Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, March 22, 2016

Ella


"Have courage and be kind"

Aku baru tengok cerita ni haritu. Best gila, aku rate 9/10. Cerita ni dah cliche macam mana pun still great. Kit pun handsome and sweet. Hahahahah. So, semua orang mesti laa tahu kan macam mana cinderella ni. Anak yatim piatu, ada mak tiri dan kakak tiri, kena jadi orang gaji and sebagainya. Then aku terfikir yang ada gak persamaan aku dengan cinderella ni. Boleh juga aku merasa jadi cinderella. Hahahah. Apa yang sama ialah aku minat haiwan. :) Nanti ada masalah boleh laa panggil haiwan-haiwan bantu aku pergi majlis tari menari ke kan. Sekian berangan aku kbai


Thursday, March 17, 2016

Old Friend


Pernah tak orang tanya kau, apa fav song? Aku suka laa juga tanya especially kalau aku rapat dengan orang tu. Kalau lagu tu aku pun minat, memang syok lah aku. Lagu yang aku tak minat pun boleh jadi minat. Yeah, sebab orang tu aku rapat :)

Lagu Aku Bukan Untukmu by Rossa. Lagu tu aku takde laa suka sangat. Lagu jiwang sangat tu tapi since aku darjah 3 sampai lah sekarang, aku selalu dengar lagu tu. Cerita dia macam ni, aku ada best friend forever and entah macam mana kitaorang jadi rapat gila gila time darjah 2. Dalam kelas kitaorang duduk sebelah-sebelah. Abang dia bestfriend abang aku. Mak ayah dia kenal mak ayah aku. Memang kitaorang rapat gila. One day, dia kena pindah duduk Selangor. Time tu aku kecil lagi, takdelah sedih sangat. Dia pindah tu akhir tahun so time cuti akhir tahun tu kan, aku duduk rumah dia. Ni first time aku tidur rumah kawan and memang jauh dari rumah aku.

Biasa laa, mula-mula excited gila. Jalan nak pergi rumah dia tu aku ingat laa sikit-sikit sampai sekarang. Masa otw tu, aku niat, "Nak hafal jalan ni. Nanti boleh datang lagi". Masa duduk dekat rumah dia, macam-macam kitaorang main. Make-up guna bedak + air, main kerusi beroda tu, main game dkt pc. Aku ingat semuanyaa. Lebih kurang 4 malam aku duduk situ kott. Sepatutnya duduk seminggu tapi tiba-tiba aku homesick. Hehe. Aku nangis minta nak balik rumah. 2 malam lepas tu, baru aku balik. Ayah dia busy sikit so takleh laa nak main hantar aku balik rumah je kan

Tapi kitaorang tak puas lagi nak main sama-sama. Entah macam mana mak dia bagi pula dia tidur rumah aku. Dia tidur 2 malam je kott. Aku ingat lagi kitaorang ada berebut bantal malam tu. Esok pagi time dia dah nak balik, kitaorang mandi dekat luar rumah. Syok gila. Masa mak dia sampai, mak dia gelak je tengok kitaorang basah kuyup. Hahahaha. Selepas dah salam tu, dia kata "Taknak basuh baju ni sampai bila bila ! Sebab baju ni banyak kenangan !"

Pergh babe. Aku ingat lagi muka dia suara dia apa mak dia cakap masa dia cakap ni. Dan.. Itu lah last aku jumpa dia......


Aku rindu dia sangat.. Aku tahu dia dah bahagia sangat sekarang sebab aku pernah stalk dia. Aku pernah juga tegur dia beberapa kali tapi macam awkward. Masing-masing dah lain. Nak cakap dia tak ingat aku dah, kita taktahu kan? Wallahualam. Lagu Aku Bukan Untukmu tu lagu fav dia masa darjah 2. Lagu tu aku sentiasa dengar setiap kali aku rindu dia :')

P/s : Mungkin kalau someone tanya kau apa lagu fav kau, kau patut jawab kerana itu dapat menjadi kenangan ;)

Thursday, January 28, 2016

Currently,


Taktahu apa kaitan quote ni tapi aku tengah sakit perut. Hahaha.

Internet dekat rumah aku asyik slow sekarang. Tak dapat nak bajet guna laptop macam agent pro dalam movie sebab dah type laju-laju pun internet still buffering. Hahaha. Agak-agak macam mana dengan life kawan-kawan aku lepas SPM kan. Yang aku tahu aku teruk betul mereput dia. Sometimes seminggu juga memang tak keluar rumah lansung sampai bila nak keluar tu kan, aku tak ingat kasut aku yang mana. Macam pelik tapi benar. Dah banyak movie aku tengok plus Running Man plus tidur lambat setiap hari dan aku still mereput sebab aku rasa semua ni lifeless. Takde tujuan dan faedah. Hehe.

