Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, August 24, 2019

Is it a problem?



Hello. I really need to say something right now. I’m a broke student who give up on earning money but desperately need money. So does that make insufficient money is a problem to me? Yeah I’m that girl who spends without thinking yet kind of regret it later. I did spend carelessly towards my friends but when I realised that friend is not worth it then I started to regret. Lets discuss this issue with myself :)

First, sejak darjah 3 lagi kalau nak keluar dengan kawan je mak akan cakap “Mak bagi je keluar tapi mak takde duit”. So yeah aku guna duit aku sendiri laa EVERYTIME nak keluar mana-mana. Zaman lepak WWM dulu hahah. Tapi alhamdulillah aku ada habit taknak makan time sekolah dulu hanya sebab aku tak berapa suka makanan kantin sekolah. I’m sorry I’m kind of cannot accept oily food unless I dont have a choice laa.. Disebabkan tu, banyak duit belanja berjaya masuk tabung and duit raya setiap tahun selalunya masuk bank. Gaya cerita macam orang kaya tp simpan dalam 100 200 je laa. Then bila dah form 5 habis sekolah tu rasa bangga juga laa kan ada duit saving sendiri ni. Rasa bangga dengan diri sendiri, orang kata dapat guna untuk emergencies or studies nanti kannn..
Then bila umur dah genap 18 tahun, parents nak pinjam duit like a lot so bank jadi kering. Antara sebab aku masuk matrik pun sebab yuran rm500 setahun je weh. Senang mak ayah aku takyah fikir nak bayar setiap bulan. Kalau tanya diri sendiri mampu ke nak belajar cara matrik, 10 bulan 2 semester 8 subjek core kan, of course laa tidak. Tapi orang kata lagi, demi duit kita sanggup buat apa saje so aku paksa je laa diri aku masuk matrik sebab murah :)

After matrik.. somehow aku gagal JPJ and kena bayar rm200+. Mahal gila wehh so aku decided untuk taknak repeat JPJ. Lepas tu datang laa nenek aku membebel aku takde lesen and dia yang bayarkan yuran lesen tu sebenarnya. Saje laa nak selit lesen kereta tu rm1200 pastu nenek aku bagi rm1300 plus dia hutang dia dekat mak ayah aku tau so mak aku ambil duit hutang dia, tinggal rm700 dekat aku. Baki duit lesen....aku bayar. And yeah, aku malas nak ambil lesen in the first place. Takpelaa demi keluarga kot. Then mak pun banyak kali je tanya bila nak repeat JPJ. Hmm mak..kalau mak bayarkan takpe juga :’) Lepas dah penat layan dua orang ni, aku pun end up korek tabung and ada exactly rm200 so lagi rm12 something mak belanja. And now alhamdulillah dah ada lesen siap drift sana sini.. At this point, duit bank takde duit cash takde. Ada lesen kereta je huhu

Of course aku sedih gila. Aku tak merungut tau aku jadi papa kedana sekali pun tapi aku sedih sebab aku rasa macam hak aku hilang haa macam tu laa.. So aku ada kesedaran, aku nekad cari kerja. Ingat lah brother sister, cari kerja tak pernah mudah. Alhamdulillah ada rezeki aku dapat kerja DIY walaupun supervisor aku dah warning cakap kerja berat. Kerja situ short staff so kitaorang kena full time 5 hari seminggu and dapat cuti sehari seminggu. Sepanjang aku kerja, kaki aku merah bersenyut sebab dah lenguh sangat dah berdiri sepanjang masa. Bila stock sampai, kena angkat dari basement to third floor. Staff lelaki pun tak banyak weh so terpaksa laa angkat stock. Kerja DIY wehhh, stock dia macam sink, skru, kotak ais lah apa lah. Tapi kerja sini laa aku gelak setiap hari and harap aku takkan lupa kawan-kawan dekat sini. Sehari sebelum aku resign, aku nangis 9 jam tanpa henti.

