Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, August 31, 2014

Raya di Bangi



Assalamualaikum w.b.t

Raya dah habis tapi aku baru nak cerita. Hahaha. Biarlah. Kenangan...

Tahun ni raya dekat belah mak (Paka). Belah mak ke belah ayah ke sama je. Sebab belah ayah pun dekat Kerteh. Haha. Disebabkan time raya tu ayah tengah cedera, sakit kaki, so tak beraya sangat pun. Setakat duduk dekat rumah Tok dari pagi sampai ke malam sampai ke pagi dan asyik makan online blabla. Not very fun laa. Normal. Then duduk dekat kampung pun tak puas. 4 hari je... Dah kena balik KL hari Rabu tu.

Sedih sedih pun masih ber-enjoy. Kihkih. Hari Khamis tu keluar pergi shopping. Hari Jumaat pun. Hari Sabtu pun. Sabtu ni lah climax of the story. Eceh. Pengaruh subjek English.

Sabtu tu kitaorang pergi ke Bangi naik KTM. Nak beraya dekat rumah Ummi tercinta iaitu Puan Nurul Husna. Hehe. Kitaorang excited sangat sampai bertolak awal tapi suami ustazah pick up kitaorang dekat stesen tu dalam pukul 12 lebih laa. Lambat sebab ustazah kata dia tak habis masak lagi. Rumah ustazah memang besar dan best gila lah. Jakon kitaorang. Sampai-sampai tu memang lepaskan rindu, peluk peluk dengan ustazah then makan. Ada 4 jenis makanan. Semuanya ustazah dan suami dia masak. Homemade gitu. So kitaorang pun makan sama-sama lah kan. Hehe. Ada nasi Arab, nasi impit dan sate ayam, spaghetti dan mee rebus. Semua sedap :D

Dalam pukul 3 or 4 lebih kot baru kami bergerak pulang. Lama juga naik KTM tu en. Maklum laa jauh.. That time laa kami berpisah kembali. Budak lelaki semua stop dekat Midvalley. Nak main bowling dan tengok wayang tak silap. Kami budak perempuan ni nak ikut tetapi dah lewat. Takkan nak balik malam en? Mahu mak dan ayah denda tak bagi keluar dah. Hahah. So kami semua stop dekat KL Sentral lah.

Disebabkan masa tu baru pukul 5 so kami jalan-jalan lah dulu. Best gilaa. Memang perangai gila-gila macam dulu keluar. Qis buat video apa semua. Hahahahahhahahah serious kelakar dan seronok. Then semua pun nak balik la pula naik LRT Putra. Dekat sini la pula di mana aku akan berpisah dengan dorang. Kan aku pindah rumah so rumah aku terjauh sikit. Rumah dorang semua dekat Taman Melati. Ha ni nak cerita ni.

Masa nak naik escalator tu, aku naik dulu dengan Qis kot. Aku pun dah ingat lupa. Then tunggu yang lain dekat atas je. Time dorang semua sampai, train pun dah sampai. Lepas semua dah masuk tu tiba-tiba Batrisyia tanya..

"Eh ana bukan kau nak stop dekat Masjid Jamek ke?!"

At that time memang aku panic gila. Aku lupa gila. Jalan syok sangat. So aku pun keluar dari keretapi tu then time nak turun ke escalator tu tiba-tiba terfikir. Sebenarnya aku tak salah train pun. Batrisyia yang salah sampai panic kan aku. Bila aku sedar tu aku cepat-cepat u-turn and masuk LRT balik tapi ikut pintu yang lain. Aku masuk je straight pintu tutup. Fuhh sempat xD Then aku pun bergerak la nak pergi dekat kawan-kawan aku balik.

Dorang semua tengah gelabah masa tu sebab baru sedar Batrisyia salah cakap. HAHAHA lawak gila. Bila dorang tengok aku ada dalam train tu, semua terkejut then siap peluk peluk bagai. Batrisyia paling cuak sebab dia cuakkan aku >.<

Kenangan oh kenangan.. Dah sebulan berlalu tapi bila ingat balik still nak gelak. Kihkih