Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 30, 2015

Long gone


Missing me? ;)

Itulah status whatsapp aku sekarang ni. Lama juga aku menghilang dalam alam siber ni kan. First time juga laa aku berjaya hilangkan ketagihan untuk online tu. Kalau tak nak online je manjang. Phone aku pula baru reset, so aku tak dapat nak main Diner Dash dekat phone aku sepanjang internet takde. Sedih tapi takde apa boleh buat. Hahahah.

Masa 17 Dec time last post tu, aku kan tidur lambat. Sebelum tidur, mak aku ada whatsapp katanya esok mungkin balik kampung. Itu pasal laa aku pun update blog sakan punya. Esok pagi tu mak whatsapp lagi suruh kemas baju. Malas gila nak bangun. Lepas paksa diri bangun tu, aku pun packing dan straight balik kampung. Internet memang takde laa, aku malas nak beli. Lagipun aku nak lari dari seseorang so bila aku lama tak online ni, kira saaangat bagus laa. Kesannya, takde siapa tahu aku balik kampung. Yang tahu pun dalam 4 orang je kot. Cadangnya nak balik 3 malam je tapi Tok pula tak berapa nak sihat so mak minta dekat ayah untuk stay dekat kampung.

Tak sangka ayah bagi. Kononnya nak tinggal 4 hari je tiba-tiba, ayah busy. Alaa biasa laa tu kan, ayah memang banyak kerja. Then, 29hb laa baru balik rumah. First time aku duduk dekat kampung lama macam ni. Biasanya paling lama pun dalam seminggu mungkin. So this is kinda new experience untuk aku, alhamdulillah. I had enjoy it !



Mak dengan ayah sekarang banyak mencari kawan-kawan lama dorang. Rasa macam, untung nya mak dengan ayah ni kan. Mak dengan ayah classmates time form5. So senang laa dorang nak cari apa semua. Rasa macam jeles pun ada laa. Then dorang ada buat group whatsapp satu batch. Mungkin aku tengah rindu kawan-kawan aku kot so seriously aku berharap aku pun dapat contact dengan kawan-kawan aku bila aku dah besar. Tak semestinya aku nak jumpa sorang-sorang ke apa tapi dah cukup untuk tengok kita semua bersatu balik (walaupun dalam group whatsapp je) hahahah. Aku rindu, aku nak keluar dengan kawan-kawan aku tapi aku tak rasa ada orang nak keluar dengan aku. Semua busy je, dengan program lepasan sekolah apa semua. Kenapa aku tak berminat eh? Soalan paling pelik untuk dijawab

By the way ada satu chance je untuk aku keluar, aku boleh keluar tengok wayang dengan adik aku. Hahahha. Cuma lagi satu problemnya, aku takde duit. Huaaaaaaa .____.

Thursday, December 17, 2015

Read it to know it


If you ever wondering, kenapa itu ini why this and that. So mungkin aku teringin nak jawab. Or bersedia untuk jawab. Ramai juga laa yang tanya. Memang setiap post aku dalam blog ni biasanya aku cakap sorang diri je. Tujuan aku post pun sebab aku nak luahkan perasaan dan nanti kalau aku nak ingat balik something yang mungkin aku lalai, aku boleh baca balik blog ni. Ini termasuk post aku 24 September tu. Aku tahu aku macam dalam keadaan yang sangat marah tapi entah lah, masa tu campur dengan pressure SPM. Sekarang ni, aku post ni memang untuk seseorang iaitu kau. Yeah, you.

Hati aku ni, dah macam second hand punya laa sebab luka-luka apa semua. Normal laa kan, semua orang macam tu tapi luka paling dalam tu part kepercayaan terhadap lelaki. Yes, I'm gonna tell you something really big right now, but not straight to the point lah kan.

Aku rasa orang yang aku tuju ni tak baca pun blog aku tapi takpe laa aku nak tulis juga.
Sejak kecil, memang banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Kalau aku takde akal, aku boleh kot bunuh diri or lari dari rumah etc. Tapi masa kecil dulu, aku tak faham. Aku nangis selalu, sedih selalu, fikir selalu tapi aku memang tak pernah faham. Budak kecil kan... Mak aku selalu cerita dekat aku segalanya, tapi aku tak pernah faham. So, aku pendam. Aku ingat semua kata-kata mak aku tanpa faham sedikit pun. Aku memang jenis tak tanya orang, sampai sekarang kalau aku bodoh dalam pelajaran tu, aku takkan tanya. Ya, dekat situ aku kategori bodoh sombong tapi aku nak kekalkan satu sifat buruk aku ni sebab bagi aku ada kebaikannya untuk aku.

Aku darjah 3, masuk darjah 6, masuk tingkatan 1, masuk tingkatan 2, masuk tingkatan 3 dan masuk tingkatan 5. Ni semua tahun yang sangat teruk untuk aku. Dan semua yang sedang membaca kata aku tipu kan sebab aku selalu gelak, selalu bagi semangat dekat orang sampai orang panggil aku ni kaunselor. Yupp, aku pernah berada di satu tempat yang lebih teruk dari apa yang korang rasa, that's why aku boleh bagi kata semangat. Dalam harapan supaya korang tak jadi macam aku.