Mood aku tengah unstable sekarang, alaa biasa laa perempuan so aku just rasa nak share satu pengajaran maybe. Yang sangat berguna untuk aku pada masa hadapan. Seriously, I think. Disebabkan sometimes aku boleh tahu siapa yang baca blog aku so sebab tu laa aku tulis post ni macam tak straight to the point. Sebab aku taknak mana-mana pihak terasa dan taknak orang tak dikehendaki tahu kehidupan aku macam mana. Yelaa aku bukan manusia murahan pergi open semua dekat public. Kalau ya pun, aku sedang try untuk berubah kot. Tolong laa aku. Haha

Firstly, pepatah air dicincang takkan putus sangat disokong oleh aku sekarang. Aku pernah benci dekat seseorang yang aku tak sepatutnya benci. Susah weh nak adapt, tapi lama-lama aku dapat maafkan tapi aku tak boleh terima. Forgive not forget. Yeah apa dia buat tu memang teruk, I'm serious. Itu semua kisah dulu laa. Sekarang, aku rasa macam lantak kau lah nak buat apa dulu dan sekarang. Kau taknak ubah pun pergi mampus kau lah yang penting sekarang ni I need you and I love you so much. Aku harap sangat kau takkan tinggalkan aku. Aku harap sangat kau akan tetap jaga aku forever dan aku memang tengah rindu kau. Salah aku juga, aku tak ambil kisah pasal kau dan sekarang aku rindu. Aku mampu countdown je untuk jumpa kau balik :)

Secondly,

Kesimpulan yang mungkin semua orang tahu ialah, bila kita sayang seseorang tu, kentut dia pun wangi. Bila kita benci orang tu, dia pakai spender pun salah. Kan? So that's why Saidina Ali pernah cakap,

Jangan buat keputusan ketika sedang marah dan jangan membuat sebarang janji ketika sedang gembira.

Nampak tak itu kes yang sama. Bak kata ayat cikgu bm time form 3, ini semua di bawah payung yang sama. Kau suka orang tu, apa dia cakap semua kau angguk je sebab dia buat apa yang kau suka. Kau dah buta dengan semua keburukan dia. Hanya kau seorang, sebab itu lah kawan-kawan kau, family kau semua cakap orang tu jahat tapi kau tak percaya. Kau rasa orang tu je paling perfect dalam dunia ini. Ini lah yang aku nak cakap salah tu bro.

Kes berlawanan pula bila kau benci orang tu sebab dia pernah buat salah dekat kau. Kau just tak mampu nak terima dia lagi dah. Kau just nak dia blah dari hidup kau. Menyemak je bak kata kau kan. Tapi again kau terselindung antara perasaan benci dan sayang. Ecewah bajet aku macam pakar pulakkkkkkkkkkkkk

Itu semua cerita rekaan aku. Apa yang aku nak cakap sekarang, bila kita (especially perempuan kot) nak buat keputusan, cuba kau tenangkan diri kau dan asingkan diri kau. Kau jd natural di mana kau tak berpihak di mana-mana pasukan sekali pun. Then kau fikir baik-baik apa yang kau patut buat, apa kesan dia semua. Jujur aku cakap ni macam cara lelaki selesaikan masalah pun ada. Ye lah, dorang ada 9 akal en. Takyah alone dah bole fikir. Kita ni, senang sangat jatuh. Allahu...

Pendek cerita aku nak ajak semua orang,

jom lah berubah. Kiamat dah dekat sangat. K, Assalamualaikum

#Endinglaritopik

Wednesday, December 30, 2015

Long gone


Missing me? ;)

Itulah status whatsapp aku sekarang ni. Lama juga aku menghilang dalam alam siber ni kan. First time juga laa aku berjaya hilangkan ketagihan untuk online tu. Kalau tak nak online je manjang. Phone aku pula baru reset, so aku tak dapat nak main Diner Dash dekat phone aku sepanjang internet takde. Sedih tapi takde apa boleh buat. Hahahah.

Masa 17 Dec time last post tu, aku kan tidur lambat. Sebelum tidur, mak aku ada whatsapp katanya esok mungkin balik kampung. Itu pasal laa aku pun update blog sakan punya. Esok pagi tu mak whatsapp lagi suruh kemas baju. Malas gila nak bangun. Lepas paksa diri bangun tu, aku pun packing dan straight balik kampung. Internet memang takde laa, aku malas nak beli. Lagipun aku nak lari dari seseorang so bila aku lama tak online ni, kira saaangat bagus laa. Kesannya, takde siapa tahu aku balik kampung. Yang tahu pun dalam 4 orang je kot. Cadangnya nak balik 3 malam je tapi Tok pula tak berapa nak sihat so mak minta dekat ayah untuk stay dekat kampung.

