Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, January 28, 2016

Currently,


Taktahu apa kaitan quote ni tapi aku tengah sakit perut. Hahaha.

Internet dekat rumah aku asyik slow sekarang. Tak dapat nak bajet guna laptop macam agent pro dalam movie sebab dah type laju-laju pun internet still buffering. Hahaha. Agak-agak macam mana dengan life kawan-kawan aku lepas SPM kan. Yang aku tahu aku teruk betul mereput dia. Sometimes seminggu juga memang tak keluar rumah lansung sampai bila nak keluar tu kan, aku tak ingat kasut aku yang mana. Macam pelik tapi benar. Dah banyak movie aku tengok plus Running Man plus tidur lambat setiap hari dan aku still mereput sebab aku rasa semua ni lifeless. Takde tujuan dan faedah. Hehe.

Mood aku tengah unstable sekarang, alaa biasa laa perempuan so aku just rasa nak share satu pengajaran maybe. Yang sangat berguna untuk aku pada masa hadapan. Seriously, I think. Disebabkan sometimes aku boleh tahu siapa yang baca blog aku so sebab tu laa aku tulis post ni macam tak straight to the point. Sebab aku taknak mana-mana pihak terasa dan taknak orang tak dikehendaki tahu kehidupan aku macam mana. Yelaa aku bukan manusia murahan pergi open semua dekat public. Kalau ya pun, aku sedang try untuk berubah kot. Tolong laa aku. Haha

Firstly, pepatah air dicincang takkan putus sangat disokong oleh aku sekarang. Aku pernah benci dekat seseorang yang aku tak sepatutnya benci. Susah weh nak adapt, tapi lama-lama aku dapat maafkan tapi aku tak boleh terima. Forgive not forget. Yeah apa dia buat tu memang teruk, I'm serious. Itu semua kisah dulu laa. Sekarang, aku rasa macam lantak kau lah nak buat apa dulu dan sekarang. Kau taknak ubah pun pergi mampus kau lah yang penting sekarang ni I need you and I love you so much. Aku harap sangat kau takkan tinggalkan aku. Aku harap sangat kau akan tetap jaga aku forever dan aku memang tengah rindu kau. Salah aku juga, aku tak ambil kisah pasal kau dan sekarang aku rindu. Aku mampu countdown je untuk jumpa kau balik :)

Secondly,

Kesimpulan yang mungkin semua orang tahu ialah, bila kita sayang seseorang tu, kentut dia pun wangi. Bila kita benci orang tu, dia pakai spender pun salah. Kan? So that's why Saidina Ali pernah cakap,

Jangan buat keputusan ketika sedang marah dan jangan membuat sebarang janji ketika sedang gembira.

Nampak tak itu kes yang sama. Bak kata ayat cikgu bm time form 3, ini semua di bawah payung yang sama. Kau suka orang tu, apa dia cakap semua kau angguk je sebab dia buat apa yang kau suka. Kau dah buta dengan semua keburukan dia. Hanya kau seorang, sebab itu lah kawan-kawan kau, family kau semua cakap orang tu jahat tapi kau tak percaya. Kau rasa orang tu je paling perfect dalam dunia ini. Ini lah yang aku nak cakap salah tu bro.

Kes berlawanan pula bila kau benci orang tu sebab dia pernah buat salah dekat kau. Kau just tak mampu nak terima dia lagi dah. Kau just nak dia blah dari hidup kau. Menyemak je bak kata kau kan. Tapi again kau terselindung antara perasaan benci dan sayang. Ecewah bajet aku macam pakar pulakkkkkkkkkkkkk

Itu semua cerita rekaan aku. Apa yang aku nak cakap sekarang, bila kita (especially perempuan kot) nak buat keputusan, cuba kau tenangkan diri kau dan asingkan diri kau. Kau jd natural di mana kau tak berpihak di mana-mana pasukan sekali pun. Then kau fikir baik-baik apa yang kau patut buat, apa kesan dia semua. Jujur aku cakap ni macam cara lelaki selesaikan masalah pun ada. Ye lah, dorang ada 9 akal en. Takyah alone dah bole fikir. Kita ni, senang sangat jatuh. Allahu...

Pendek cerita aku nak ajak semua orang,

jom lah berubah. Kiamat dah dekat sangat. K, Assalamualaikum

#Endinglaritopik

Wednesday, December 30, 2015

Long gone


Missing me? ;)

Itulah status whatsapp aku sekarang ni. Lama juga aku menghilang dalam alam siber ni kan. First time juga laa aku berjaya hilangkan ketagihan untuk online tu. Kalau tak nak online je manjang. Phone aku pula baru reset, so aku tak dapat nak main Diner Dash dekat phone aku sepanjang internet takde. Sedih tapi takde apa boleh buat. Hahahah.

