Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, August 30, 2015

Sweet Seventeen ♥


Semakin hari, 16 Ogos 2015 tu makin dekat. Aku selalu termenung. Aku mampu berfikir je. Aku tahu aku tak akan dapat apa-apa untuk birthday aku kali ni. Aku calon SPM yang terkurung di tengah hutan. Ceh, maksud aku dalam sekolah laa. Hehe. Time 2014, aku punya harapan tu tinggi sangat sebab masa tu umur aku 16 tahun. 16 is my fav number so I wish to have the best birthday ever. But then aku terfikir, aku dah lah dalam sekolah (masa 16 Ogos 2014), budak baru pula tu, takde siapa ingat birthday aku tau. Walaubagaimanapun aku tetap berharap sampai laa aku tak tahan lalu menangis.....

Yes, itu apa yang sebenarnya berlaku dan aku menangis lagi teruk time Kak Atie peluk aku then nyanyi lagu happy birthday. Then satu dorm Zamrud 2'14 celebrate sekali dengan bedaknya then datang pula Batrisyia yang tarik aku ke dalam toilet sebab nak simbah air satu baldi then aku pula balas dengan tarik dia masuk shower. End up kami mandi sekali. HAHAHA. But it's still the unforgettable moment. Thanks semua :)

For 2015, I'm expected the least.

What exactly happened were...

10 Ogos 2015
Kawan 1 : Na, ahad ni kan.....?

Kawan 2 : Birthday hang 16 ni kan?

Kawan 3 : Nanti nak tua dah....

14 Ogos 2015
Lepas habis bacaan malam, KD aku nak cakap sikit. Dia bagi teguran sebab ada beberapa makhluk tak reti jaga kebersihan apa semua kan then untuk last isi dia, dia cakap camni,

Azuwin : Okay. Sekarang ni akak nak semua orang tengok locker tu. Locker Khairul
*Satu dorm pandang*
Me : Kenapa dengan locker aku???
Adik dorm : Tah, kenapa dengan locker Kak Syara?
Azuwin : Hmmm... Sekarang kan dah pukul 12. So SANAH HELWAH SYARAFANA! *riang*
Me : Haa? Apa nya. Hari ni baru 15hb
Azuwin : Hari ni 16 laa.. Kan??
Liyana : Mana ada laa. Sekarang baru 15hb

*Lalu Awin tersangatlah malu dan mengundur diri sambil tutup muka dengan tudung siap terlanggar tiang katil lagi. 15 minit kemudian baru dia masuk dorm balik*

15 Ogos kan pagi Sabtu. Aku selalu tidur balik lepas breakfast. kihkih tapi kali ni tak. Aku try untuk baca novel then aku study fizik tapi at last aku tertidur juga sambil mp3 terpasang.

*Ada orang tarik earphone kanan aku*
(Eh, Awin marah aku ke tidur sambil dengar mp3? *pusing kanan*)
(Eh Awin takde *pusing kiri*)
Me : Eh......... MAKKK ! *hugging* Mak buat apa dekat sini?! Rindunya mak..
Mak : Saje je datang. Dok boleh ke? Kalau dokleh mak nak balik semula
Me : Mana adaaaa. Boleh laa
Mak : Nak ikut mak dok?
Me : Pergi mana? Ayah datang juga ke ni? Kakak? Abang? Adik?
Mak : Takkan laa mak nak tinggal anak bongsu mak sorang tu. Abang dkt Lumut. Kakak mu kan kerja
Me : Eh abang dekat Lumut ke. Ana dok tahu pun..
Mak : Dah nak ikut mak dok ni? Takmuh sudah. Mak pergi dulu
Me : Haa mana ada. Nak pergi mana??
Mak : Takmuh ikut sudah
Me : Okay okay. Ana nak ikut.
Mak : Mak dah bawa baju, ana tak perlu bawa apa-apa lah.
Me : Okay okay. Bagi ana kemas semua barang ana jap (katil sepah tahap max) then ana turun. Tunggu tau.

