Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 30, 2013

BAYS 2013


Assalamualaikum :)

Apa itu BAYS?
BAYS adalah gabungan nama iaitu Batrisyia, Anisa, Yana and Syarafana.

Kenapa BAYS?
Dah tu je ideanya. Terima je lah. Nama pun gempak apa. Haha.

Perlu ke buat group?
Tak perlu pun. Kitaorang saje-saje je buat tapi sebenarnya kitaorang lebih kepada group #IbnuSinaians.

BAYS gedik.
Oh.. Kitaorang tak kisah :)

------------------------------

Haha saje buat dialog sendiri :P Kali ni nak cerita pasal apa yang kitaorang buat sama-sama. Macam sambut birthday ke apa ke kan

29 Januari 2013
Masa ni birthday Iqbal. Aku, Anisa dan Liyana D yang rancang untuk buat suprise birthday party yang kecil-kecilan. Kitaorang nak buat sempena birthday Batrisyia (28Jan). Alang-alang tu sambut je la yang lahir bulan Januari sekali kan. Mak aku sponsor birthday cake sebiji then kongsi ramai-ramai. Sambut dekat depan sekolah je. Tu pun macam-macam berlaku. Time persediaan surprise birthday party ni, aku dengan Anisa je terlibat. Kalau Liyana tahu, confirm kantoi. Hahaha. Alhamdulillah kami berjaya buat Batrisyia terharu dengan hadiah yang sungguh bermakna. Hehehe.

Sambutan birthday Liyana
Aku tak ingatlah bila. Aku ingat hari Rabu je. Kitaorang macam main rancang je tau. Tu pun ada bantahan apa semua (taknak cerita lebihlebih). Kitaorang sambut birthday Liyana dalam bas time otw nak pergi tuisyen. Haha kelakar sebenarnya. Liyana malu sangat time kitaorang nyanyi sebab dia malu semua pandang. Untuk birthday Yana, ada cupcakes. Sedap (Y) Lepas balik dari tuisyen, lebih kurang pukul 6 lebih nak depat pukul 7 malam, kitaorang continue sambutan birthday ni. Kitaorang main perang tepung. Ini adalah saat yang langsung tak dapat nak dilupakan. Dah lah kitaorang berlima je yang tinggal (termasuk Huda). Lepas tu main baling tepung depan sekolah. Tengah maghrib lak tu. Main kejar-kejar and confirm 100% aku, Batrisyia, Huda and Liyana takkan lupa pasal Batrisyia tersondol Liyana. Serious weh. Benda paling kelakar, benda yang memang aku tak boleh stop gelak sampai sekarang >.<

Sambutan birthday Anisa
Hehe sorry. Aku tak ingat juga bila tarikh dia. Time birthday Anisa, kitaorang celebrate dekat WWM. Aku ingat lagi betapa kelam kabutnya aku dengan Batrisyia time tu. Kitaorang semua tak prepare secukupnya tau. Memang gelabah lah and kitaorang takut surprise birthday party menjadi tak surprise. Alhamdulillah, jadi lah juga walaupun tak berapa meriah. Hehehe

Sambutan birthday Syarafana
MUAHAHA. SORRY AKU TAK INGAT JUGA BILA xD Yang aku ingat surprise birthday party menjadi tak surprise. Cuma ada la beberapa benda yang mengejutkan. Dorg sediakan kek sebiji. Sedap tapi aku makan sikit je sebab sebab, biar je lah kan. Benda dah lepas. Dorg buat ni time rehat. Lepas habis sambut dalam kelas seramai berempat, kitaorang pun baru gedik nak turun pergi rehat. Lepas tu selamba badak sumbu, selamba badak air, kitaorang berempat naik lambat. Duduk je dekat kantin sebab turun lambat en. Cikgu marah tapi.. Hehe. Sorry cikgu. Time balik tu, mak aku tiba-tiba sampai awal. Aku pun gelabah lah. Lepas tu Anisa suruh aku tunggu kejap. Batrisyia dengan Liyana pula hilang. Rupa-rupanya dorang nak bagi hadiah. Hoho sorry laaaaaaaaaaa. Lain kali cakap nak bagi hadiah, takde aku gelabah macam apa. *menyesal* *menyesal tiada guna* *bersalah*. ngehngeh