Masa 17 Dec time last post tu, aku kan tidur lambat. Sebelum tidur, mak aku ada whatsapp katanya esok mungkin balik kampung. Itu pasal laa aku pun update blog sakan punya. Esok pagi tu mak whatsapp lagi suruh kemas baju. Malas gila nak bangun. Lepas paksa diri bangun tu, aku pun packing dan straight balik kampung. Internet memang takde laa, aku malas nak beli. Lagipun aku nak lari dari seseorang so bila aku lama tak online ni, kira saaangat bagus laa. Kesannya, takde siapa tahu aku balik kampung. Yang tahu pun dalam 4 orang je kot. Cadangnya nak balik 3 malam je tapi Tok pula tak berapa nak sihat so mak minta dekat ayah untuk stay dekat kampung.

Tak sangka ayah bagi. Kononnya nak tinggal 4 hari je tiba-tiba, ayah busy. Alaa biasa laa tu kan, ayah memang banyak kerja. Then, 29hb laa baru balik rumah. First time aku duduk dekat kampung lama macam ni. Biasanya paling lama pun dalam seminggu mungkin. So this is kinda new experience untuk aku, alhamdulillah. I had enjoy it !



Mak dengan ayah sekarang banyak mencari kawan-kawan lama dorang. Rasa macam, untung nya mak dengan ayah ni kan. Mak dengan ayah classmates time form5. So senang laa dorang nak cari apa semua. Rasa macam jeles pun ada laa. Then dorang ada buat group whatsapp satu batch. Mungkin aku tengah rindu kawan-kawan aku kot so seriously aku berharap aku pun dapat contact dengan kawan-kawan aku bila aku dah besar. Tak semestinya aku nak jumpa sorang-sorang ke apa tapi dah cukup untuk tengok kita semua bersatu balik (walaupun dalam group whatsapp je) hahahah. Aku rindu, aku nak keluar dengan kawan-kawan aku tapi aku tak rasa ada orang nak keluar dengan aku. Semua busy je, dengan program lepasan sekolah apa semua. Kenapa aku tak berminat eh? Soalan paling pelik untuk dijawab

By the way ada satu chance je untuk aku keluar, aku boleh keluar tengok wayang dengan adik aku. Hahahha. Cuma lagi satu problemnya, aku takde duit. Huaaaaaaa .____.

Thursday, December 17, 2015

Read it to know it


If you ever wondering, kenapa itu ini why this and that. So mungkin aku teringin nak jawab. Or bersedia untuk jawab. Ramai juga laa yang tanya. Memang setiap post aku dalam blog ni biasanya aku cakap sorang diri je. Tujuan aku post pun sebab aku nak luahkan perasaan dan nanti kalau aku nak ingat balik something yang mungkin aku lalai, aku boleh baca balik blog ni. Ini termasuk post aku 24 September tu. Aku tahu aku macam dalam keadaan yang sangat marah tapi entah lah, masa tu campur dengan pressure SPM. Sekarang ni, aku post ni memang untuk seseorang iaitu kau. Yeah, you.

Hati aku ni, dah macam second hand punya laa sebab luka-luka apa semua. Normal laa kan, semua orang macam tu tapi luka paling dalam tu part kepercayaan terhadap lelaki. Yes, I'm gonna tell you something really big right now, but not straight to the point lah kan.

Aku rasa orang yang aku tuju ni tak baca pun blog aku tapi takpe laa aku nak tulis juga.
Sejak kecil, memang banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Kalau aku takde akal, aku boleh kot bunuh diri or lari dari rumah etc. Tapi masa kecil dulu, aku tak faham. Aku nangis selalu, sedih selalu, fikir selalu tapi aku memang tak pernah faham. Budak kecil kan... Mak aku selalu cerita dekat aku segalanya, tapi aku tak pernah faham. So, aku pendam. Aku ingat semua kata-kata mak aku tanpa faham sedikit pun. Aku memang jenis tak tanya orang, sampai sekarang kalau aku bodoh dalam pelajaran tu, aku takkan tanya. Ya, dekat situ aku kategori bodoh sombong tapi aku nak kekalkan satu sifat buruk aku ni sebab bagi aku ada kebaikannya untuk aku.