Tak sangka ayah bagi. Kononnya nak tinggal 4 hari je tiba-tiba, ayah busy. Alaa biasa laa tu kan, ayah memang banyak kerja. Then, 29hb laa baru balik rumah. First time aku duduk dekat kampung lama macam ni. Biasanya paling lama pun dalam seminggu mungkin. So this is kinda new experience untuk aku, alhamdulillah. I had enjoy it !



Mak dengan ayah sekarang banyak mencari kawan-kawan lama dorang. Rasa macam, untung nya mak dengan ayah ni kan. Mak dengan ayah classmates time form5. So senang laa dorang nak cari apa semua. Rasa macam jeles pun ada laa. Then dorang ada buat group whatsapp satu batch. Mungkin aku tengah rindu kawan-kawan aku kot so seriously aku berharap aku pun dapat contact dengan kawan-kawan aku bila aku dah besar. Tak semestinya aku nak jumpa sorang-sorang ke apa tapi dah cukup untuk tengok kita semua bersatu balik (walaupun dalam group whatsapp je) hahahah. Aku rindu, aku nak keluar dengan kawan-kawan aku tapi aku tak rasa ada orang nak keluar dengan aku. Semua busy je, dengan program lepasan sekolah apa semua. Kenapa aku tak berminat eh? Soalan paling pelik untuk dijawab

By the way ada satu chance je untuk aku keluar, aku boleh keluar tengok wayang dengan adik aku. Hahahha. Cuma lagi satu problemnya, aku takde duit. Huaaaaaaa .____.

Thursday, December 17, 2015

Read it to know it


If you ever wondering, kenapa itu ini why this and that. So mungkin aku teringin nak jawab. Or bersedia untuk jawab. Ramai juga laa yang tanya. Memang setiap post aku dalam blog ni biasanya aku cakap sorang diri je. Tujuan aku post pun sebab aku nak luahkan perasaan dan nanti kalau aku nak ingat balik something yang mungkin aku lalai, aku boleh baca balik blog ni. Ini termasuk post aku 24 September tu. Aku tahu aku macam dalam keadaan yang sangat marah tapi entah lah, masa tu campur dengan pressure SPM. Sekarang ni, aku post ni memang untuk seseorang iaitu kau. Yeah, you.

Hati aku ni, dah macam second hand punya laa sebab luka-luka apa semua. Normal laa kan, semua orang macam tu tapi luka paling dalam tu part kepercayaan terhadap lelaki. Yes, I'm gonna tell you something really big right now, but not straight to the point lah kan.

Aku rasa orang yang aku tuju ni tak baca pun blog aku tapi takpe laa aku nak tulis juga.
Sejak kecil, memang banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Kalau aku takde akal, aku boleh kot bunuh diri or lari dari rumah etc. Tapi masa kecil dulu, aku tak faham. Aku nangis selalu, sedih selalu, fikir selalu tapi aku memang tak pernah faham. Budak kecil kan... Mak aku selalu cerita dekat aku segalanya, tapi aku tak pernah faham. So, aku pendam. Aku ingat semua kata-kata mak aku tanpa faham sedikit pun. Aku memang jenis tak tanya orang, sampai sekarang kalau aku bodoh dalam pelajaran tu, aku takkan tanya. Ya, dekat situ aku kategori bodoh sombong tapi aku nak kekalkan satu sifat buruk aku ni sebab bagi aku ada kebaikannya untuk aku.

Aku darjah 3, masuk darjah 6, masuk tingkatan 1, masuk tingkatan 2, masuk tingkatan 3 dan masuk tingkatan 5. Ni semua tahun yang sangat teruk untuk aku. Dan semua yang sedang membaca kata aku tipu kan sebab aku selalu gelak, selalu bagi semangat dekat orang sampai orang panggil aku ni kaunselor. Yupp, aku pernah berada di satu tempat yang lebih teruk dari apa yang korang rasa, that's why aku boleh bagi kata semangat. Dalam harapan supaya korang tak jadi macam aku.


Adakah aku simpan ni seorang diri? Of course tak. Aku tak kuat.

Siapa je yang tahu? Kawan-kawan aku.

Ramai yang tahu tapi dorang tahu sikit je. Contohnya, kawan A tahu first part. Kawan B tahu second part. Kawan C tahu third part. Tapi dorang fikir kisah aku dah sampai happy ending. Ada kawan aku fikir dia tahu segalanya. Wrong, babe. Hanya Allah yang Maha Mengetahui okay...

Conclusion of my whole story is,

Sudah laa.. Dah laa kacau aku. Kau tak faham lagi ke. Kalau aku taknak layan kau means aku taknak. Aku taknak menceceh dengan kau. Aku taknak bermesra dengan kau. Dan, aku taknak jadi girlfriend kau. Please...


Eh jangan ada yang salah faham apa yang aku cuba maksudkan eh -.-"