Lepas habis kerja tu rasa macam orang kaya sebab gaji 3 bulan jadi masyuk. Aku belanja diri aku weh and aku bangga gila. Mak selalu pesan suruh guna first gaji beli rantai emas ke apa ke kan tapi sorry laa mak. Masa ni juga baru dapat tahu dapat UniSZA. Cerita benar laa aku dapat tahu aku sedih gila sebab jauh gila weh, aku dah penat jauh dari rumah. Tapi mak aku gembira sangat aku dapat dekat terengganu. Anisa pun gembira. Kerana dua orang ni... aku teruskan gembira juga. Kadang tu sampai sekarang rasa sedih dapat unisza tapi this is the best thing for me.

Masa yuran pendahuluan tu ayah sibuk bayarkan maybe sebab ayah pun gembira and semester 1 pun dapat bantuan so alhamdulillah. Duit belanja memang takde ya sejak masuk matrik mak ayah dah stop bagi duit harian mahupun bulanan. Duit gaji yang berbaki tu laa guna duit belanja.

Then... masuk laa semester 2 di mana mak ayah tak mampu nak bayarkan yuran so yeah, habis laa duit gaji aku dekat yuran :) Then cuti 3 bulan and aku try cari kerja tapi tak dapat pastu orang yang sama minta duit tu ada cakap mcm ni “Nnti Ana kerja boleh laa kami pinjam duit lagi”. Faham tak perasaan budak budak macam aku ni. Aku bukannya nak kedekut tau tapi aku jadi stress sebab aku tak faham macam mana aturan hidup ni sebenarnya. End up aku duduk rumah je besarkan bontot. Untuk semester 3 kan, ayah minta duit simpanan dia tau then dapat untuk setahun which is cover up sem 4 sekali laa kan. Aku gembira sangat sebab takyah fikir untuk semester 4 tapi aku gembira awal sangat laa. Lepas habis sem 3, mak minta duit sebab nak pinjam so yuran sem 4 nanti laa fikir.

Sebenarnya rezeki ni.. kita tak perlu risau sangat pun. Kita kena yakin dengan Allah je sebab dia yang pemberi rezeki. Suddenly permohonan zakat kl aku lepas so aku dapat bayar duit yuran sem 4 dengan bahagia siap berpeluang pergi Kemboja lagi haa guna duit tu sikit. Fyi pergi kemboja atas urusan misi kemanusiaan which also involved kredit dekat uni aku and kitaorg memang banyak spend time dengan orang sana instead of shopping and lagha so aku bersyukur sangat Allah bagi aku peluang tu :D

Now.. cuti 3 bulan lagi. Aku give up terus untuk cari kerja and bermacam alasan aku bagi dekat semua orang sekeliling aku. Give up bro. Sem 4 aku dah lepas dengan penuh liku so why not aku hanya duduk rumah kan. Actually aku give up untuk hidup tapi berdosa bunuh diri tau so kita tunggu je laa plus mati tu memang dah dekat dengan kita. Nak cakap pasal bekalan amalan memang fail lagi2 dekat rumah asyik tinggal subuh. Pintu rezeki pun hmm, malu nak cakap. Sometimes aku rasa aku tak cukup matang laa nak hadap kehidupan ni and tak faham dengan orang yang panggil aku matang. There’s another side of me that is dying.

Lagi 2 minggu je ni nak masuk sem 5. Aku ready ke? Duit yuran takde. Mental preparation sikit je kott. Trauma still tak recover.

Conclusion
The real point is
1. Aku seriously nak luahkan semua benda terpendam ni and aku takde maksud  nak lukakan hati sesiapapun especially makayah aku
2. Aku tahu, ada orang hidup lagi susah daripada aku. Kadang tu aku tengok hidup kakak aku sendiri pun ada banyak masalah. Aku taktahu macam mana dia kuat untuk hadapi semua tu 😭
3. Tak guna aku berasa risau dekat rezeki aku sebab aku percaya dekat Allah. Dekat atas tu hanyalah luahan kekecewaan seorang budak kecil
4. 

Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji.

5. If ada laa orang baca ni, jadikan pengajaran untuk korang and as an observer, like seriously kalau tak ready nak kahwin and tak financially stable, jangan buat anak. Jangan seksa anak kau macam ni, dia ada hak untuk hidup yang lebih baik.

Sincerely the person who needs to cry,
Syarafana 

No comments:

Post a Comment