Adakah aku simpan ni seorang diri? Of course tak. Aku tak kuat.

Siapa je yang tahu? Kawan-kawan aku.

Ramai yang tahu tapi dorang tahu sikit je. Contohnya, kawan A tahu first part. Kawan B tahu second part. Kawan C tahu third part. Tapi dorang fikir kisah aku dah sampai happy ending. Ada kawan aku fikir dia tahu segalanya. Wrong, babe. Hanya Allah yang Maha Mengetahui okay...

Conclusion of my whole story is,

Sudah laa.. Dah laa kacau aku. Kau tak faham lagi ke. Kalau aku taknak layan kau means aku taknak. Aku taknak menceceh dengan kau. Aku taknak bermesra dengan kau. Dan, aku taknak jadi girlfriend kau. Please...


Eh jangan ada yang salah faham apa yang aku cuba maksudkan eh -.-"

Wednesday, December 16, 2015

Pink Of Health


Assalamualaikum, tak jawab dosa.

I'm trying to express my feelings. Mungkin sebab dah lama sangat tak update blog, tak kongsi cerita.. Astaghfirullah. Rasa macam diri aku dah mati. Mungkin sebab asyik pendam perasaan etc. Haish #SadLife

So nak start dari mana? Haa.. Aku dah habis SPM dah weh. Dah habis sekolah. Takpayah pergi Igop dah nun jauh beratus km dari rumah. Itu apa yang aku fikir dulu laa. Bila kena tahan duduk dalam sekolah selama 2 bulan, aku banyaaaaak muhasabah diri plus berangan kahwin HAHAHA

Masa akhir bulan 10 macam tu laa baru umi benarkan budak aspuri tukar dorm. So dalam dorm akan ada form5 sahaja. Mula-mula aku ingat tak best, aku nilai berdasarkan kisah tahun lepas. But you must try first right? Aku, Mas dan Awin bertungkus juga laa buat persediaan terima ahli baru ni. Alhamdulillah kadang-kadang kami kecundang tak study and bising, but most time kami study and create memories. However, aku sangatlah merindui adik-adik dorm aku. Sampai sekarang...

So, welcome Husnina, Opie, Ain Fatihah, Najihah, Umairah, A'in Afrina, Najat Aminuddin, Anis Nazura, Hanisah, Wahidah, Hidayah, Fitriah dan Aina Syazana

Setiap seorang ni ada perangai masing-masing laa dan itu yang rasa lengkap je dorm tu. Paling best cara hidup kitaorang laa. Macam duk rumah setinggan. Katil sentiasa bersepah then dekat tengah dorm ada meja. Atas meja tu ada bekas air aku, 5 liter kot. Kitaorang kongsi duit (padahal RM1 je sekali isi) untuk letak air masak dalam tu. Situ juga tempat letak makanan umum, untuk makan ramai-ramai. Situ juga tempat Fitriah bela dinosaur dia. Kesian sekarang dinosaur dia dah patah kaki lalu masuk plastik hitam. Kalau tengah panas terik pastu mood study tengah on, meja tu diketepikan lalu semua orang study dekat tengah dorm. Yang tu okay lagi. Yang lagi horror bila ada yang bangun nak pergi tandas laa basuh baju laa, susah woi nak jalan. Buku bersepah. Hahaha

Lebih kurang sebulan je laa kami duk bersama, paling sedih masa nak berpisah dengan budak zahrawi especially Ain. Aku baru tahu ada taman dalam hati dia ni sebenarnya. Hahahaha. Kami ada buat group whatsapp sebab taknak lost contact. Alhamdulillah laa berjaya juga usaha kami tu. Rindu kalau tak sembang dengan diaorang walaupun aku tak active sangat dalam group. Mungkin sebab bila aku offline baru deme nak bising. Eceh aku guna deme :') Bahasa utara kott


Memang setiap kali kalau nak balik rumah, aku rasa itu laa saat paling gembira walaupun aku tak terasa nak balik rumah. Aku happy sebab dapat tinggalkan igop tu. Bosan kot asyik mereput je dalam tu. Tapi biasa laa kuasa Allah, 2 bulan aku tak balik rumah... Masa boleh balik 3 hari 2 malam tu pun aku balik rumah Aten je. Ya, aku rindu rumah. Mak aku pun rindu aku, tak sabar nak ambil aku balik tapi aku tak rasa nak balik lansung. Aku rasa nak stay je duduk dalam rumah setinggan tu. Nak cakap pasal duit, duit aku memang dah lama habis pergi gatal tangan beli kfc haritu. Hahahaha. Masa nak packing barang tu memang takde semangat lansung. Boleh tanya Hanisah berapa kali aku guling atas beg time packing tu. Rasa macam nak masuk dalam bag je malas packing punya pasal

Sebak pula aku kenang kenangan ni. Nah laa tengok video ni,