Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 23, 2012

My Birthday ^.^V


Aku nak cakap terima kasih banyak banyak dekat siapa yang wish birthday aku especially yang ingat. Walaupun dah masuk 17 Ogos masih ada yang wish. Thank you :') Aku nak minta maaf dekat kawan-kawan aku sebab korang nak wish apa semua tetapi aku takbagi. Hehe. ByTheWay, aku tiada hak nak halang korang kalau korang nak wish. Kan? So, korang tahu siapa first wisher aku untuk tahun ni??

Anisa Irdina

Hee. Thank you Nisa..! :D Siapa yang takdapat tu, relax lah. Aku pun tidur awal. Lepas tu, tahun ni ramai yang wish tau. Aku kan tidur awal. Handphone aku memekak pagi pagi buta. Kakak aku nak tidur pun tak senang. Kesian dia. Kakak aku cerita, bila handphone dia dah pukul 12 pagi tepat, dia ada nyanyi lagu 'Happy Birthday' tu tetapi aku takdengar sebab aku dah tidur. Muehehehe.

First wisher,

di Facebook --> Nurul Afila
di Twitter --> Nur Qistina Huda
di Blog --> Haris

Lagu satu cerita, handphone aku dari pukul 12 pagi sampai 12 tengahari. Memekak je. Tak reti nak diam. So, adalah yang wish berhampiran pukul 1.21 pagi ni.. Iaitu,

Mohd Ansar

LOL. Tak sangka langsung ada juga yang wish berdekatan dengan 1.21 pagi. <-- Waktu aku lahir :D

Again thank you kepada yang wish.
Anisa, Amienzi, Iffah, Amir, Nurin, MA, Liyana D, Emak, Batrisyia, Atiqah, Qistina, Syahmina, Lutfi, Hazim, Afila, Liyana H, Mahfudzah, Fatin Nabilah, Kak Yaya, Haris, Suraya, Kak Aznida, sepupu aku dan sebagainyalah. Thanks ! :)

Tuesday, August 7, 2012

Selasa.. Eh, its today :)


Today I feel crazier. I jumped, I shouted, I ran, I laughed and maybe there's more than this. I don't know why, I'm superhyperduperactive. Macam-macam berlaku weh. Heeeeeeeee, the best part is MA yang saya sayang berdiri sebelah saya. :D Malu tak malu gua rasa nak pengsan kejap. hehehehe. K,bye :D

Monday~

Assalamualaikum,


Mungkin dah lambat untuk aku cerita pasal hari Isnin tetapi banyak gila benda yang berlaku yang aku tak boleh nak lupa. :)

Firstly ada perhimpunan dan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan. Aku tak tahu lah kenapa tetapi masih pagi lagi aku dah merepek kuat gila. Anisa gelak gelak gelak. Kesian dia :P Pengsan dan jatuh dekat sebelah kanan tu :P Hahaha, kejam pula aku.

Lepas tu kelas KHB. Kelas aku sepatutnya naik atas tetapi aku dengan Liyana D lepak dekat bawah bersama-sama dengan kelas Anisa. Yana baca sajak lah menyanyi lah. Hehe. Bila masuk kelas, cikgu dah mengajar dah. Hehehehehe..

Lepas tu math. Belajar pasal miNOR dan buuulaaat. <-- terserlah kejahatan Ana. Lepas tu rehat. Masa rehat Batrisyia cerita pasal Rumpelstiltskin yang dia tengok dekat YouTube. Lepas tu naik dan pergi lab belajar Science.

Ni yang syok ni. Masa tu cikgu nak buat experiment. Disebabkan experiment ni agak bahaya lah untuk budak-budak nakal macam kami, so cikgu buat dekat depan dan kami tengok. Aku pula ditugaskan untuk record apa yang perlu laa. Aku tak focus sangat dengan apa yang cikgu cakap sebab kawan-kawan aku kacau. Haha. Lepas habis semua experiment tu, cikgu suruh aku bacakan jawapan dan berdiri di depan dan tengah tengah. Haish~ Malu gila. Nak tak nak buat je lah. Sejujurnya, seikhlasnya dan setulusnya aku ada pelat. Budak lelaki annoying gila dan buli aku. Huh~!!! >.< Tahu lah aku pelat, diam sudahlah.