Aku darjah 3, masuk darjah 6, masuk tingkatan 1, masuk tingkatan 2, masuk tingkatan 3 dan masuk tingkatan 5. Ni semua tahun yang sangat teruk untuk aku. Dan semua yang sedang membaca kata aku tipu kan sebab aku selalu gelak, selalu bagi semangat dekat orang sampai orang panggil aku ni kaunselor. Yupp, aku pernah berada di satu tempat yang lebih teruk dari apa yang korang rasa, that's why aku boleh bagi kata semangat. Dalam harapan supaya korang tak jadi macam aku.


Adakah aku simpan ni seorang diri? Of course tak. Aku tak kuat.

Siapa je yang tahu? Kawan-kawan aku.

Ramai yang tahu tapi dorang tahu sikit je. Contohnya, kawan A tahu first part. Kawan B tahu second part. Kawan C tahu third part. Tapi dorang fikir kisah aku dah sampai happy ending. Ada kawan aku fikir dia tahu segalanya. Wrong, babe. Hanya Allah yang Maha Mengetahui okay...

Conclusion of my whole story is,

Sudah laa.. Dah laa kacau aku. Kau tak faham lagi ke. Kalau aku taknak layan kau means aku taknak. Aku taknak menceceh dengan kau. Aku taknak bermesra dengan kau. Dan, aku taknak jadi girlfriend kau. Please...


Eh jangan ada yang salah faham apa yang aku cuba maksudkan eh -.-"

Wednesday, December 16, 2015

Pink Of Health


Assalamualaikum, tak jawab dosa.

I'm trying to express my feelings. Mungkin sebab dah lama sangat tak update blog, tak kongsi cerita.. Astaghfirullah. Rasa macam diri aku dah mati. Mungkin sebab asyik pendam perasaan etc. Haish #SadLife

So nak start dari mana? Haa.. Aku dah habis SPM dah weh. Dah habis sekolah. Takpayah pergi Igop dah nun jauh beratus km dari rumah. Itu apa yang aku fikir dulu laa. Bila kena tahan duduk dalam sekolah selama 2 bulan, aku banyaaaaak muhasabah diri plus berangan kahwin HAHAHA

Masa akhir bulan 10 macam tu laa baru umi benarkan budak aspuri tukar dorm. So dalam dorm akan ada form5 sahaja. Mula-mula aku ingat tak best, aku nilai berdasarkan kisah tahun lepas. But you must try first right? Aku, Mas dan Awin bertungkus juga laa buat persediaan terima ahli baru ni. Alhamdulillah kadang-kadang kami kecundang tak study and bising, but most time kami study and create memories. However, aku sangatlah merindui adik-adik dorm aku. Sampai sekarang...

So, welcome Husnina, Opie, Ain Fatihah, Najihah, Umairah, A'in Afrina, Najat Aminuddin, Anis Nazura, Hanisah, Wahidah, Hidayah, Fitriah dan Aina Syazana

Setiap seorang ni ada perangai masing-masing laa dan itu yang rasa lengkap je dorm tu. Paling best cara hidup kitaorang laa. Macam duk rumah setinggan. Katil sentiasa bersepah then dekat tengah dorm ada meja. Atas meja tu ada bekas air aku, 5 liter kot. Kitaorang kongsi duit (padahal RM1 je sekali isi) untuk letak air masak dalam tu. Situ juga tempat letak makanan umum, untuk makan ramai-ramai. Situ juga tempat Fitriah bela dinosaur dia. Kesian sekarang dinosaur dia dah patah kaki lalu masuk plastik hitam. Kalau tengah panas terik pastu mood study tengah on, meja tu diketepikan lalu semua orang study dekat tengah dorm. Yang tu okay lagi. Yang lagi horror bila ada yang bangun nak pergi tandas laa basuh baju laa, susah woi nak jalan. Buku bersepah. Hahaha

Lebih kurang sebulan je laa kami duk bersama, paling sedih masa nak berpisah dengan budak zahrawi especially Ain. Aku baru tahu ada taman dalam hati dia ni sebenarnya. Hahahaha. Kami ada buat group whatsapp sebab taknak lost contact. Alhamdulillah laa berjaya juga usaha kami tu. Rindu kalau tak sembang dengan diaorang walaupun aku tak active sangat dalam group. Mungkin sebab bila aku offline baru deme nak bising. Eceh aku guna deme :') Bahasa utara kott


