Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, May 3, 2015

Random Thoughts


So, a picture can describe many things? Like this picture? Maybe.....

Assalamualaikum w.b.t

The same intro that I always use, I MISS MY BLOG ! Haha. I know it had been a cliche now and I believed that no one will trust me. Kenapa tak percaya? Sebab selaluuuu cakap rindu. So manusia akan macam, kata rindu tapi tak nampak macam rindu pun. Alaa normal people punya mouth lah kan. Takpe, no one will ever understand me :)

6 minggu yang lepas time cuti sekolah seminggu time bulan 3 tu, Nur Qistina Huda, one of my Ibnusinaians gang ada request untuk update blog. However aku tak dapat tunaikan. Sorry sangat sangat ya Qis. So sekarang aku ada masa, aku ada mood, aku ada topik. Ayuh kita mulakan..

Kali ni aku nak luahkan apa yang berlaku selama 6 minggu ni. Daripada 22 Mac sampai lah 30 April. Sepanjang tu aku berada di sekolahku yang terletak jauh dari keluarga iaitu di Gopeng, Perak. Taktahu kenapa tapi memang 6 minggu ni berlaku macam-macam perkara. Ada saat paaaling bahagia dan ada juga saat yang paling sedih. Bagi aku, somehow semua perkara yang berlaku ni membuatkan aku berfikir or dalam kata lain, bermusahabah diri.

First day time aku sampai sekolah tu... Family aku hantar kecuali kakak dan abang aku. Masa tu, aku rasa sedih. Kakak aku tak dapat ikut sebab dia ada hal. Abang aku pun memang tak ikut lah kan, macam biasa. Then aku rasa macam tak puas. Bila time nak sampai sekolah ni rasa sedih, so lepas je mak ayah bertolak pulang ke rumah, aku akan nangis atas katil tanpa pengetahuan orang lain. Perasaan paling teruk kot bila first day dah sedih macam ni. Aku selalu je menangis tapi alhamdulillah takde orang perasan. Hehehe.

Next, hari mingguku. Disebabkan jadual yang padat setiap hari dan jauh dari rumah, aku rasa lega sebab aku ada hujung minggu yang indah. Dulu laa. Sekarang semua tu jadi mimpi indah je. Realitinya, hujung minggu kami ada kelas tambahan. Pagi, petang dan malam. Seriously, takde rehat dah untuk kitaorang. Nak iron baju or basuh baju pun tak sempat tau. Alhamdulillah aku still manage untuk tidak stress. Aku just positive banyak banyak. Ada juga lah program yang menarik time hujung minggu tu. Contohnya program Alumni or program Mahasiswa Turun Sekolah (MTS).

Program Alumni tu program Kerjaya. So mereka yang dah bekerja ni yang bekas pelajar iGOP ni datang dan bagi taklimat. Dekat situ semangat tu memang makin naik tau. Aku memang teringin nak jadi Veterinar sebenarnya tapi aku tak pernah berani nak cakap sebab aku lemah sains atau lebih spesifik aku lemah Biologi. Kakak alumni yang jadi veterinar tu cakap dia pun dapat Bio B dan dia memang susah nak menghafal.. Tapi dia telah berjaya *applause*


Tak silap aku ini salah satu klinik haiwan yang akak tu berjaya buka. Tahniah kak. Dia dah buka 4 klinik rasanya. Hebat kan? Oh ya aku minat nak jadi veterinar semenjak kucing aku selalu sakit. Ni time aku kecil. Aku sedih sangat kalau dorang sakit sampai mati. So aku bercita-cita nak jadi veterinar untuk selamatkan kucing especially kucing-kucing aku. Untuk kucing-kucing aku ni, aku jarang hantar vet sebab vet mahal :(

Second ambition is...


Hmm.. An accountant?
Hahahhahaha. Memang berbeza sangat cita-cita aku ni. Kenapa nak jadi accountant? Sebab cikgu Suhaimi. Time aku Form4, dia ajar aku Sejarah. Dia suka sangat bercerita dan dia selalu bagi galakan untuk kitaorang yang kelas Akaun ni untuk teruskan perjuangan. Apa yang dia cakap tu semuanya bagi semangat dekat aku. Mostly betul.. Lagipun aku memang ambil Akaun untuk SPM so macam better sambung. Aku pun minat nombor, minat kira-kira, minat fail-ing.. Macam tepat kan dengan citarasa aku? Semangat je lah, not confirm yet.

