Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 28, 2013

Times Square #IbnuSinaians


Assalamualaikum :D

Kali ni #IbnuSinaians serang Times Square tapi tak kesemuanyalah. Hanya 15 orang. Budak perempuan semua pakai baju kelas :) Bak kata Ustazah Husna, kalau hilang, senang nak cari.

Plan kitaorang dalam pukul 9 dah kena berkumpul dekat Station LRT Putra Taman Melati tapi ada sorang budak lelaki lambat so tunggu dekat situ berjam-jam tau. Sampailah budak perempuan dah tak tahan so kitaorang pergi dulu and berkumpul balik dekat Masjid Jamek. Disebabkan ni first time so macam-macam benda berlaku. Ya memang aku tahu cara dia tapi kali ni macam... lain. Haha

Lepas dah berjaya sampai dekat Berjaya Times Square tu, kitaorang terus serang tingkat 5. Dekat sana ada theme park. Oh yeah! Aku dengan Liyana H pergi beli tiket manakala yang lain pergi breakfast dekat sekitar-sekitar tu. Lepas dah beli tiket and sebagainya, dah ready nak masuk, tiba-tiba Nadhirah and Izzati call. Dorang dah nak sampai dekat TS ni and taktahu jalan so aku pun sukarela pergi tunggu dorang dekat pintu utama. Aku sorang je. Yang lain dah enjoy dulu main dekat theme park. Sedih tak sedih, reda je la..

Lebih kurang 8 minit aku tunggu Nadhirah and Izzati. Ya, siap kira lagi. hahaha. Lepas tu cepat-cepat la pergi ke them park balik. Disebabkan aku pun excited, aku just bagi dorang nasihat sikit then aku terus masuk. Lepas masuk dah nampak budak perempuan IBS tengah beratur untuk main en. Then dorang suruh cari Liyana H sebab Liyana H kena jaga bag dorang. Bag tu kena letak dalam locker tapi aku terbawa lari time nak jemput Nadhirah and Izzati. Sorry korang :/

Cari Liyana H punya la lama. Pusing banyak kali and call banyak kali. Sampailah aku duduk diam, tiba-tiba Liyana peluk aku. Hahah. Rupanya dia menyorok belakang tiang :P So kitaorang berdua pun sumbat segala bag dalam satu locker. Lepas tu main sana sini, pening sini sana. hahaha. Macam-macam lah berlaku.

Kitaorang kalau boleh time main tu, nak naik sama-sama termasuk budak lelaki.


Time naik benda ni, hahahahahhahahahahahhahaahahaha. Iman dah tutup muka dah. Aku duduk sebelah Nurin. Kitaorang duduk tepi sekali so macam lagi seram tau. Mula-mula tu rasa macam takut. Lama-lama rasa dah okay tapi takut ke tak ke aku tetap nak jerit sebab tu je peluang. Hehe. Ada sekali tu macam dah penat sangat, taknak la jerit tapi geli perut so macam-macam lah en.


Time naik benda ni pun kitaorang naik sama-sama tapi budak perempuan tiga orang je iaitu aku, Nurin and Syahmina. Hahahahhahahah geli perut wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Aku dengan Syahmina gelak je kerja. Nurin cakap setiap permainan Syahmina naik, dia akan gelak. Aku pun sama tapi aku lagi suka jerit ah. Hilang stress xD Masa naik benda ni, Irfan ada jerit. Serious kelakar. Hahahhahaha.

*Macam post kali ni banyak 'hahaha' je*

Eh, walaupun dah lepas 15 tahun pun kitaorang still pergi dekat tempat permainan kanak-kanak and of course naik sama-sama juga. Best gilaaa. Ada satu ni, nama dia Crazy Bus. Benda tu memang macam bosan tapi kitaorang enjoy ourselves. Nah tengok, tekan link bawah ni.


Muahahhaha. Gila kan? Lepas dah pukul 4 kot kitaorang keluar and solat zohor. Ngehngeh. Punya lah lambat. Lepas solat asar, kitaorang semua pun pergi la makan dekat food court. Lepas makan, balik. Time balik ni berpecah. Mula-mula Syahmina, Nadhirah and Izzati balik dulu. Then tinggal la 13 orang (termasuk adik Amina). Disebabkan taknak sesat macam time datang tu, kitaorang lalu la jalan lain iaitu melalui KL Sentral. Liyana D and Afila nak balik cepat tau so dorang pergi ikut cara time nak datang tu tapi kesian la juga sebab dorang berpisah sebab nak awal, last-last lambat juga. Takpe, boleh jadikan pengajaran.

So, dorang semua pun turun la dekat Taman Melati and balik. Aku taktahu sebab aku turun dekat Sri Rampai, jumpa ayah aku dekat sana then jalan-jalan sikit dekat Wangsa Walk. Hehe.

The end. Thanks for reading :)









Beratur untuk bumper car :D







Liyana(s)






Yang turut bersama,
Iman
Ikram
Muaz
Irfan
Danial
Nurin
Qistina
Syahmina
Liyana D
Liyana H
Nadhirah
Izzati
Afila
Amina
Adik Amina

Tarikh pergi TS : 23 December 2013