Anyway, aku nak minta maaf atas segala salah aku. Aku tahu aku paling banyak salah. Aku kan suka mendiamkan diri atau marah tak tentu pasal. Entahla, aku kan wanita :p Sorry ya korang semua. Muahh :* Biarlah berpisah ke bergaduh ke asalkan kita still dapat berkumpul sekali sekala. Asalkan kita tak lupa each other. Asalkan kita still bercontact and never lost contact.

*Aku malas nak cari gambar kita semua. Muahaha *evil laugh*

Saturday, December 28, 2013

Times Square #IbnuSinaians


Assalamualaikum :D

Kali ni #IbnuSinaians serang Times Square tapi tak kesemuanyalah. Hanya 15 orang. Budak perempuan semua pakai baju kelas :) Bak kata Ustazah Husna, kalau hilang, senang nak cari.

Plan kitaorang dalam pukul 9 dah kena berkumpul dekat Station LRT Putra Taman Melati tapi ada sorang budak lelaki lambat so tunggu dekat situ berjam-jam tau. Sampailah budak perempuan dah tak tahan so kitaorang pergi dulu and berkumpul balik dekat Masjid Jamek. Disebabkan ni first time so macam-macam benda berlaku. Ya memang aku tahu cara dia tapi kali ni macam... lain. Haha

Lepas dah berjaya sampai dekat Berjaya Times Square tu, kitaorang terus serang tingkat 5. Dekat sana ada theme park. Oh yeah! Aku dengan Liyana H pergi beli tiket manakala yang lain pergi breakfast dekat sekitar-sekitar tu. Lepas dah beli tiket and sebagainya, dah ready nak masuk, tiba-tiba Nadhirah and Izzati call. Dorang dah nak sampai dekat TS ni and taktahu jalan so aku pun sukarela pergi tunggu dorang dekat pintu utama. Aku sorang je. Yang lain dah enjoy dulu main dekat theme park. Sedih tak sedih, reda je la..

Lebih kurang 8 minit aku tunggu Nadhirah and Izzati. Ya, siap kira lagi. hahaha. Lepas tu cepat-cepat la pergi ke them park balik. Disebabkan aku pun excited, aku just bagi dorang nasihat sikit then aku terus masuk. Lepas masuk dah nampak budak perempuan IBS tengah beratur untuk main en. Then dorang suruh cari Liyana H sebab Liyana H kena jaga bag dorang. Bag tu kena letak dalam locker tapi aku terbawa lari time nak jemput Nadhirah and Izzati. Sorry korang :/

Cari Liyana H punya la lama. Pusing banyak kali and call banyak kali. Sampailah aku duduk diam, tiba-tiba Liyana peluk aku. Hahah. Rupanya dia menyorok belakang tiang :P So kitaorang berdua pun sumbat segala bag dalam satu locker. Lepas tu main sana sini, pening sini sana. hahaha. Macam-macam lah berlaku.

Kitaorang kalau boleh time main tu, nak naik sama-sama termasuk budak lelaki.


Time naik benda ni, hahahahahhahahahahahhahaahahaha. Iman dah tutup muka dah. Aku duduk sebelah Nurin. Kitaorang duduk tepi sekali so macam lagi seram tau. Mula-mula tu rasa macam takut. Lama-lama rasa dah okay tapi takut ke tak ke aku tetap nak jerit sebab tu je peluang. Hehe. Ada sekali tu macam dah penat sangat, taknak la jerit tapi geli perut so macam-macam lah en.


Time naik benda ni pun kitaorang naik sama-sama tapi budak perempuan tiga orang je iaitu aku, Nurin and Syahmina. Hahahahhahahah geli perut wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Aku dengan Syahmina gelak je kerja. Nurin cakap setiap permainan Syahmina naik, dia akan gelak. Aku pun sama tapi aku lagi suka jerit ah. Hilang stress xD Masa naik benda ni, Irfan ada jerit. Serious kelakar. Hahahhahaha.