Dulu aku pernah cakap nak jadi cikgu tapi mak aku pernah cakap,

"Ana nak jadi cikgu? Boleh ke?! Mak tengok asyik kurang sabar je"

Lebih kurang macam tu lah ayat mak aku tu. Tersentap aku... Straight aku hapuskan niat nak jadi cikgu tu >.< Padahal kakak2 kepada mak aku termasuk arwah datuk aku sekali pun ialah guru. Tak tershare dekat aku kot.

Seminggu selepas program kerjaya tu, datanglah pula program MTS. Seronok gila pihak USM datang. Abang dan kakak fasi semuanya sporting. Group aku pun group yang orang-orang aku tak pernah bercakap. Haha. Kebanyakan aktiviti best lah juga walaupun ada yang cliche tapi aku still hargai sebab dorang cakap dorang plan semua ni untuk kitaorang. #Percayajelah. Aku nak sangat share gambar tapi aku lupa fb Abang Haziq dan Kak Siti so aku tak dapat nak minat :/ Apa yang aku dapat share hanyalah video yang Abang Daniel upload dekat youtube...


Ni persembahan daripada rumah sukan aku iaitu Zamrud. Tarian yang dah sedikit hancur ni sebenarnya adalah senamrobik kitaorang untuk tahun lepas. Kami dapat naib johan tahu :D



Ni persembahan daripada rumah Nilam. Aku rasa korang patut tengok sebab dalam ni ada serba sedikit flashback apa yang kitaorang buat time MTS ni. Dan yang terakhir ialah senamrobik yang pihak USM ajar kitaorang xD


Seriously korang patut buat juga sebab tarian tu seronok.


Selamat berenteng-enteng ! ;)

Okay done with the programs...

Semua di atas tu, apa yang membuatkan aku happy :) Apa yang membuatkan aku sedih adalah...


Ada sedikit masalah dalam kelas. Aku sayang sangat kelas aku especially tahun lepas. Kami kelas yang paling selalu kena kutuk so kami berganding bahu dan happy dengan cara kami sendiri. Tahun ni kami dapat bangun tapi tak tahan lama. Sekejap je.. Mungkin sekarang kami masih berada di tempat yang tinggi, tetapi ramai orang sedang tarik kami untuk jatuh. Jadi, kami mula goyang..

Itu perumpamaan secara kasar yang aku buat. Yes aku ni jenis ignorant tetapi apa yang berlaku dalam kelas tu ada kaitan dengan aku. Aku fikir itu semua benda kecil tetapi sangkaan aku salah. Benda tu sangat besar.. Benda tu ganggu aku study, ganggu pemikiran aku dan macam-macam.. Aku sedih sangat selama 2 or 3 minggu mungkin. Imagine lah kehidupan aku macam mana masa tu. Belajar tak masuk. Benda kecil pun jadi sensitif. Serious aku rasa aku berada di bawah sekali.

Kegembiraan aku hanya naik sedikit apabila aku terima sekeping nota. Tu gambar tu.. Aku tak pernah lupa bentuk nota tu serta ayat semangat di dalamnya. At first, aku tak tahu siapa yang bagi tapi at the end, orang tu mengaku. Dia bagi ni sebab dia tahu aku sedih. Dia taknak aku sedih dan dia nak aku tahu bahawa ada orang support aku. Aku rasa sangat bersyukur ada kawan macam dia :')

Aku rasa terharu sangat dengan ayat tu. Sampai sekarang.. Aku taktahu macam mana nak balas jasa-jasa orang yang support aku tu. I love you guys so much ! *very very grateful*

Anyway, dalam 6 minggu ni memang banyak up and down. Next time, aku kena remind diri aku untuk cheer up and enjoy the show bila aku ada masalah. So.. I enjoy these little things... :))

Release tension with my partner in crime. Love you Anis Nazura Distapa :*

Tengok aku xD

Ni time Mujahidah Prom Night a.k.a. Malam Muslimah. Muslimah semua ni warga Ultimate (batch form5) tercinta :*

With Nur Hanisah Mohamad Said ;)

Five years and still counting :*

17 Birunians !!

Pertandingan nasyid antara kelas. (Aku tak masuk)

KAMI JUARA NASYID. BIRUNI1415 AWESOME ! :D

Sekian.