Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, October 15, 2013

Fashion Show !


Assalamualaikum !

Now aku dah habis peperiksaan PMR :) Dah lama habis. Last paper pada 9 Oct, paper Arab. Alhamdulillah purata untuk semua paper tu, boleh la jawab. Masa 8 Oct tu, semua orang yang dah habis, bukan main happy siap sorak bagai. Sampai aku time 9 Oct tu, keluar dari dewan peperiksaan pun nervous dan seram sejuk. Rasa macam takut sangat. Dah habis jawab pun, resultnya macam mana kan? :/

Apapun kena lah kurangkan risau. Banyakkan berdoa dan bertawakal sebab kita sebagai calon-calon PMR 2013 dah buat yang terbaik :)

So, seperti gambar dan tajuk di atas.. Sekolah aku ada menyediakan khas 'Program Pasca PMR' untuk semua calon PMR. Banyak lah aktiviti yang disediakan untuk kitaorang. Yelah, kitaorang dah tak study dah untuk tahun ni kan. Form lain pun ada final exam.

10 Oct, ada program pemulangan buku teks dan layan movie :D Movie Nanny McPhee and KL Zombi. Best lah juga kann.

11 Oct, ada fashion show and IQ twister. Okay ni yang nak cerita lebih ni. Fashion show tu, satu group 7 orang. Group aku, Nurin, Nazzatul, Afila, Batrisyia, Anisa, Liyana D dan aku. Nama group kitaorang RIFBAYS - gabungan nama kami. Nurin yang jadi model dan kitaorang berenam kenalah hias dia. Unexpectedly, kitaorang semua bekerjasama. Nurin jadi model pun tolong bagi idea tau. Keputusannya, tunggulah 1 Nov nanti ;)

IQ twister pula kena ada 6 orang dalam 1 group. Ahli aku sama je la cuma Afila takde. Permainan dia kena lawan buat benda puzzle tu, siapa siap dulu dia lah menang. Alhamdulillah juga dua kali kitaorang menang tapi tak sampai final lagi sebab masa tak cukup. So aku pun taktahu lah.. haha..

Tak sabar lagi dengan aktiviti-aktiviti seterusnya. Esok pun dah ada aktiviti best tau tapi aku tak datang sekolah esok. Aku pergi follow keluarga aku bercuti di Sabah. Excited derr. Tunggulah macam mana pula ceritanya. Byee :)