar pun sebenarnya xD

Lastly nak cerita pasal masalah aku sikit. Orang nak ambil exam ni of course la nervous sangat sampai stress kan. So selain daripada stress tu, aku ada masalah dengan kawan ._. Sedih...

Sorry tak dapat nak sambung cerita. Aku dah ngantuk dah. Good night ;)

Thursday, September 5, 2013

Pengalaman Baru :D


Assalamualaikum :)

Setelah lama aku mendiamkan diri, tibalah masanya untuk meng-update lagi.

Aku nak cerita pasal pengalaman baru aku. Takdelah hebat or gempak sangat. Just pasal berusaha menyelesaikan masalah, maybe?

Sekarang, budak form 3 semuanya balik pukul 3.30 ptg disebabkan ada Klinik PMR tapi untuk budak Ibnu Sina ni, macam biasa je la.. Dengan kelas Arabnya kan.. Haha. Sepatutnya hari ni kitaorang balik pukul 4.05 petang. Cikgu BM tak datang hari ni so dapatlah balik pukul 3.45 petang. Aku dah pesan dekat mak aku untuk ambil pukul 4. Disebabkan malas nak call, tunggu je la kehadiran ibu tersayang.

Tunggu punya tunggu, sampai lah pukul 4.16 petang, abang aku baru sampai sekolah. Then, hantar kawan-kawan aku yang tumpang, lepas tu balik rumah lah kan. Aku sekolah dekat Setapak Indah, rumahnya dekat Sentul. Dalam perjalanan tu, ada la dekat satu traffic light ni. Kereta tiba-tiba macam buat hal.

Lepas abang aku tekan minyak ke apa semua benda dia buat, kereta tu gerak la macam biasa. Then stop dekat Shell, depan tu je. Masa tu kereta okay dah. Sambung la perjalanan en. Sampai dekat Pasaraya OTK Sentul tu, kereta macam tadi balik. Sebelum apa-apa berlaku, abang aku pun stop la dekat depan OTK tu. Abang baru je cakap "Entah-entah habis minyak", then terus kereta tu mati. Tak sempat nak fikir dekat mana tempat isi minyak apa semua sebab kereta dah mati.

Keputusannya ialah, tinggalkan kereta dekat situ and patah balik pergi ke tempat isi minyak. Firstly kena cari bekas untuk letak minyak. Dari OTK tu, nak pergi ke tempat isi minyak tu, kena lalu dekat masjid, kawasan perumahan, kedai2 lepas tu baru la jumpa tempat isi minyak. Dekat situ ada 3 stesyen minyak. Yg pertama, BHPetrolMart. Kedua, Shell and ketiga Petron.

Kitaorang pergi dekat Shell, takde. Pergi dekat BHP, takde. Pergi dekat Petron, takde tapi sebelah Petron ada bengkel so dekat situ la baru ada. Ada apa? Bekas nak isi minyak.. Btw, abang aku ni tak bawa phone and duit pun ada rm4 je. Perbelanjaan lain, guna duit aku lah kan. Mula2 guna duit untuk beli bekas isi minyak tu la. Dah beli tu, pergi dekat Shell and beli minyak rm6.

Lepas tu pergi la jalan kaki balik pergi ke kereta. Bekas yang kitaorang letak minyak tu, macam tak muat so abang aku ambil botol mineral je la. Apa-apa pun kena potong botol tu so beli la gunting dekat OTK. Then tuang minyak apa semua. Lepas kereta dah boleh start, pergi la u-turn bersama kereta tu untuk isi minyak. Dah isi tu baru balik rumah. 5 lebih juga la kitaorang sampai rumah so lebih kurang satu jam berjuang mencari minyak kereta untuk balik rumah >.<

Woah. Now aku penat sangat. Esok dekat sekolah aku ada Dialog Bersama Ibu Bapa and Hari Kad Laporan :) Result percubaan PMR aku pun, 3A 4B 2C je.. Takdelah hebat sangat en

Byebye ;)