Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 16, 2013

Bulat Oh Circle


Hello.

Seperti gambar di atas, inilah kucing kesayangan aku. Namanya Bulat. Dia comel sangat since kecil lagi sebab tu penuh gambar dia dalam phone aku. Mata dia bulat gilaaa. Tak pernah tak bulat. Masa dia kecil dulu dia gemuk sangat sampai bentuk pun bulat. Sampailah dia dapat nama Bulat. Dia ni kalau makan, selagi ada ruang dalam perut, dia akan penuhkan. Ruang sikit pun dia sibuk nak penuhkan sampai perut dah macam apa je. Kalau bab muka comel memang dia la menang. Kalau bab muka comot memang dia lah juara. Mana taknya, makan sampai dua kaki masuk dalam pinggan. Dekat hidung pun ada makanan, entah cara apa dia pakai. Lepas tu, dia ni manja sangat. Tempat favourite tidur ialah dengan orang. Atas riba tuan dia ke atas bantal ke atas meja gosok ke atas printer pun jadi. Masa dia kecil, takde siapa nak jaga. Adik beradik dia yang lain semua mati dengan cara dahsyat. Menyedihkan... Mak dia memang perasan cantik so bab jaga anak ni tak main lah. Disebabkan aku taknak dia sedih, taknak dia mati, aku jaga la dia betul-betul. Nak dikatakan, macam jaga anak sendiri. Nak berpisah dengan dia memang sedih sebab rasa rindu sangat tapi kita ni manusia. Kena lah reda kan. Hari Jumaat hari tu dapat balik kampung, alhamdulillah. Sampai je rumah masa hari Ahad tu, semua kucing ada kecuali si comel Bulat ni.

Rindu pun ada. Risau pun ada. Reda pun ada.
Kalau ada orang ambil dia and jaga dia, alhamdulillah walaupun sedih sebab itu adalah kucing aku..
Kalau ada orang culik and dera dia, risaunya :/
Kalau dia sesat and sejuk and lapar...

Dah puas aku pusing satu blok. Dah puas aku jerit nama dia. Dah puas aku nangis. Dah puas aku tunggu dia balik.