*Macam post kali ni banyak 'hahaha' je*

Eh, walaupun dah lepas 15 tahun pun kitaorang still pergi dekat tempat permainan kanak-kanak and of course naik sama-sama juga. Best gilaaa. Ada satu ni, nama dia Crazy Bus. Benda tu memang macam bosan tapi kitaorang enjoy ourselves. Nah tengok, tekan link bawah ni.


Muahahhaha. Gila kan? Lepas dah pukul 4 kot kitaorang keluar and solat zohor. Ngehngeh. Punya lah lambat. Lepas solat asar, kitaorang semua pun pergi la makan dekat food court. Lepas makan, balik. Time balik ni berpecah. Mula-mula Syahmina, Nadhirah and Izzati balik dulu. Then tinggal la 13 orang (termasuk adik Amina). Disebabkan taknak sesat macam time datang tu, kitaorang lalu la jalan lain iaitu melalui KL Sentral. Liyana D and Afila nak balik cepat tau so dorang pergi ikut cara time nak datang tu tapi kesian la juga sebab dorang berpisah sebab nak awal, last-last lambat juga. Takpe, boleh jadikan pengajaran.

So, dorang semua pun turun la dekat Taman Melati and balik. Aku taktahu sebab aku turun dekat Sri Rampai, jumpa ayah aku dekat sana then jalan-jalan sikit dekat Wangsa Walk. Hehe.

The end. Thanks for reading :)









Beratur untuk bumper car :D







Liyana(s)






Yang turut bersama,
Iman
Ikram
Muaz
Irfan
Danial
Nurin
Qistina
Syahmina
Liyana D
Liyana H
Nadhirah
Izzati
Afila
Amina
Adik Amina

Tarikh pergi TS : 23 December 2013

Wednesday, December 25, 2013

A Very Short Post

Hello.

Short story from me. Aku tengah merasmikan hadiah yang parents aku bagi sempena PMR. Ingat tak time aku dapat S4? Itu sempena UPSR. Walaupun ayah lambat bagi, aku tak kisah langsung sebab tengok mak ayah senyum and bangga dengan anak dia, dah cukup dah tapi mak cakap ayah tetap nak bagi hadiah. Macam-macam mak cerita. 4A1B pun dapat hadiah hebat macam tu. 8A1B pula dapat hadiah macam ni. I'm not excited but I'm speechless. Nak cakap thanks pun macam "Biar betul ayah bagi ni?!"

Ngehngeh. Hadiah untuk PMR ialah sebuah laptop. Perasaan yang tak sangka akan rasa tau. Benda tak expect langsung akan dapat semua ni. Like seriously........... >.< Hahahhaha. Time beli S4 masa tu S4 baru keluar tau. Now laptop ni pun sama. Baru keluar sebulan. *Still speechless*

Anyway, thank you ayah, mak, kakak, abang and adik :* Tak lupa juga kepada makcik ku yang ketujuh :*

Monday, December 16, 2013

Pengajaran Yang Menyedarkan


Assalamualaikum ;)

Saje nak cerita sikit pasal cerita Frozen. Ada satu pengajaran yang aku suka dan mengubah cara berfikir aku la juga. Kan ada satu part time Anna sakit dan cara untuk sembuh ialah cinta sejati. So dekat situ dia terfikir 'true love kiss' tapi lastly Anna selamat bukan kerana 'true love kiss' pun. Dia selamat kerana cinta sejati. Just buang 'kiss' tu.

Dekat situ kan, aku sedar yang cinta sejati bukannya antara lelaki dan perempuan je. Yelaa, sometimes bila kita update status or kita tweet then kita cakap 'I love you' mesti orang cakap kita cakap tu dekat boyfriend kita laa ataupun girlfriend. Bila kita cakap dekat best friend kita pula, orang cakap kita lesbian. Memang tak kisah pun dengan apa yang dorang cakap tapi sekarang aku rasa macam apa yang aku buat tu tak salah pun. Kita cakap 'I love you' sebab kita sayang dekat dia sebab dia adalah kawan kita yang paling kita rapat, yang paling banyak tolong kita. Takkan tak hargai?

