Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 1, 2013

Pasir Salak #BestWeekendEver

Ustazah Husna memberi sepatah dua kata

Bersarapan di hentian Rawang

Hello again or should I say, Bello ! #MinionFever

I'm super excited untuk update post tentang ni. Ngehngeh :D

Pada 23 dan 24 November, kelas aku iaitu kelas Ibnu Sina batch 1998 telah berjaya menjayakan lawatan ke Pasir Salak, Perak. Memang gembira sangat sebab time form 2 pun ada plan nak buat lawatan macam ni tapi macam-macam hal berlaku last-last cancel. Apa-apa pun alhamdulillah tahun ni berjaya :) Yeah, lawatan ni hanya untuk kelas kitaorang. Takde orang lain.

Awal pagi lagi kitaorang berkumpul dekat sekolah dan seawal yang mungkin, dah mula bertolak ke Perak. Dalam bas banyak gila-gila dengan kawan sampai rasa macam sekejap je tau. Dah lah boleh tidur sebab siapa tidur akan ada orang yang akan tangkap gambar. Sedih. Tapi aku ada tidur sekejap :P

Anisa and me

Nurin and me
 
Liyana H and Batrisyia
Tempat yang pertama kitaorang melawat ialah Menara Condong. Kalau tengok menara tu memang tak berapa nak condong tapi kalau dah naik sampai atas rasa tak stabil. Kenapa? Sebab menara itu condong ! Haha. Kitaorang just jakon and bergambar~

Me and Nurin

Anisa tgh betulkan tudung :P

BAYS


Liyana Darus

RIFZ

Ada Rizal ! Hahaha

Awesome classmates

Menara Condong

Girlz

Tempat seterusnya ialah Teluk Intan. Kitaorang pergi lunch dekat situ. Acik tu bagi nasi banyak sangat, aku rasa ramai tak habis. Hoho. Lepas kenyang, kitaorang nak pergi ke tempat labu sayong.


Perjalanan nak ke tempat labu sayong ni agak jauh so kitaorang dapat chance untuk singgah dekat sawah padi. Peluang emas weh...

Mahfudzah and me





Angah comel :)


Danial and Amir

Girlz
 Time ni kitaorang nak tangkap gambar perempuan sahaja so lelaki lah jurukameranya. Punyalah 'senang' nak bekerjasama. Phone aku, aku bagi dekat Irfan. Orang suruh tangkap gambar tapi dia buat video. Hahah


Tengok Irfan :p





Next, labu sayong. Kitaorang dapat buat labu sayong sendiri, hias sendiri tapi tak mampu nak bakar sebab bakar labu tu memerlukan 6 jam. Ustazah just pesan jemur labu sayong tu. Best la juga sebab dapat buat something yang tak pernah buat. We enjoy ourselves :)


Faezatul :D



Ammar penonton utama. haha
Lepas tu lepas tu, kitaorang pergi ke Kompleks Musium Sejarah Pasir Salak. Jakon weh masuk dalam tu. Hahaha.



Syamimi, Angah, Batrisyia and Liyana Darus 




Lepas dah penat dengan segala aktiviti, dapat lah pergi ke resort. Satu chalet boleh ada enam orang sahaja. Pelajar perempuan ada 22 so empat chalet diperlukan. Chalet aku, Anisa, Batrisyia, Liyana Darus and Nadhirah 114 manakala chalet Nurin, Afila, Mahfudzah, Nazzatul and Izzati pula, 113. So kitaorang bersebelahan tau. Ada la satu pintu yang memisahkan kitaorang tu, kitaorang buka pintu tu. Then dapat la pergi chalet sebelah suka hati je. Best :DD

Petang tu aktiviti bebas and kami mengisi masa lapang dengan mandi kolam beramai-ramai.








Macam-macam jenis aktiviti lah yang kitaorang reka seperti main kejar-kejar, tahan nafas siapa paling lama. Budak lelaki just lompat and buat gaya backflip, sideflip, frontflip and pape tah lagi. Ada gelongsor tau dekat kolam ni tapi tak dapat digunakan. Bersyukur dengan apa yang ada xD

Malam tu kitaorang ada Annual Dinner. More fun. Dah pukul 3 pagi ni. Aku nak rehat and tidur. Sambung esok, insyaAllah. See you later ! ;)