Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 4, 2013

Kakakku Oh Kakakku !


Hello again and again. Third post for today. Hee.

This is my sister or sistar. Haha. Comel kan? Tapi dia ni gedik, pembuli, jahat. Muahahha. Okay-okay. Kutuk dia sampai bila takkan habis en. Nak cerita kisah 2 Jun 2013 sebenarnya.

Macam aku pernah post dulu, kakak dan abang aku nak masuk universiti sudah. So, tarikh 2 Jun itu merupakan tarikh kakak aku meninggalkan aku tidur sorang-sorang. Yeah, aku selalu tidur dengan kakak aku. Now, me is alone.

Pada pagi ahad tu, pukul 6.30 dah bertolak dari rumah. Agak kelam kabut especially kakak. Dia nervous plus sedih en. Kakak aku cakap "Kenapa semua orang kelam kabut je hari ni?" Dalam hati aku, padahal dia seorang je...

Sampai dekat universiti kakak yang terletak di Perak tu pada pukul 8 lebih. Macam tepat pada masanya lah kan sebab masa tu pendaftaran baru nak buka tapi.. Ayah aku da membebel macam-macam sebab dia cakap kita lambat. Dia membebel sebab masa kitaorang sampai tu, dah banyak sangat kereta dekat universiti tu.

Selepas selesai daftar, letak barang dalam bilik apa semua tu lah kan, kitaorang pun pergi breakfast. Bukan berenam tapi bertujuh. Dengan abang Meor sekali. Aku tak makan pun dekat kedai tu. Air pun manis macam nak sebarkan penyakit. Hahah

Lepas breakfast, kitaorang pergi ke universiti abang aku pula. Bukannya hantar dia cuma saje nak melawat sebelum dia pergi. Haha. Lepas tu pergi ke satu restoran ni and kakak aku sorang je yang makan time tu. Aku dengan abang aku memang dari awal pagi tak makan apa-apa. Aku mamai masa ni tau dan mula sakit perut -.-

Then, ingatkan nak pergi McDonald's tetapi tak jumpa and takut kakak aku dah lambat sebab pukul 4 dia kena ada dekat sana, kitaorang pun kembali ke universiti kakak. Woah. Dekat sininya berpisah. Aku ada suruh ayah aku tangkap gambar. Nah,


Dan gambar ni jadi Default Picture Facebook aku. Hee. Belakang tu sebenarnya bangunan asrama dia. Lepas tinggalkan kakak, kitaorang pergi makan dekat McDonald's yang agak dekat dengan universiti kakak then balik ke KL. Sampai pukul 7 lebih la juga sebab jem. Dah laa aku sakit perut gila gila time dalam kereta. Hanya mampu bertahan :/

Lastly, sekarang dah dua malam aku tidur tanpa kakak. Masih bahagia. Nanti rindu la tu. Macam aku tak kenal diri aku pula kan.. Haha. Oh ya, sekarang en, adik aku makin rapat dengan aku. Dulu aku selalu suruh dia cerita macam-macam tapi dia taknak. Now kakak kesayangan tercinta dia dah takde baru nak cerita dengan aku. Aku pun layan je la kan. Adik sendiri :p


Barang untuk pergi ke asrama. Barang abang aku sekali, sebab tu semuanya double.


Ni gambar masa keluar tengok wayang cerita Fast and Furious 6 tu. Last keluar bersama lah katakan.


Gambar time pergi satu pantai dekat Pahang. Pantai ni private tak silap. Gambar ni aku yang tangkap. Kakak aku tengah melompat tuuuuu. Hahhaa.