First of all nak cakap sikit laa. Tujuan aku tulis blog ni bukannya untuk tontonan umum. Bukannya nak tarik perhatian suruh orang baca. Bukannya nak riak or show off atas apa yang berlaku dalam hidup aku. Please jangan salah faham. Aku tulis ni just for my own fun. For myself to read it later bila aku dah besar. Untuk menjadi kenangan untuk hidup aku. Untuk luahkan segalanya. Aku ni very talkative person since kecil tau. Takde siapa nak layan aku sebab terlalu banyak cerita untuk diceritakan #SadLife. Sampai laa satu tahap orang tak berapa suka dekat aku sebab mulut aku terlalu banyak. At that moment, aku tekad untuk berubah supaya control sikit diri aku daripada bercakap terlalu banyak. Yeah makin dewasa makin banyak kerja. Kerja hendaklah dilakukan dalam keadaan yang aman. Benar bukan? Conclusion, blog tempat aku luahkan just for FUN. Takde readers pun aku tak kisah. So please,
JANGAN HINA BLOG AKU.
Aku just nak continue cerita bulan Ogos...
Dimulakan semasa
Pagi, 16 Ogos 2014.
It was Saturday. Biasanya pagi Sabtu ada ceramah dekat surau. Tazkirah lepas Subuh.. So dalam pukul 7 lebih nak dekat pukul 8 baru pulang ke dorm semula. Niat nak rehat sebab biasa laa tu rehat time weekend. Tengah kemas barang-barang yang asyik bersepah tu, ada laa juga beberapa senior and junior wish birthday. Hiks. Banggas. Bahagias. Ada 's' sebab plural. Lepas dah siap semua tu, nak makan cake yang Kak Mira bagi semalam tu. Makan sikit je then bagi Batrisyia sikit, Hanisah sikit. Nak bagi A'in juga tapi tak jumpa dia lagi. Dorm dia jauh sikit..
Dalam otak aku memang lepas ni nak tidur je tau. Dah terbayang katil je. Tiba-tiba Batrisyia datang. Dia cakap A'in ajak main dekat padang. Mula-mula memang lah taknak. Biasa laa tu tolak permintaan sebab aku ni pemalas sangat. Bila fikir kali ke seribu, join je laa. Bukan selalu. So kami berempat pergi main dekat padang :)
Mula-mula warm up macam orang gila dekat basketball court. Then main basketball selama 10 minit maybe? Then semua dah malas. LOL. Hahahah. Then rehat-rehat jap berborak apa semua. Alaa girly things ;) Ustaz, cikgu, parents yang lalu semua tengok je kami dekat atas bukit tu. Bila dah bosan sangat, kami pergi ke padang yang belah jauh-jauh sikit. Dekat-dekat dengan hoki punya tempat tu. Macam-macam kami main. Angkat mengangkat la, jatuh menjatuh la. SERONOK WEH SERONOK. Aku suka sangat time tu. Dah lah hanya ada kami berempat dekat padang. Only us ! Biasanya ada budak lelaki tetapi rasanya time tu lelaki ramai outing.
Dari pagi sampai lah tengahari. Pukul 12 baru reti nak pulang ke asrama. Btw, mereka bertiga tak mandi pagi lagi :p Aku sorang je wangi. Muahahahhaa sorry girls. Pukul 12:45 macam tu baru pergi lunch. Waktu biasa la tu walaupun DM buka pukul 12:30 sebenarnya. Haha. Lepas makan, ready untuk solat zohor. Lepas zohor, ingatkan nak tidur tapi A'in datang lepak dekat dorm aku. Aku tak kisah pun.
Tengah kami berdua syok bercerita, lastly dua-dua tertidur. HAHA
Bangun-bangun je dah azan asar. Then pergi laa solat then lepas solat, lepak-lepak dekat dorm. Masih penat dan mengantuk. Tak puas tidur tadi. Hoho. Bila dah nak pukul 6, baru mandi. Biasanya kalau mandi lambat ni, aku akan pakai baju kurung terus. Baru niat nak tidur lagi tiba-tiba Hanisah datang dekat aku dengan panic nya.
