Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 17, 2015

Read it to know it


If you ever wondering, kenapa itu ini why this and that. So mungkin aku teringin nak jawab. Or bersedia untuk jawab. Ramai juga laa yang tanya. Memang setiap post aku dalam blog ni biasanya aku cakap sorang diri je. Tujuan aku post pun sebab aku nak luahkan perasaan dan nanti kalau aku nak ingat balik something yang mungkin aku lalai, aku boleh baca balik blog ni. Ini termasuk post aku 24 September tu. Aku tahu aku macam dalam keadaan yang sangat marah tapi entah lah, masa tu campur dengan pressure SPM. Sekarang ni, aku post ni memang untuk seseorang iaitu kau. Yeah, you.

Hati aku ni, dah macam second hand punya laa sebab luka-luka apa semua. Normal laa kan, semua orang macam tu tapi luka paling dalam tu part kepercayaan terhadap lelaki. Yes, I'm gonna tell you something really big right now, but not straight to the point lah kan.

Aku rasa orang yang aku tuju ni tak baca pun blog aku tapi takpe laa aku nak tulis juga.
Sejak kecil, memang banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Kalau aku takde akal, aku boleh kot bunuh diri or lari dari rumah etc. Tapi masa kecil dulu, aku tak faham. Aku nangis selalu, sedih selalu, fikir selalu tapi aku memang tak pernah faham. Budak kecil kan... Mak aku selalu cerita dekat aku segalanya, tapi aku tak pernah faham. So, aku pendam. Aku ingat semua kata-kata mak aku tanpa faham sedikit pun. Aku memang jenis tak tanya orang, sampai sekarang kalau aku bodoh dalam pelajaran tu, aku takkan tanya. Ya, dekat situ aku kategori bodoh sombong tapi aku nak kekalkan satu sifat buruk aku ni sebab bagi aku ada kebaikannya untuk aku.

Aku darjah 3, masuk darjah 6, masuk tingkatan 1, masuk tingkatan 2, masuk tingkatan 3 dan masuk tingkatan 5. Ni semua tahun yang sangat teruk untuk aku. Dan semua yang sedang membaca kata aku tipu kan sebab aku selalu gelak, selalu bagi semangat dekat orang sampai orang panggil aku ni kaunselor. Yupp, aku pernah berada di satu tempat yang lebih teruk dari apa yang korang rasa, that's why aku boleh bagi kata semangat. Dalam harapan supaya korang tak jadi macam aku.


Adakah aku simpan ni seorang diri? Of course tak. Aku tak kuat.

Siapa je yang tahu? Kawan-kawan aku.

Ramai yang tahu tapi dorang tahu sikit je. Contohnya, kawan A tahu first part. Kawan B tahu second part. Kawan C tahu third part. Tapi dorang fikir kisah aku dah sampai happy ending. Ada kawan aku fikir dia tahu segalanya. Wrong, babe. Hanya Allah yang Maha Mengetahui okay...

Conclusion of my whole story is,

Sudah laa.. Dah laa kacau aku. Kau tak faham lagi ke. Kalau aku taknak layan kau means aku taknak. Aku taknak menceceh dengan kau. Aku taknak bermesra dengan kau. Dan, aku taknak jadi girlfriend kau. Please...


Eh jangan ada yang salah faham apa yang aku cuba maksudkan eh -.-"