Tuesday, August 13, 2013
Raya?
Assalamualaikum :)
Masih tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam terutamanya saudara-mara dan rakan-rakan. So, best raya? Duit raya banyak tu, bagi lah aku sikit. Sharing is caring apa. Hahaha. Bagi yang tak best tu, relax dan sabar. Ada hikmah tu..
Raya aku... Hmm.. Boleh lah kan daripada tiada sambutan langsung. At least dapat makan dan berjumpa dengan saudara-mara kan? :) Alhamdulillah..
Aku pelik sebenarnya sebab tahun ni macam lain gila. Macam semuanya berubah. Aku bukan aku lagi. Eh, pelik je bunyi. Haha. Tahun ni aku tak banyak makan tau. Sebenarnya balik petang setiap kali persekolahan tu benda biasa sebab semua tu since form 1 tapi tahun ni aku rasa macam baru first time balik petang. Asyik doa balik pukul 1.50 je -.-
Dah semangat nak balik pukul 1.50, memang takde semangat nak belajar lah kan. Belajar sekarang pun lewat malam. Tidur lambat. Bangun pun setakat sempat. Sampai sekolah lambat. Ergh ._. I just don't know why...
Puasa tahun ni, first day Ramadan tu kan, aku berbuka puasa pukul 9 malam. Serious weh tak lapar. Lapar la juga sebenarnya tapi rasa taknak makan (macam orang nak bunuh diri je kan). Bila dekat sekolah, kawan aku semua lapar. Aku? Fikir sendirilah.
Dah puasa macam tu, raya apatah lagi. Takde semangat langsung... Rasa macam tak raya pun :/
Yeah, maafkan aku sebab jadi macam ni. Jangan lah kawan-kawan aku benci/sakit hati/terasa dengan aku pula. Aku pun tak tahu kenapa weh. Perangai aku memang teruk ah sekarang
:)