Memang setiap kali kalau nak balik rumah, aku rasa itu laa saat paling gembira walaupun aku tak terasa nak balik rumah. Aku happy sebab dapat tinggalkan igop tu. Bosan kot asyik mereput je dalam tu. Tapi biasa laa kuasa Allah, 2 bulan aku tak balik rumah... Masa boleh balik 3 hari 2 malam tu pun aku balik rumah Aten je. Ya, aku rindu rumah. Mak aku pun rindu aku, tak sabar nak ambil aku balik tapi aku tak rasa nak balik lansung. Aku rasa nak stay je duduk dalam rumah setinggan tu. Nak cakap pasal duit, duit aku memang dah lama habis pergi gatal tangan beli kfc haritu. Hahahaha. Masa nak packing barang tu memang takde semangat lansung. Boleh tanya Hanisah berapa kali aku guling atas beg time packing tu. Rasa macam nak masuk dalam bag je malas packing punya pasal

Sebak pula aku kenang kenangan ni. Nah laa tengok video ni,



Thursday, September 24, 2015

Me


Hey,

Nanti aku nak suami aku bagi aku belon boleh? Kehkeh.



Aku taktahu nak cakap macam mana. Otak aku tengah fikir banyak perkara. Lagi teruk, aku takboleh nak luahkan kepada sesiapa. Kucing aku pun sibuk jaga anak dengan minta makanan, takde masa nak borak dengan aku. Hmm, sekarang Hari Raya Aidiladha :)

Aku bersyukur aku dapat sambut Hari Raya Haji ni dengan family aku. The six of them ! Walaupun tak balik kampung, aku okay. Cuma kesian sikit dekat mak aku laa sebab dia nak sangat balik kampung. Aku sedih bila mak aku sedih tapi aku takboleh nak buat apa. Laaagi sedih, kan?

Mungkin dekat twitter selalu keluar pasal perempuan ke lelaki ke fakta itu ini dan sebagainya... But aku just nak cakap yang tak semuanya betul... Memang kebanyakan apa yang aku retweet tu sebab aku sokong tapi sometimes aku just retweet sebab benda tu kelakar dan berjaya buat aku gelak.

Dan sebenarnya point aku ialah aku takde mood sekarang ni. Takde masa nak bergurau senda, please.. Ni ada laa pula seorang makhluk ni asyik main-main. Ingat aku suka ke............ Dia tak faham maksud tersirat yang aku ingin sampaikan dan kalau aku terus terang pun, hancur nanti... Aku taktahu nak buat apa dengan dia ni. Susah kan?

Aku menyesal dengan tindakan aku. Aku dah janji dulu tp aku langgar. Aku cakap takpe, langgar satu ni je tapi ini lah kesannya. Aku bertambah menyesal. Apa aku nak buat? Memang prinsip aku cakap, terus terang je tapi kesan besar sangat weh. Kalau aku seorang tanggung takpe tapi kesian dekat orang yang tak bersalah tu kena sekali. Memang laa aku tak kesian sangat pun but at least aku masih berperikemanusiaan bukan?

Dulu dengan sekarang memang berbeza. At first, I like the new one because it change me better but then Allah turunkan pula ujian kedua yang lagi susah. Macam mana aku nak hadapi ni ya Allah. Tinggi sangat risikonya ya Allah... Ia melibatkan perasaan... Tapi yang ni aku tak risau sangat sebab benda ni lebih kepada takdir. Aku tak boleh nak buat apa sangat pun. Hanya Allah je boleh bantu.

Oh ya aku tutup wifi untuk melindungkan diri dari manusia-manusia semua tu !

Semua ni mendorong aku untuk tak study but then again aku insaf sebab aku sayang mak aku. So aku ada laa study with a help from a friend. Lepas tu, aku jadi takut sebab kisah silam flashback. Aduh bro banyak betul dugaan aku. Allahu...

So, dengan luahkan secara tersembunyi ni dapat ke jadikan aku better? Aku pun taktahu laa. Banyak orang terlibat dalam post ni. Kalau kau baca lepas tu kau terasa, so tolong laa jangan ganggu aku. Bila aku tak okay, kau tinggal aku alone je. Aku taknak orang. Mungkin most perempuan akan cakap taknak tapi sebenarnya nak. Tapi untuk aku, bila taknak tu maksudnya aku taknak okay so PLEASE STAY AWAY FROM ME I HATE YOU !!!!

Ohhh like seriously aku rasa menyampah tu berganda. ByTheWay setiap perenggan mengisahkan cerita yang berbeza except... mana-mana je lah.

Dah lewat ni, aku kena jaga waktu tidur aku. Sahabat, doakan aku okay? Aku doakan kau juga. Kawan semua takpe takyah doakan aku, hoho.

To the one and only person, apa aku nak cakap ni sama dengan lirik lagu MyChemicalRomance. Lagu mana? Good luck fikir. Good luck SPM. Bye semuaaaaa.