Now aku rasa macam aku merepek. HAHA. Anyway, love that story and baguslah kalau faham apa yang aku maksudkan. Ngehngeh

Bulat Oh Circle


Hello.

Seperti gambar di atas, inilah kucing kesayangan aku. Namanya Bulat. Dia comel sangat since kecil lagi sebab tu penuh gambar dia dalam phone aku. Mata dia bulat gilaaa. Tak pernah tak bulat. Masa dia kecil dulu dia gemuk sangat sampai bentuk pun bulat. Sampailah dia dapat nama Bulat. Dia ni kalau makan, selagi ada ruang dalam perut, dia akan penuhkan. Ruang sikit pun dia sibuk nak penuhkan sampai perut dah macam apa je. Kalau bab muka comel memang dia la menang. Kalau bab muka comot memang dia lah juara. Mana taknya, makan sampai dua kaki masuk dalam pinggan. Dekat hidung pun ada makanan, entah cara apa dia pakai. Lepas tu, dia ni manja sangat. Tempat favourite tidur ialah dengan orang. Atas riba tuan dia ke atas bantal ke atas meja gosok ke atas printer pun jadi. Masa dia kecil, takde siapa nak jaga. Adik beradik dia yang lain semua mati dengan cara dahsyat. Menyedihkan... Mak dia memang perasan cantik so bab jaga anak ni tak main lah. Disebabkan aku taknak dia sedih, taknak dia mati, aku jaga la dia betul-betul. Nak dikatakan, macam jaga anak sendiri. Nak berpisah dengan dia memang sedih sebab rasa rindu sangat tapi kita ni manusia. Kena lah reda kan. Hari Jumaat hari tu dapat balik kampung, alhamdulillah. Sampai je rumah masa hari Ahad tu, semua kucing ada kecuali si comel Bulat ni.

Rindu pun ada. Risau pun ada. Reda pun ada.
Kalau ada orang ambil dia and jaga dia, alhamdulillah walaupun sedih sebab itu adalah kucing aku..
Kalau ada orang culik and dera dia, risaunya :/
Kalau dia sesat and sejuk and lapar...

Dah puas aku pusing satu blok. Dah puas aku jerit nama dia. Dah puas aku nangis. Dah puas aku tunggu dia balik.


Thursday, December 12, 2013

Pasir Salak #BestWeekendEver (sambungan)


Assalamualaikum :D

Post ni adalah sambungan untuk post pasal Pasir Salak yang sebelumnya. Haha. Sorry sebab sambungan lambat gilerrrr. Malam ni aku free so aku nak update lah.

Annual Dinner.
Chaletmates aku adalah yang paling lambat. Kitaorang jalan laju-laju time nak pergi ke dewan tu. Time lalu dekat sebelah kolam, nampak lah semua budak lelaki dalam dewan tu. Semua ejek cakap "Lambattttttttttttttt" dan sebagainya. Walaupun dekat situ dah ada pintu, kitaorang nak lalu dekat pintu lagi satu. Time nak pusing tu, penjaga chalet tu cakap la dinner dekat dewan lagi satu. Kitaorang pun okay je lah and cepat-cepat pergi. Maklum lah dah lambat. Sampai dekat sana, semua orang dah ada (kecuali budak lelaki). Budak lelaki salah tempat sebenarnya. Nampak tak ke-cover-an mereka? :P

Lepas semua orang dah berkumpul, Afiqah sebagai MC lah cakap apa yang patut.


Then ada lah bacaan doa, makan-makan, penyampaian hadiah, pertukaran hadiah. Malam ni aku tak seberapa nak segar and mata aku pun dah merah sebab memang ngantuk sangat. Makan pun ala kadar je walaupun makanan sedap.

