Hello :)
Cinta itu buta, kan? Bila dah jatuh cinta, buruk lah macam mana pun tetap nampak cantik. Orang lain perfect macam mana pun, tetap taknak sebab tak nampak cantik. Cinta tu mungkin dah berjaya kuasai diri aku ini. Aku dah macam tak pandang orang lain. Asyik pandang si cinta tu je tapi takdelah tak tegur orang lain langsung. Macam.. Lebihkan mereka yang aku cintai ini. Hahaha
Eh, mereka? Kenapa? Ingat aku jatuh cinta dengan lelaki mana ke. Hahah. Aku cakap pasal Ibnu Sina sebenarnya. Okay jom cerita betul-betul.
Hari ni, 3 Januari 2014. Ibarat first day of school lah juga sebab sebelum ni orientasi. Hari ni, kitaorang baru dapat tahu apa kelas kitaorang and baru dapat textbooks and baru masuk kelas. Hmm, just bersyukur dengan kelas yang aku masuk ni iaitu 4 Science 1. Sebab semua subjek tambahan pun okay je. Selagi belajar, insyaAllah lah boleh. Best juga sebab dalam tu ada kawan-kawan aku seperti Batrisyia, Syahmina, Qistina, Suraya, Afiqah, Liyana H and Irfan. Ada lagi la tapi yang aku senarai ni #IbnuSinaians.
Argh. Nak cerita straight to the point je lah. Hahahahha. Okay, tadi kan baru masuk kelas. Kitaorang masuk lambat sebab dapat buku lambat. Masuk lambat suka hati je tau sampai Fatin turun bawah untuk panggil kitaorang. Orang lain semua bawa 25 buah buku, sampai kitaorang, 16 je weh. Mula-mula kitaorang ingat dah cukup dah lah rupanya ada 25. Taknak banyak lagiiii.
Then cikgu pun cerita blabla itu ini dan sebagainya. Sampai lah time undian ketua tingkatan dan penolong. Awkward gila ! Budak perempuan Ibnu Sina macam strangers. Macam kitaorang ni penumpang duk kelas orang. Or even worst, macam kitaorang ni tak wujud. Tapi takde siapa macam kisah pun, termasuk kitaorang, so kitaorang pun buat tak tahu je lah. Alaa, undian je pun. hahaha.
Itu je lah salah satu situasi yang hendak di-share-kan. Bukannya marah dorang ke apa, jangan salah faham. Cuma perasaan awkward lah bila berpecah dengan budak-budak Ibnu Sina. Kitaorang dah tiga tahun bersama, dah kenal saling mengenali, dan sebagainya lah. Orang lain memang lah dah pernah naik turun kelas apa semua jumpa kawan baru kann.
Lepas tu, bila dah duk sorang sebak pasal tak sama dengan budak Ibnu Sina, teringat pula dekat ustazah Husna apa semua. Ujian Allah kali ni betul-betul ujian lah.
*Suddenly, I'm speechless*
Semoga Allah permudahkan segala urusan. Apa yang dah berlaku ni pun, yang terbaik untuk diri sendiri sebab Allah is the best planner. Semua benda yang berlaku ada hikmahnya dan Allah takkan uji hambaNya kalau kita tak boleh nak hadapi.
Kali ni post sebab nak sangat meluahkan apa yang ada dalam hati. And kali ni juga bila dah luahkan, tak rasa lega. Still rasa sakit dekat hati tu. Bukan sakit hati tapi rasa macam kesedihan. Haha. And laaaastly, sorry sebab asyik cakap pasal Ibnu Sina. That's why I said that love is blind. My love toward IbnuSinaians
P/s : Yay esok 4 Januari. Yay esok boleh enjoy