Hai
Mungkin aku sepatutnya sambung update pasal Pasir Salak tapi laptop takde and aku taknak tidur lambat macam semalam. Hehe.. So now, topik baru yang terhangat dalam fikiran.
Aku tahu kebanyakan kenalan aku mesti menyampah dekat aku sebab bila puji or whatever mesti taknak mengaku or cuba elak and of course gedik. Aku cuma taknak orang puji sebab kalau aku terima pujian tu aku akan jadi riak. So it's better hilang kawan dengan cara sekarang daripada kawan kutuk belakang sebab riak.
Kadang-kadang pun aku taknak orang puji aku sebab aku tak layak terima pujian tu and aku taknak bila ada kes kutuk-mengutuk, kutuk tu macam cakap something yang amat berlawanan dengan pujian tu tau. So sangatlah sakit hati masa tu, hanya Allah yang tahu. Perasaan tu macam lagi teruk. Macam selama ni kena tipu. Macam selama ni dorang pura-pura cakap baik je tau.
Satu prinsip yang aku pegang, "Jangan sesekali sombong di muka bumi Allah ni. Bumi ni Allah punya. Sekali kita sombong, Allah boleh buat apa sahaja." My mother's advice yang aku tak boleh lupa. Tak boleh imagine apa yang Allah akan buat. Allah Maha Berkuasa. Menyeramkan tapi bagus sebab ia dapat membimbing kita daripada menuju ke jalan yang tidak benar.
Sorry sebab cerita benda ni tapi ni kan blog aku. Hehe. I'm better now ! Byee :)