Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, June 22, 2013

Abang oh abang


Hello again..

Ergh.. Susah bebenor nak cari gambar abang aku ni. Maksud aku, gambar yang sesuai lah. Banyak gambar candid dengan tak pakai baju je xD hahaha

Okay ni nak cerita kisah yang dah lama. Kisah 9 Jun. Sekarang pun dan 21 Jun. Hahaha. 9 Jun tu tarikh abang aku mula duduk dekat universiti dia. Semuanya bermula time hari Sabtu, 8 Jun. Pukul 9 pagi macam tu kot bertolak ke Perak. Mula-mula pergi dekat universiti kakak aku dulu. Ambil dia dekat situ then gerak ke universiti abang aku. Dua-dua dekat negeri yang sama. Jauh pun, takdelah jauh sangat...

First yang kitaorang buat ialah check in dekat satu resort ni. Line teruk sangat. Nak mesej punyalah susah tapi line internet bagus dan terbaik. Cuma aku xnak online, nak mesej. Hahaha. Seperti tersedia maklum dekat Perak ni memang panas nya hanya siapa yang pergi je tahu.

Lepas check in, kitaorang breakfast dalam bilik hotel jap walaupun sebenarnya dah pukul 1 tak silap. Hehe. Lepas semua dah siap solat apa semua, kitaorang pergi ke Pulau Pangkor. Alang-alang datang Perak, melancong lah sekali...

Beberapa gambar time dalam feri,





Taktahu kenapa tapi gambar aku dengan abang aku adalah gambar yang paling aku suka. Ngehgeh.. Semuanya gambar dalam feri. Sampai je dekat Pulau Pangkor, kitaorang jalan kaki pergi satu restoran ni. Boleh tahan jauh tapi takpe.. Makanan dia sedap-sedap semuanya :D

Lepas makan straight naik feri and kembali ke resort semula. Ada lah jalan-jalan and beli sikit-sikit tapi itu tidak penting :P Kemudian, bermalam dekat hotel mcm frust gak sebab tak boleh mesej. Last-last tertidur xD Keesokannya aku bangun awal gila sebab alarm phone kuat sangat. Dekat rumah taknak kuat pula en. Takde lah aku sampai sekolah lambat. Hahaha

Pukul 7 dah bertolak ke universiti abang aku. Takdelah jauh sangat. Cari restoran pun tak jumpa. Duduk dekat universiti bosan gila. Dah lah takde orang. Pendaftaran lambat lagi -.-


Handsome kan abang aku? Hehe :P Itu pun sebab first day. Hari lain mesti takdenya macam ni.. Tahu dahh. Hahahhaa. Lepas lama gila tunggu tu, pendaftaran buka laa. Pelajar yang kena daftar sendiri. Ibu bapa kena duduk dekat satu dewan ni. Bosan, again -.-

Lepas abang aku habis daftar, kitaorang malas nak tunggu so pergi breakfast. Cari lah lagi mana-mana restoran yang buka en. Lepas makan datang balik dekat universiti tu. Ramai sangat orang. Kerusi pun dah penuh so terpaksa lah berdiri..







Aku duduk bersila dekat bawah tu sampai tertidur. Hehe. Then katanya pukul 1 baru habis semua tu tau. Alhamdulillah, nak dekat pukul 12 macam tu dah boleh masuk bilik masing-masing. Bilik abang aku kongsi dua orang je. Bukan macam kakak aku sampai empat orang en. Then rehat dekat situ lama-lama. Lawak pun ada lah kan.. Pukul berapa tah baru bertolak ke universiti kakak aku then balik ke KL semula..

Sampai rumah malam. Aku siapkan apa-apa yang patut then tidur. Esok sekolah ! :)