Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 16, 2015

Pink Of Health


Assalamualaikum, tak jawab dosa.

I'm trying to express my feelings. Mungkin sebab dah lama sangat tak update blog, tak kongsi cerita.. Astaghfirullah. Rasa macam diri aku dah mati. Mungkin sebab asyik pendam perasaan etc. Haish #SadLife

So nak start dari mana? Haa.. Aku dah habis SPM dah weh. Dah habis sekolah. Takpayah pergi Igop dah nun jauh beratus km dari rumah. Itu apa yang aku fikir dulu laa. Bila kena tahan duduk dalam sekolah selama 2 bulan, aku banyaaaaak muhasabah diri plus berangan kahwin HAHAHA

Masa akhir bulan 10 macam tu laa baru umi benarkan budak aspuri tukar dorm. So dalam dorm akan ada form5 sahaja. Mula-mula aku ingat tak best, aku nilai berdasarkan kisah tahun lepas. But you must try first right? Aku, Mas dan Awin bertungkus juga laa buat persediaan terima ahli baru ni. Alhamdulillah kadang-kadang kami kecundang tak study and bising, but most time kami study and create memories. However, aku sangatlah merindui adik-adik dorm aku. Sampai sekarang...

So, welcome Husnina, Opie, Ain Fatihah, Najihah, Umairah, A'in Afrina, Najat Aminuddin, Anis Nazura, Hanisah, Wahidah, Hidayah, Fitriah dan Aina Syazana

Setiap seorang ni ada perangai masing-masing laa dan itu yang rasa lengkap je dorm tu. Paling best cara hidup kitaorang laa. Macam duk rumah setinggan. Katil sentiasa bersepah then dekat tengah dorm ada meja. Atas meja tu ada bekas air aku, 5 liter kot. Kitaorang kongsi duit (padahal RM1 je sekali isi) untuk letak air masak dalam tu. Situ juga tempat letak makanan umum, untuk makan ramai-ramai. Situ juga tempat Fitriah bela dinosaur dia. Kesian sekarang dinosaur dia dah patah kaki lalu masuk plastik hitam. Kalau tengah panas terik pastu mood study tengah on, meja tu diketepikan lalu semua orang study dekat tengah dorm. Yang tu okay lagi. Yang lagi horror bila ada yang bangun nak pergi tandas laa basuh baju laa, susah woi nak jalan. Buku bersepah. Hahaha

Lebih kurang sebulan je laa kami duk bersama, paling sedih masa nak berpisah dengan budak zahrawi especially Ain. Aku baru tahu ada taman dalam hati dia ni sebenarnya. Hahahaha. Kami ada buat group whatsapp sebab taknak lost contact. Alhamdulillah laa berjaya juga usaha kami tu. Rindu kalau tak sembang dengan diaorang walaupun aku tak active sangat dalam group. Mungkin sebab bila aku offline baru deme nak bising. Eceh aku guna deme :') Bahasa utara kott


Memang setiap kali kalau nak balik rumah, aku rasa itu laa saat paling gembira walaupun aku tak terasa nak balik rumah. Aku happy sebab dapat tinggalkan igop tu. Bosan kot asyik mereput je dalam tu. Tapi biasa laa kuasa Allah, 2 bulan aku tak balik rumah... Masa boleh balik 3 hari 2 malam tu pun aku balik rumah Aten je. Ya, aku rindu rumah. Mak aku pun rindu aku, tak sabar nak ambil aku balik tapi aku tak rasa nak balik lansung. Aku rasa nak stay je duduk dalam rumah setinggan tu. Nak cakap pasal duit, duit aku memang dah lama habis pergi gatal tangan beli kfc haritu. Hahahaha. Masa nak packing barang tu memang takde semangat lansung. Boleh tanya Hanisah berapa kali aku guling atas beg time packing tu. Rasa macam nak masuk dalam bag je malas packing punya pasal

Sebak pula aku kenang kenangan ni. Nah laa tengok video ni,