Hello dan assalamualaikum.
Memang dah lama sangat tak update pasal improvement diri sendiri. Even tak improve banyak, at least ada laa kan. Itu laa manusia kena perbaiki diri sendiri setiap masa supaya menjadi orang yang lebih baik :)
Macam mana dengan life semua orang? Especially kawan-kawan aku, tak kira yang sekolah rendah, sekolah time lower form and kawan time upper form. Alhamdulillah disebabkan kecanggihan teknologi sekarang, dengan adanya apps WhatsApp, aku masih dapat berhubung dengan semua rakan-rakan aku. Cuma aku takde laa active sangat dalam group whatsapp tapi aku sentiasa menjadi silent reader. Ada hot issue baru aku mencelah ennn. hihi.
Same goes here, ada the very hot issue baru nak update plus bila ada mood plus bila ada masa. Well, sekarang ni memang tengah busy tetapi dah mood ada en. Aku baru je menghabiskan another series of kdrama yang bertajuk Secret Garden. Yes, cerita tu memang dah lama gila tetapi biar laa. Aku tengok waktu free time aku je. Hahahhaah. Korang disarankan untuk tengok laa sebab memang tak rugi. Yang penting buat kerja lain yang lebih penting tu dulu okay!
Now dah masuk bulan Oktober so dah 4 bulan laa aku belajar dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Berdasarkan niat aku pada bulan Jun 2015, matriks seriously bukan choice untuk aku sambung belajar tetapi Allah punya perancangan tu memang superb. Struggle tu memang ada untuk menuju ke menara gading tetapi aku berjaya enjoy dalam masa yang sama.
Apa yang membuatkan aku bertahan dekat matrik ialah, firstly, bilik aku :D
Aku suka sangat cara susunan perabot dalam bilik aku tu, sebab dia macam bahagi kepada 4 bahagian, so semua dapat tempat masing-masing. You know that everyone needs privacy kan so aku dapat buat apa sahaja aku nak especially menyepahkan tempat sendiri time aku serabut hehehe
Secondly, kawan-kawan of course. Alhamdulillah roommates aku semua baik-baik. Flaw mereka boleh diterima. Malah dengan sikap tamak ku ini, bilik depan pun dah jadi macam roommates aku sendiri. So whenever aku stress, aku pergi lepak-lepak makan maggi dekat bilik depan. Haa kaw kaw syok nya
(Taktahu kenapa manglish sangat. Jap nak bertenang)
Third, waktu belajar. Semua warga igop tahu betapa packnya jadual harian kita kan huhu. Orang-orang yang duk complain matriks life terlalu busy, mereka taktahu bahawa igop lagi busy :') Macam hiperbola tapi aku rasa ada kebenaran dia. Dekat matrik ni memang akan ada free time di mana aku dapat releasekan tension dan penat aku dan juga ada phone sebagai peneman setia sepanjang emosi. Lagi-lagi aku ni course akaun je so belajar pun 23 jam je seminggu. Aku main anggar je tu. Ada juga laa a lot of extra class and kena daki tangga untuk jumpa lecturer but semuanya worth it. Takde penyesalan lansung masuk sini.
Lagi 42 hari je nak final, semoga readers sekalian mendoakan saya dan rakan-rakan berjaya dunia akhirat ya. Awak doakan saya, insya Allah, Allah balaskan okay hehe. Fikir 42 hari memang macam menderita kan, so aku memikirkan cuti sem hehehehhee.
Oh yang gambar di atas tu crush baru saya ya haahhahahaha
Esok dah sambung rutin harian. All the best !
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete