Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, March 25, 2016

Big Secret


Assalamualaikum ku beri pada pukul 2:36a.m. ini,

Aku baru je habis baca satu novel kisah cinta manis bak susu pekat dalam tin. Seriously... Aku taktahu nak cakap apa tajuk novel ni or penulisnya sebab novel ni tak dipasarkan di mana-mana kedai. Hanya ada dalam otak aku, otak parents aku (maybe) and dalam file merah ni.. Heheheh..

Actually, aku baca semua surat cinta mak ayah aku. *wink wink* *big smile*. Percaya cakap aku, ni adalah the BEST love story ever and I know the ending and aku ada terlibat dalam love story tu *emoji monyet tutup mata* Hahahahaha


Aku baca ni pun surat yang ayah aku bagi dekat mak aku je. Nampaknya mak memang menjaga semua surat itu dalam keadaan yang baik sampai sekarang. Surat tu tahun 1986 sehingga 1991 tau. Memang banyak tapi just 2 malam je aku dapat habiskan sebab best sangat. Aku tak tidur pun sebab surat-surat ni lah. So, 1986 tu time mak ayah aku berusia 18 tahun which is my age now. Aku dapat faham perasaan dorang yang duduk berjauhan, yang haram bercouple tapi still contact as a friend. Ayah punya tulisan memang cantik dan ayat dia apa semua, memang boleh mencairkan hati seorang wanita. Mak aku lah tu yang melting. Kot..

Selain daripada itu, aku rasa macam banyak persoalan terjawab macam ayah aku pun suka tidur lambat, or dia suka nescafe O' macam aku suka dan sebagainya. Ayah banyak bagi pesanan, nasihat, encouragement dekat mak dalam semua hal dan dari situ aku faham kenapa ayah strict sangat dekat aku. Yeah, ayah aku ni garang sebenarnya. Daripada kesemua essay yang ayah tulis dekat mak tu pun boleh dilihat melalui blog aku yang sentiasa mempunyai isi panjang, kan?! Hahahah

Last letter yang ada dalam file tu bertarikh 29/7/1991. Which means makcik aku (adik bongsu ayah aku) baru berusia 8 hari dan lebih kurang setahun kemudian, pada 5 Jun 1992, mak ayah aku berkahwin. Aktiviti surat-menyurat akan tamat lah sebab mereka dah menjadi suami isteri. And now, 25 Mac 2016, mereka dah ada 4 orang anak dah pun. Dan yessss aku anak ketiga mereka. Hahahha I'm so happy ya Allah :D


Now... Aku berharap takde laa pula mana-mana ahli keluarga aku baca post aku dekat blog pasal yang ni sebab aku malu nak mengaku. Anyway, aku baca surat ni dengan izin mak aku sendiri okay. Just, ayah aku maybe tak tahu. So, this thing is kinda a big secret to me and ada besar impaknya terhadap hidup aku yang penuh dengan kedukaan lately. Yeah, dah 4 kali menangis. Tiba-tiba je air mata aku banyak. Honestly aku memang suka cerita balik apa yang aku dah baca tapi for this story, aku tak cerita dekat public lah kan... Takde apa rahsia pun, just a love story. Well, goodbye for now. May the odds be ever in your favor.



1 comment: