Assalamualaikum wbt.
Memang kali ni lama sangat dah ni biarkan blog mereput. Hehe 'mereput' tengah trending dekat aspuri iGop. Anyway I think sekarang lah masa sesuai untuk update blog. Sekarang tengah happy-happy sikit lah. Takde stress enn. Tak busy sangat walaupun this year is a tough year. SPM year babeyh. Hard to believe but we MUST believe.
Taktahu nak mula cerita dengan cerita apa. Rasa awkward juga walaupun pada hakikatnya setiap kali update blog tu bagaikan cakap sorang-sorang je. Bukannya ada orang baca pun especially sejak aku jarang update. Maklum lah dah sekolah asrama, balik pun sebulan sekali. Tu pun bersyukur lah balik ! Aku dah lah cepat homesick bila ada masalah. Otak tak berapa matang lah katakan...
Aku ada satu cerita ni. Cerita yang aku nak jadikan kenangan dalam hidup aku, yang kalau boleh aku taknak lupa lah.
Untuk sesi persekolah 2015 ni, aku kena pergi sekolah pada 10 Jan. Best sangat sebenarnya. Aspuri krik krik sunyi je. Dalam dorm aku, Zamrud 3 pun ada aku sorang je. Orang lain semua takdak. Then malam tu kami yang puak datang awal ni semua tidur dekat Nilam 1 dan Mutiara 1. Syok kot tidur ramai-ramai macam tu. Esok pagi tu, 11 Jan, busy uruskan pendaftaran. Aku takde partner so aku just ambil tugasan dekat koperasi. Dengar macam simple, tolong bagi buku je dekat pelajar en tapi sekali kau dah rasa pengalaman jaga koperasi, baru kau faham apa yang aku maksudkan. Dulu, adik dorm aku pernah lah juga cakap penat jaga koperasi, aku angguk angguk je buat buat kesian. Sekarang, aku dah kena dah. Hahaha. Dah lah takboleh duduk, pelajar pun sentiasa ada. Mulut kena sentiasa explain dan senyum !
Ada 5 orang pelajar je jaga koperasi. Kami jaga dari pukul 8 pagi sampai pukul 2 petang. Dah terlambat untuk lunch dah tau. Nasib baik makcik dm baik hati bagi makan lagi. Lepas makan, aku senang lenang balik ke dorm dan rehat. Hehehehe. Bila dah pukul 4 petang dah lepak dorm kawan apa semua, baru lah aku tahu yang sebenarnya aku kena pergi bilik SPBT untuk ambil buku teks. Pukul 4 petang tu dikira tak boleh ambil dah tapi alhamdulillah cikgu Sani baik hati so dapat lah 19 per 24 buah buku teks.
Then hari Selasa tu, 13 Jan, kami berlima ditugaskan untuk jaga koperasi lagi. Kali ni pendaftaran Ting. 1. Serious weh penat dia triple. Pelajar form1 ni kan baru lagi so laaagi banyak benda lah nak kena explain. Alhamdulillah semuanya lancar. Hari Selasa ni juga aku skip class the whole day. Ketinggalan dalam pelajaran :(
Yeah quote ni sangat tepat. Aku banyak kali juga lah nak putus asa tapi aku dah sejauh ni so better aku teruskan. Aku kena kuat dan ingat bahawa Allah takkan bagi ujian dekat hamba-Nya melainkan hamba-Nya dapat menghadapinya... :) Aku tak kuat, aku selalu jatuh. Aku selalu rasa aku ni alone. Ye lah sekolah jauh kot. Tak pernah aku terbayang keadaan macam ni. Anyway, aku try cari positive side. Aku cuba cari apa hikmah Allah. Aku berusaha untuk dekatkan lagi diri aku dekat Allah. Alhamdulillah Allah banyak sangat bantu hamba-Nya.
And disebabkan special post kali ni, aku nak bagi ucapan siap-siap lah. Aku nak cakap,
Good luck kepada semua pelajar batch 1998. Kita SPM tahun ni. Kali ni turn kita. Kalau dulu kita selalu gelak gelak cakap padan muka dekat kakak abang kita tapi sekarang adik kita pula yang buat macam tu. Kita dah besar dan kita sekarang dah jadi senior lagi sekali dalam sekolah. So, kita kena berubah ke arah kebaikan. Bukan sahaja sebab diri kita sendiri tapi untuk semua pihak terutama adik-adik junior kita tu. Study as smart as you can. Helping each other. Never give up.
Special to Ibnusinaians, Birunians, Ultim9ters, SMK Setapak Indah, Anisa Irdina yang jauh di mata tapi di hati Khairul Syarafana sentiasa, dan semua lah yang lahir tahun 1998 ;)
Arghh semuanya untuk diri aku juga. Hehe