Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, May 27, 2013

Gambar kemudian lorh...


"Bila nampak pemandangan yang cantik, sebutlah subhanallah"

Assalamualaikum...

Sabtu lepas bersamaan 25 Mei 2013, aku dan keluarga tidak termasuk kakak dan abang pergi ke Kedah. Ada kenduri kahwin.. Pukul 6.30 dah bertolak dari rumah. Lepas breakfast dekat Restoran Jejantas Sungai Buloh, aku tidur je dalam kereta tu. Tengok-tengok dah ada dekat Kedah dah. Hahaha

Lepas kenduri kahwin tu, kami pergi pula ke Pulau Pinang. Naik feri. hehe. First destination, mesti laa hotel kan. Dah penat seharian dalam kereta je. Sampai dekat hotel lebih kurang pukul 4 lebih kot. Tak ingat dan tak pasti. Masuk je bilik hotel, aku straight pergi dekat balkoni.

Subhahanallah. Cantik sangat pemandangan dia. Dekat situ boleh nampak kolam dekat bawah. Kolam dia dah laa cantik dan besar. Then boleh nampak pantai. Nampak juga bangunan-bangunan lain yang ada dekat situ. I'm amazed..

Dekat pantai tu boleh tahan ramai orang. Banyak sangat aktiviti dekat situ. Ada parachute, ada orang mandi-manda. Aku lebih suka tengok pantai sebab dekat kolam tu ramai orang cina. Biasa laa.. Tak berapa tutup auratnya.. So, aku banyak duduk dekat balkoni je laa. Duduk seorang-seorang dengan angin kencangnya :D

Then malam tu ada pergi dinner dekat mana aku pun tak berapa pasti tapi makanan dia memang sedap laa. Lagi-lagi aku tengah lapar. Hahhaa. Bila balik ke bilik hotel pun memang aku banyak duduk dekat balkoni tu je. Time malam angin lagi sedap. Oh ya, sebelum keluar pergi dinner tu, ada sunset ! Hee. Cantik. Ada satu gambar tu dah jadi wallpaper phone aku dah.

Malam tu lagi aku cuba untuk tidur lambat sebenarnya sebab keesokan harinya ialah birthday Anisa & Liyana H :D Apakan daya, penat sangat, pukul 11 aku dah tertidur. Hahahhaa. Esok tu bangun pukul 8. Straight lah mesej Anisa & Liyana H.

Then kami ada pergi kolam. Aku dengan mak aku tak mandi. Lepas tu kami pergi ke Bukit Bendera :) Aku dah lama nak pergi dekat sini sebab aku teringin sangat nak naik train tu lagi-lagi lepas dengar mak aku cerita pasal dia naik dulu. Ayah sanggup berkorban untuk pergi ke sini demi aku. Pengorbanan seorang ayah lah kot ;)

Dekat atas sana, takde laa banyak benda menarik tapi boleh laa. Aku pergi The Owl Museum & Aviary and Ginger Garden tak silap. Aku pergi dengan adik je and boleh bawa camera :P Ayah dan mak duduk berehat. Muahaha. Best lah juga. Aku layan adik aku tu je. Ikut je dia. hahaha

Lepas tu kami nak pergi ke Queensbay Mall. Disebabkan salah jalan, balik terus ke Kuala Lumpur. Hahaha. ByTheWay, kami ada singgah dekat Taiping untuk makan steamboat. Boleh tahan sedap laa. Masa nak ke KL tu kan, ada laa juga jem dan ayah pula penat dan mengantuk so banyak stop. Akhirnya sampai rumah pukul 3 pagi. Memang penat dan ngantuk sangat.

Sekian terima kasih.
Selamat tinggal :)