*So aku pun kemas lah katil yang sepah gila bapak tu lah. Then aku tinggalkan pesanan sikit, peluk Batrisyia and get off happily. Family gua datang dari KL ;)*

Hmm, aku rasa ayah nak datang ni sebab birthday aku :P Sebab kedua ialah sebab nak ambil abang aku. Mana pernah ayah aku nak datang Perak semata-mata nak ambil abang aku balik KL kannnn. Haha I know him. Aku ikut family aku pergi Lumut. Tidur dekat hotel satu malam, mandi kolam lebih kurang 3 jam, makan dekat restoran-restoran, pergi rumah abang aku dan ambil dia apa semua. Seronok. Masa dekat hotel tu, semua family aku tidur awal kecuali aku yang memaksa diri untuk study Fizik. So time pukul 12 tepat tu, time 16 Ogos, kawan-kawan aku ramai yang wish birthday *terharu* and ada lah satu part tu mak terjaga and dalam keadaan separuh sedar tu dia pesan suruh ambil kad dalam handbag bila dah masuk 16 Ogos. Aku pun tunggu je en. Rupa-rupanya ada kad birthday untuk aku... :D

Takde gambar sebab kad tu ada dekat atas siling katil aku (kan katil 2 tingkat en). Aku baca kad tu setiap malam, insyaAllah. Thank you KSs' ! :*

Dalam waktu tengahari tu, aku dah sampai sekolah dah.. Ramai orang tegur aku. Aku rasa macam, eh aku dah lah fly en tapi macam ramai je tahu so aku buat lah bodo je sampai lah Mas bagi ayat suspen sikit. Dia cakap,

"Eh Syara. Hang baru balik ke? Hang tahu tak pasal pagi tadi. Taktahu? Pagi tadi... Haa.. Nanti lah aku cerita"

Aku fikir, ada authority marah aku ke sebab aku fly en. Memang cuak ah sampai ayah aku pun takut. hahahaha. But then aku cakap dekat ayah aku takde pape, kalau ada ana akan inform so they went home. Haish. Rindu masih ada kot.... Sedih betul.

Lepas tu aku pergi ampaian nak ambil baju, terserempak dengan Sue. Sue cerita lah sikit-sikit tapi dia tak ingat sangat so aku still berdebar tau. Sampai lah aku masuk dorm, adik-adik form2 dan form1 cerita the whole story....

Masa perhimpunan pagi tadi, ada satu pengumuman ni. Panjang sangat. Pengumuman yang diumumkan oleh adik dorm aku sendiri iaitu Wani adalah

Seorang ibu yang sedang mengandung dua orang anak akan melahirkan mereka. Namun ketika di Temerloh, Pahang seorang anaknya telah pun keluar secara tiba-tiba. Yang seorang lagi masih berada di dalam kandungan. Namun anak yang pertama itu tercampak keluar dari kereta kerana ibunya membuka tingkap. Ibunya terpaksa meninggalkan anak yang pertama dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Anak yang pertama itu terselamat dan diambil dan dijaga oleh seorang guru dan juga seorang petani. Takdir menentukan pada tanggal 5/3/2015, pasangan adik beradik ini bertemu di SBPI Gopeng. blablabla mengucapkan selamat hari lahir kepada Azamuddin bin Khairuddin dan Khairul Syarafana binti Khairuddin.

Terima kasih kepada sesiapa yang buat ucapan panjang dengan cerita yang sangat menarik tu. Hahahha. Then katanya lagi, lepas perhimpunan ada perjumpaan form5. Terima kasih kepada semua ultimatih yang berbakti and at that time satu batch nyanyi lagu happy birthday. Thank you so so much. Just sorry because I were not there padahal korang semua buat untuk aku. Sorry yaa..

Sepanjang aku nak pergi solat zohor, nak pergi dorm, nak pergi basuh baju, nak pergi solat asar, nak balik dorm, nak masuk dewan makan, nak pergi solat maghrib pastu nak solat isya' sampai lah nak tidur, ramai yang terserempak dengan aku tu ada yang wish. Aku terharu gilaaaa. Thank you so muchhhh. Kesian dekat sorang budak form1 tu sebab aku taktahu nama dia. Sorry dik. Thank you dekat Thirah sebab siap nyanyi dalam toilet time aku tengah cuci muka, dekat Aish yang kejar aku padahal tengah lambat, dekat Batrisyia yang tabah sebab sedih tak dapat ikut aku fly, dekat sesiapa yang bagi hadiah termasuk yang dah jadi darah daging aku sikit en. Thanks a lot :D


