Assalamualaikum,
Mungkin dah lambat untuk aku cerita pasal hari Isnin tetapi banyak gila benda yang berlaku yang aku tak boleh nak lupa. :)
Firstly ada perhimpunan dan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan. Aku tak tahu lah kenapa tetapi masih pagi lagi aku dah merepek kuat gila. Anisa gelak gelak gelak. Kesian dia :P Pengsan dan jatuh dekat sebelah kanan tu :P Hahaha, kejam pula aku.
Lepas tu kelas KHB. Kelas aku sepatutnya naik atas tetapi aku dengan Liyana D lepak dekat bawah bersama-sama dengan kelas Anisa. Yana baca sajak lah menyanyi lah. Hehe. Bila masuk kelas, cikgu dah mengajar dah. Hehehehehe..
Lepas tu math. Belajar pasal miNOR dan buuulaaat. <-- terserlah kejahatan Ana. Lepas tu rehat. Masa rehat Batrisyia cerita pasal Rumpelstiltskin yang dia tengok dekat YouTube. Lepas tu naik dan pergi lab belajar Science.
Ni yang syok ni. Masa tu cikgu nak buat experiment. Disebabkan experiment ni agak bahaya lah untuk budak-budak nakal macam kami, so cikgu buat dekat depan dan kami tengok. Aku pula ditugaskan untuk record apa yang perlu laa. Aku tak focus sangat dengan apa yang cikgu cakap sebab kawan-kawan aku kacau. Haha. Lepas habis semua experiment tu, cikgu suruh aku bacakan jawapan dan berdiri di depan dan tengah tengah. Haish~ Malu gila. Nak tak nak buat je lah. Sejujurnya, seikhlasnya dan setulusnya aku ada pelat. Budak lelaki annoying gila dan buli aku. Huh~!!! >.< Tahu lah aku pelat, diam sudahlah.
Lepas dah siap bacakan jawapan, aku pergi lah duduk balik di sebelah Anisa itu. Aku suruh Anisa, Batrisyia dan Liyana D pegang tangan aku. Sejuk weh seriously sejuk. Kemudian, Liyana D berkata,
"Baru berdiri dekat depan tu dah sejuk macam ni. Kalau kahwin dengan Ansar nanti macam mana lah"
HOHOHO. Merry Christmas. Eh, Christmas lambat lagi eh? Ohhh. Hahahha. Batrisyia pun ada cakap "Cuba kau bayangkan kalau Ansar yang bacakan jawapan dekat depan tu. Mesti kau dah ...." Aku tak ingat. Tetapi gila weh. Gilagilagilagilagilagilagilaansargilagilagilagila. *EhAdaNamaTerselit :P
Lepas Science kan naik kelas. Dalam kelas ada lah seorang ni ejek aku. Aku merajuk dengan dia so aku pergi la belakang dekat Anisa dan Liyana D. Sekali Anisa perasan yang air mata aku bergenang. Cehhh. :P Sabar je lah.
Lepas tu belajarbelajar. Masa KKQ ngantuk gila -.-'