Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 4, 2013

Benda Lepas


This picture is taken by me you know. Saje riak jap :P

Assalamualaikum !! :D

Kinda happy sebab dapat update blog. Semalam dah dapat laptop tapi main game dari awal pagi sampai awal pagi juga. Faham sendiri je la kan :P Hehe. Mata dah mula nak bengkak. Akibat buat perangai tahan ngantuk keran game. Please lah berubah Ana -.- Cakap lebih tak berubah juga. Kahkah

Anyway, nak cerita banyak tentang 30 Mei 2013 :)

Aku mula cerita daripada perbincangan lah. Baru faham sikit apa yang aku lalui :P Haha

Hari Khamis 23 Mei 2013. Aku, Batrisyia dan Huda dah mula berfikir nak buat apa untuk birthday Anisa. Tak perlu tapi lantaklah, kitaorang nak buat. Haha. Time tu memang aku blur sangat tak tahu nak buat apa so aku just cakap nanti ada idea aku bagitahu.

Hari Isnin 27 Mei 2013. Aku ada tuisyen petang tu. Jumpa la kawan-kawan aku yang gedik ni kan. Hahaha. Ada laa berbincang sikit tapi aku dengan Batrisyia je yang bincang. Kitaorang bukannya nak berahsia sangat. Cuma kalau bagitahu Liyana atau Huda macam takut Anisa perasan. Anisa tu dah laa spy terhandal. Usha orang je kerja. Dekat sini la aku dengan Batrisyia dah ada idea sikit. Kitaorang plan benda basic je.

Hari Selasa 28 Mei 2013. Kitaorang ada kelas Geografi dekat sekolah. Btw saje nak selit cerita pasal aku menjadi Superhero Anisa. Kelas aku kan kunci, aku tak bawa kunci tau. Lupa. Then, Anisa tertinggal phone tercinta dia dalam kelas. Aku bersalah sebenarnya so aku volunteer diri untuk masuk ke dalam kelas melalui tingkap. Alhamdulillah dapat selamatkan tetapi urat kaki aku macam tegang sekejap. Nasib baik dah okay, alhamdulillah.. Lepas habis kelas, kitaorang lepak-lepak la kejap. Tangkap gambar, borak-borak. Suddenly, Batrisyia ajak kami semua pergi keluar. Hang out, chillax gitu. Semua macam tak boleh tau :/

Hari Rabu 29 Mei 2013. Takde apa yang berlaku sangat. Cuma kitaorang ada tuisyen masa ni. Aku dengan Batrisyia je confirm pergi. Dalam hati en, birthday siapa nak sambut ni. Ada laa juga terfikir, aku sambut birthday Batrisyia yang dah lama lepas and Batrisyia sambut birthday aku yang lambat lagi. Eh, boleh jadi apa. Kannnnnnn? Hahhaa

Malam Rabu tu semua confirm boleh pergi :D And malam tu juga aku dengan Batrisyia plan macam-macam yang takde kaitan pasal birthday Anisa pun sebab untuk birthday Anisa, biar spontan sahaja. Pening aku plan ni tau. Rasa nak bersara. #Eh?

Kemudian, tiba lah hari Khamis 30 Mei 2013. Sebelum pukul 9 aku da kena keluar rumah sebab mak aku ada hal. Sampai dekat sekolah, borak-borak dengan Huda sikit sambil tunggu Batrisyia dan Liyana. Bila mereka sampai, straight pergi ke train dan pergi ke wwm. Best jalan berempat dengan dorang. Tempat pun bahaya, kira okay laa ada ramai en. Sampai dekat sana, kitaorang beli tiket wayang dulu.


Lepas tu kitaorang berpecah. Huda dan Liyana beli breakfast untuk Huda. Aku dengan Batrisyia cari hadiah. Betapa kelam kabutnya sebab takde satu persiapan pun untuk birthday Anisa. Hehe. Selepas itu, Anisa pun sampai. Dia datang naik kereta BMW. Ada driver lagi. Bukan macam kitaorang naik train je :P Masa ni semua dekat kedai hadiah tau. Aku dengan Liyana pergi turun bawah nak cari Anisa. Dah jumpa, nak patah balik la kan. Tengah jalan tu, depan kedai hadiah tu kami jumpa Nurain Rahmah. Excited. Kawan lama since darjah 4. Rindu sangat walaupun tak rapat sebenarnya.

Lepas tu kami berlima dah bersatu. Takde berpecah dah. Kitaorang pun pergi laa ke tempat wayang. Aku dahaga gila tau. Penat sangat tapi nak beli air sambil tengok wayang, takde. Hampreh gila. Masuk je laa wayang tu. Disebabkan tak tahan juga dahaganya, aku pun pergi keluar dengan Batrisyia. Pergh. Panjang gila beratur. Tadi bukan main tutup. Nasib baik sempat beli and masuk wayang tepat pada waktunya.


Cerita ni awesome gila ! Semua perasaan ada tau. Lepas wayang kitaorang pergi toilet kecuali aku dengan Batrisyia. Kitaorang pergi nyorok dekat satu tempat ni and readykan sikit barang untuk birthday Anisa. Panic you know. Berpeluh habis. Hahha. Lepas tu Anisa, Huda dan Liyana cari kitaorang. Lawak la juga. So kitaorang berjumpa dekat boling.



Main boling dua game. First Liyana menang. Second Anisa menang. Persaingan yang sengit. Semua pro. Eceh. Hahaha. Lepas boling, Anisa dah kena balik. Dekat sini aku imagine lagi yang kitaorang berempat celebrate birhday Anisa tanpa Anisa. Weirdo. Hahaha

After that, kitaorang ada beli Chatime. Then cari kedai untuk makan. Ingatkan nak serang Secret Recipe tapi ramai orang so A&W pun jadi. Hahaha. Banyak gelak juga dekat sini sebab memang macam-macam yang berlaku. Tahu-tahu je laa kawan-kawan aku ni kan :P (Padahal aku yang paling teruk)

Then tengah makan apa semua, Batrisyia kononnya nak beli Hot&Roll. Dia ajak aku tapi sebenarnya kitaorang pergi kedai cupcake depan tu. Hahaha. Kantoi gak dengan Anisa and dia tanya macam-macam. Ye laa, cakap nak pergi kedai lain tapi pergi kedai lain.


Tadaaaaaa~! Yeah. Ini je bro. Bukannya kek 6 tingkat macam korang dah berangan :P Aku punya yang rainbow gitu. Lepas dah gila-gila apa semua la and macam-macam lah kan. Kitaorang pun balik ler. Masa balik tu da petang dah. Penat gila tapi happy lah kan. Lastly,

Happy Birthday to Anisa Irdina Ahmad Ridzuan and Nur Liyana Hishamuddin ! :)

-------------------------pictures-------------------------