Malam tu lepas bacaan malam,
KD aku ada bagi teguran sikit. Aku dengar je lah en (innocent). Ada lah SIKIT benda pelik tapi takdelah pelik sangat. Macam, tiba-tiba Jiha pergi ambil barang dekat locker, aku tak tahu dia ambil dan macam Mas pergi duduk sebelah Awin. Aku buat bodo je lah. Lepas habis cakap tu, Mas asyik ulang ayat sama "Haa Syara, salam salam. Minta maaf... Semua orang salam Kak Syara, minta maaf. Minta maaf ya Syara. Minta maaf" Aku just angguk angguk angguk je lah tiba-tiba aku tak tahu lah jadi apa, banyak gila bedak atas kepala aku. Serious banyak, macam ada 3 sumber tau. Then aku dah mula bising. Aku cakap lah "Bedak masuk mulut akak tahu tak *sambil nganga mulut tunjuk lidah* then time tu lah Mas tambah lagi bedak so semuanya masuk mulut aku. Now aku tahu bedak rasanya pahit. Sangatlah pahit K.

Oh ya, time dorang bagi bedak tu time aku masih bertudung, lepas aku buka tudung pun dorang tambah lagi. Plus, tak pasal pasal kena basuh tudung tu. hahahha. Thanks again :)))

So... Yes, this is the best birthday ever and it was my

Sweet Seventeen <3 b="">

Happy birthday to :-
Amienzi (3 Ogos)
Syazwan (10 Ogos)
Natrah (11 Ogos)
Hani Mastura (12 Ogos)
Syahmina (15 Ogos)
Azamuddin (16 Ogos)
Liyana Fauzi (16 Ogos)
Cik Ida (17 Ogos)
Fatihah Azhar (18 Ogos)
Fauda Husna (21 Ogos)
Hafizul Hakim (22 Ogos)
Shazza (23 Ogos)
Raihana (25 Ogos)

Dan sesiapa sahaja yang lahir bulan lapan juga. Kita anak patriotik gitu. Haha. Dan sorry siapa yang salah tarikh tu, ada yang aku hentam. Kahkah. Laaaaastly, esok (31 Ogos 2015) dah kena balik ke sekolah so selamat tinggal. Adios amigos

Repost (Everything Had Changed... Everything?)


Aku memang suka luahkan perasaan dengan taip atau menulis. Usually taip laa sebab tu aku ada blog. Aku jarang update blog semenjak aku masuk asrama. Suddenly, 7 Ogos ni lah aku rasa nak update tapi... lambat lagi nak balik so aku tulis dalam buku dulu.

Aku tak pernah ada buku diari tapi buku ni aku dapat percuma. Menang naib johan word search sempena minggu pusat sumber. Ada lagi satu buku yang sama, warna biru. Buku tu menang untuk pertandingan Jejak Buku sempena minggu pusat sumber juga. Pertandingan Jejak Buku secara berpasangan mewakili kelas. Aku dengan Luqman Alawi wakil 5 Biruni. Kami dapat nombor tiga je tapi gempak ah tu. Dapat dua buku iaitu pink dan biru. Luqman nak bagi pink, mula-mula.. Tapi aku taknak and tak sangka dia mengalah. Muahahha

Back to the title aku nak cerita pasal surrounding aku. Orang selalu cakap, IGOP ni rumah kedua aku tapi lama-lama aku rasa sekolah ni sebenarnya rumah pertama aku. DAN yang aku balik bulanan tu sebab aku nak lawat keluarga aku je. Tu kan tanggungjawab aku. See?

Aku rasa macam tu lah sekarang. Cuma aku tak boleh nak berdikari sepenuhnya. Aku baru Form5 kan.. Less than 90 days nak SPM. Sekarang aku takboleh nak homesick, lagipun mana ada orang rindu nak balik rumah kedua #Deep. Lagi 21 hari nak balik rumah kedua. Balik pun sekejap je, takde guna -.-'

Bytheway, aku anggap 'catatan' ni macam dekat blog aku, so kalau kawan aku baca aku tak kisah. Blog aku tu pun public, HAHA! Lastly, boleh lah aku anggap hari ni declaration aku dengan rumah pertama aku ni. Welcome!!!
#Enjoyingindependentlife #SPM15 #IGOP

Bye.

Ni aku tulis time 7 Ogos tu lah. Lepas aku tulis ni, aku tak homesick dah. Aku tak nangis lansung dah untuk balik rumah. Aku rasa better. Alhamdulillah. Okay sekarang nak keluar nantikan cerita aku seterusnya ! ;)