Dia cakap Batrisyia nangis since lepas solat asar. Dia and A'in pun tak tahu kenapa. Puas mereka pujuk tetapi Batrisyia tetap menangis. Aku rasa pelik sangat. Lepas asar? Lamanya dia nangis tetapi macam mana aku yang dorm bertentangan dengan dia pun boleh tak tahu? Teruknya aku sebagai rakan. Walaupun Hanisah macam nak suruh aku panic sekali, aku tetap selamba badak sumbu memikirkan kenapa dengan Batrisyia. Hanisah suruh aku pergi pujuk Batrisyia. So aku pergi je laa sebab ada orang paksa en tetapi aku bersiap secara slow-motion gila. Malas punya pasal. Bersiap sambil berfikir...
Hanisah tak habis-habis desak aku. Sorry bro. Aku keras kepala. Lagi desak lagi aku taknak layan. Hehehe.
Batrisyia and A'in ada dekat kerusi batu yang depan DM tu. Dah lah dekat padang penuh lelaki tau. Aku pun duduk laa dekat sebelah Batrisyia and buat bodoh. hahaha. Then A'in and Hanisah marah aku.
Hanisah : Ana ! Kau ni. Harap je kawan baik Batrisyia tetapi kau boleh buat bodoh je?!
A'in : Tah kau ni Ana. Pujuk laa Batrisyia !
Me : Korang nak aku pujuk macam mana?
Hanisah & A'in : Pujuk je laa
Me : Jap jap. Aku masih tak faham. Kenapa Batrisyia menangis sebenarnya??
A'in : Taktahuuuu. Masa tu aku jalan-jalan dengan Batrisyia. Lepas tu ada terserempak dengan lelaki. Kitaorang gelak-gelak je. Tiba-tiba Batrisyia lari sambil menangis. Sampai laa sekarang.
Me : Bila korang jalan-jalan?
A'in : Baruu je tadi. Dalam pukul 5 lebih.
Aha ! Dekat sini korang nampak tak kejelasan penipuan tu?? >.<
Disebabkan A'in and Hanisah gedik sangat sampai marah-marah aku. Tak pasal-pasal situasi jadi tegang. Aku pun mengalah,
Me : Yelaa yelaa. Korang pergi laa mandi and bersiap apa semua. Biar aku teman Batrisyia. Aku dah mandi dah.
Hanisah & A'in : Haa okay. Kitaorang pergi dulu tau.
So, aku pun pujuk laa Batrisyia. Batrisyia tak jawab pun apa-apa soalan aku. Dia just menangis. Aku pun peluk laa dia.
Suddenly A'in and Hanisah datang kembali sambil bawa kotak. Dalam kotak tu ada satu bag dan 3 tin air. Then, mereka bertiga nyanyi lagu 'Happy Birthday' dekat aku. Aku mampu gelak and say thank you je lah. Camni member......................
Selebihnya, rutin harian macam biasa lah. Makan beradab, solat maghrib, solat isya' dan kembali ke dorm. Malam sabtu takde prep. Then supper. Lepas supper, aku niat nak tidur awal laa juga sebab still ngantuk en tetapi 17 Ogos birthday Kak Ane. So aku tak sampai hati. Better aku tahan sikit untuk celebrate dulu.
17 Ogos
Kak Zu punya plan. Kak Mira akan teman Kak Ane jumpa kawan dia dekat dorm mana tah. At that time, kami akan sediakan air + sabun basuh baju dalam baldi. Yang adik-adik junior yang lain ready dalam dorm bersama bedak masing-masing. Memang syok gila ah mandikan Kak Ane pukul 12 pagi tu. Habis basah lencun. Then time dia nak masuk ke dalam dorm untuk ambil tuala apa semua, adik-adik junior pun serang dengan bedak. Hahahahhaa. Wangi bilik air weh.
Eventhough Batrisyia bukan lah dorm Zamrud 2, dia selit juga prank Kak Ane. Lepas semua dah selesai...
Batrisyia simbah air dekat aku ! Habis basah aku :'( Aku nak balas tetapi susah sebab Batrisyia kan tinggi. Dia dapat simbah banyak kali dekat aku. So... Aku pun tarik Batrisyia masuk shower and mandikan dia. Dan Kak Ane pun join. Kami bertiga main perang air sampai pukul 1 pagi. Hahahahahahahahahaha. Kelakar gila.
Bila aku fikir-fikir balik, baju aku dah lah banyak, tidur pula lambat. Better aku basuh baju malam tu juga. Termasuk baju yang aku pakai time perang air tu. Hahahah. Lastly, tidur pukul 2 pagi (Y)