Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 17, 2016

Old Friend


Pernah tak orang tanya kau, apa fav song? Aku suka laa juga tanya especially kalau aku rapat dengan orang tu. Kalau lagu tu aku pun minat, memang syok lah aku. Lagu yang aku tak minat pun boleh jadi minat. Yeah, sebab orang tu aku rapat :)

Lagu Aku Bukan Untukmu by Rossa. Lagu tu aku takde laa suka sangat. Lagu jiwang sangat tu tapi since aku darjah 3 sampai lah sekarang, aku selalu dengar lagu tu. Cerita dia macam ni, aku ada best friend forever and entah macam mana kitaorang jadi rapat gila gila time darjah 2. Dalam kelas kitaorang duduk sebelah-sebelah. Abang dia bestfriend abang aku. Mak ayah dia kenal mak ayah aku. Memang kitaorang rapat gila. One day, dia kena pindah duduk Selangor. Time tu aku kecil lagi, takdelah sedih sangat. Dia pindah tu akhir tahun so time cuti akhir tahun tu kan, aku duduk rumah dia. Ni first time aku tidur rumah kawan and memang jauh dari rumah aku.

Biasa laa, mula-mula excited gila. Jalan nak pergi rumah dia tu aku ingat laa sikit-sikit sampai sekarang. Masa otw tu, aku niat, "Nak hafal jalan ni. Nanti boleh datang lagi". Masa duduk dekat rumah dia, macam-macam kitaorang main. Make-up guna bedak + air, main kerusi beroda tu, main game dkt pc. Aku ingat semuanyaa. Lebih kurang 4 malam aku duduk situ kott. Sepatutnya duduk seminggu tapi tiba-tiba aku homesick. Hehe. Aku nangis minta nak balik rumah. 2 malam lepas tu, baru aku balik. Ayah dia busy sikit so takleh laa nak main hantar aku balik rumah je kan

Tapi kitaorang tak puas lagi nak main sama-sama. Entah macam mana mak dia bagi pula dia tidur rumah aku. Dia tidur 2 malam je kott. Aku ingat lagi kitaorang ada berebut bantal malam tu. Esok pagi time dia dah nak balik, kitaorang mandi dekat luar rumah. Syok gila. Masa mak dia sampai, mak dia gelak je tengok kitaorang basah kuyup. Hahahaha. Selepas dah salam tu, dia kata "Taknak basuh baju ni sampai bila bila ! Sebab baju ni banyak kenangan !"

Pergh babe. Aku ingat lagi muka dia suara dia apa mak dia cakap masa dia cakap ni. Dan.. Itu lah last aku jumpa dia......


Aku rindu dia sangat.. Aku tahu dia dah bahagia sangat sekarang sebab aku pernah stalk dia. Aku pernah juga tegur dia beberapa kali tapi macam awkward. Masing-masing dah lain. Nak cakap dia tak ingat aku dah, kita taktahu kan? Wallahualam. Lagu Aku Bukan Untukmu tu lagu fav dia masa darjah 2. Lagu tu aku sentiasa dengar setiap kali aku rindu dia :')

P/s : Mungkin kalau someone tanya kau apa lagu fav kau, kau patut jawab kerana itu dapat menjadi kenangan ;)