Aku memang suka luahkan perasaan dengan taip atau menulis. Usually taip laa sebab tu aku ada blog. Aku jarang update blog semenjak aku masuk asrama. Suddenly, 7 Ogos ni lah aku rasa nak update tapi... lambat lagi nak balik so aku tulis dalam buku dulu.
Aku tak pernah ada buku diari tapi buku ni aku dapat percuma. Menang naib johan word search sempena minggu pusat sumber. Ada lagi satu buku yang sama, warna biru. Buku tu menang untuk pertandingan Jejak Buku sempena minggu pusat sumber juga. Pertandingan Jejak Buku secara berpasangan mewakili kelas. Aku dengan Luqman Alawi wakil 5 Biruni. Kami dapat nombor tiga je tapi gempak ah tu. Dapat dua buku iaitu pink dan biru. Luqman nak bagi pink, mula-mula.. Tapi aku taknak and tak sangka dia mengalah. Muahahha
Back to the title aku nak cerita pasal surrounding aku. Orang selalu cakap, IGOP ni rumah kedua aku tapi lama-lama aku rasa sekolah ni sebenarnya rumah pertama aku. DAN yang aku balik bulanan tu sebab aku nak lawat keluarga aku je. Tu kan tanggungjawab aku. See?
Aku rasa macam tu lah sekarang. Cuma aku tak boleh nak berdikari sepenuhnya. Aku baru Form5 kan.. Less than 90 days nak SPM. Sekarang aku takboleh nak homesick, lagipun mana ada orang rindu nak balik rumah kedua #Deep. Lagi 21 hari nak balik rumah kedua. Balik pun sekejap je, takde guna -.-'
Bytheway, aku anggap 'catatan' ni macam dekat blog aku, so kalau kawan aku baca aku tak kisah. Blog aku tu pun public, HAHA! Lastly, boleh lah aku anggap hari ni declaration aku dengan rumah pertama aku ni. Welcome!!!
#Enjoyingindependentlife #SPM15 #IGOP
Bye.
Ni aku tulis time 7 Ogos tu lah. Lepas aku tulis ni, aku tak homesick dah. Aku tak nangis lansung dah untuk balik rumah. Aku rasa better. Alhamdulillah. Okay sekarang nak keluar nantikan cerita aku seterusnya ! ;)