Pasal pertukaran hadiah. Aku bagi hadiah aku dekat Nur Iffah :) And aku dapat hadiah daripada Muhammad Irfan Aghna. Kitaorang tak dapat pilih siapa yang akan dapat or siapa yang kita nak bagi. Semuanya atas undian. Best laa sebab macam surprise dan mendebarkan. Hahaha. Next, gambar !
























Muka over. HAHA









Ucapan ketua kelas 3 Ibnu Sina. Ucapan yang amat menyentuh hati


Memang banyak gila gambar tapi tak semuanya aku upload. Ada yang blur dan sebagainya. Time nak tidur pun best gila sebenarnya. Macam-macam perangai gila keluar. Aku tidur awal sikit sebab memang ngantuk gila kan tapi walaupun tidur awal, takdelah tidur lena sangat. Mereka yang belum tidur tu punyalah bising xD Part aku still nak tergelak ialah Batrisyia jatuh. Taktahulah macam mana caranya, tanya dia :P

Esok pagi tu bangun awal, bersiap dan pukul 7 breakfast. Makan nasi lemak sambal ikan bilis. Then kitaorang berkumpul dekat bas. Lama sangat berkumpul sebab pakcik bas tengah buat apa tah. So... Bergambar.. Hehe..

















Pakcik bas


Seterusnya, kitaorang pergi melawat binatang yang hampir pupus iaitu tuntung. Pengalaman yang awesome sebab tak pernah tahu pun binatang ni wujud. Bila ustazah cakap tuntung pun rasa macam "Apa tu?". First time jumpa pun dah boleh tahu macam-macam pasal dorang. Contoh, pasal makanan, tempat tinggal, cara dorang bertelur, dorang boleh hidup berapa lama dan macam-macam lah. Syok je dengar pakcik tu cerita. 





Telur Tuntung











Tuntung ketika muda. Comel je semua


Tuntung yang tertua setakat ni. 45 tahun tak silap.





Selepas tuntung, to the Kellie's Castle we went.
















Selepas Kellie's Castle, the adventure had started. Kitaorang pergi ke Gua Tempurung. Gua cakap sama lu memang semua jenis perasaan positive ada time pergi dekat situ. Memang seronok sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt. Lepas Gua Tempurung, SMK Setapak Indah lah pula :)




Time nak masuk gua ni, kitaorang sampai lambat lah. Dah lah tak lunch lagi. Sampai-sampai terus makan tu pun ramai yang tak habis then terus bersiap and masuk gua. Gambar-gambar ni pun ayah aku yang tangkap. Yeah, dia ada dekat situ juga. Mak dan ayah aku pun ada dekat Perak sebab dorang nak hantar kakak aku pergi universiti dia and sambilan tu mereka pun sampai sekali dekat Gua Tempurung ni. Hehe.

ByTheWay, dalam bas time otw ke KL. Budak lelaki aku ada buat Harlem Shake. Try lah tengok :)

Klik sini.

Oh yaaa. Lupa pula. Terima kasih dan minta maaf dekat Nurul Afila, Anisa Irdina, Nurhani Suraya, Nurin Jazlin dan Muhammad Ikram. Mereka adalah photographer dan aku ada ambil beberapa gambar dari mereka. Minta maaf sebab tak minta awal-awal. Sorry...

Lastly...

Aku sayang korang semua. Forever insyaAllah.
Muhammad Ikram
Muhammad Iskandar
Amir Nurhakim
Muhammad Iqbal Mukmin
Ahmad Lutfi
Muhammad Muaz
Muhammad Rizal
Syed Mohd Danial
Muhammad Irfan Aghna
Nuqman Nasyat
Muhammad Nur Iman
Nurul Atiqah
NurulAin Syamimi
Anisa Irdina
Nurin Jazlin
Amina Aalya
Nur Izzati
Nazzatul Ashikin
Nur Qistina Huda
Nur Imanina
Nurul Afila
Nurul Nadhirah
Tengku Nuramira Sophea
Nuriffah
Nur Liyana
Nurliyana
Nur Batrisyia Sima
Nursyahmina Athirah
Nurhani Suraya
Mahfudzah
Faezatul Hasanah
Nurul Afiqah