Lepas dah siap bacakan jawapan, aku pergi lah duduk balik di sebelah Anisa itu. Aku suruh Anisa, Batrisyia dan Liyana D pegang tangan aku. Sejuk weh seriously sejuk. Kemudian, Liyana D berkata,

"Baru berdiri dekat depan tu dah sejuk macam ni. Kalau kahwin dengan Ansar nanti macam mana lah"

HOHOHO. Merry Christmas. Eh, Christmas lambat lagi eh? Ohhh. Hahahha. Batrisyia pun ada cakap "Cuba kau bayangkan kalau Ansar yang bacakan jawapan dekat depan tu. Mesti kau dah ...." Aku tak ingat. Tetapi gila weh. Gilagilagilagilagilagilagilaansargilagilagilagila. *EhAdaNamaTerselit :P

Lepas Science kan naik kelas. Dalam kelas ada lah seorang ni ejek aku. Aku merajuk dengan dia so aku pergi la belakang dekat Anisa dan Liyana D. Sekali Anisa perasan yang air mata aku bergenang. Cehhh. :P Sabar je lah.

Lepas tu belajarbelajar. Masa KKQ ngantuk gila -.-'

Wednesday, August 1, 2012

Monday, Tuesday and Wednesday

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak update blog kan? Aku rindu blog :3 Tu je problem bila dah lama tak online. Bukan busy cuma laptop asyik full je. Semalam masa aku nak buat surat yang pasal Melaka tu, aku curi laptop yang adik aku tengah guna. Kesian pula dekat dia. hehe.


Pasal hari Isnin dan Selasa, woah ! Ada banyak aku nak cerita tetapi, biar je lah. Jadi karangan 1000 patah perkataan pula kan. :P Apa-apa pun, hari Isnin dan Selasa aku jadi active. Ketawa dan berlari-lari bersama Anisa, Batrisyia dan Liyana D. Macam budak kecil je kitaorang ni. Time gelak tu, dah tak control suara dah. Aurat semua, haish. Haha. Sekarang, kami berempat jadi adik-beradik dah. Anisa pertama. Batrisyia kedua. Aku ketiga dan Liyana keempat. Kitaorang tak ikut birthday tau kalau ikut birthday, aku mesti youngest. :D

Hari Rabu, aku tak tahu nak describe macam mana. Muehehehehehehhehehe. #EvilLaugh Aku pendekkan cerita. Fokus pasal ThatBestMoment jee. Okay?


Macam biasa lah aku kan suka jalan-jalan. Kalau ikutkan cikgu, suruh main dam atau chess je. Degil macam ni lah. Nak main congkak juga :P Cikgu pun bagi pergi stor sukan. Cikgu suruh pergi berdua tetapi kami pergi berenam. Kedegilan terserlah. Lepas dah ambil tu, cari batu seremban tak jumpa jumpa. Tengah memekak dalam stor sukan tu, datang beberapa budak 2 Suria. Okay je lah. Sekali ada MA. :/ Terdiam aku. Straight jadi baik. Hahahaha.

Lepas tu, aku keluar lah. Then, Anisa nak juga cari batu seremban sebab orang yang suruh kaan. Masuk balik cuba cari. Bukan jumpa pun :P Tengah beramai-ramai macam dekat pasar depan bilik stor tu. MA, Hazim & Mutalib lalu lah kan. Mutalib cakap ayat glamour dia tu. Sekali MA pusing belakang dan cakap "Love you". Okay stop happy for a while. Aku nak cakap something ni. Setiap kali dia tegur aku, aku rasa nak jerit je. Perasaan yang over happy, maybe. Now, dia cakap 'ly' ni. Aku jerit weyh. Semua kawan-kawan aku cakap, "Eh, tadi kau jerit kan?" Hahaha. Aku bukan senang nak menjerit ni tetapi tadi seriously tak boleh tahan. :D

Today I feel sooooooooooo happy lah sis ! Happy + crazy. Dah dah. Aku tak nak merepek lah. Bye :)