Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, August 31, 2014

Augustus

Hello :)

So this post is all about August.

3 Ogos
Happy Birthday Amienzi ! Tarikh pulang ke asrama. Aku homesick ._.

4 Ogos
Badmood day. Homesick gila. Dah lah first day exam. Ada exam Chemistry pula tu ! Payah.. Payah..

8 Ogos
Woah finally. Exam dah habis. Petang tu pula takde prep. Rehat secukupnya. Malam tu pun takde prep sebab form 4 (Ultimaters) ada kem bersama alumni. Kem SMART' 14. Malam tu just ice breaking dan kenal-kenalan je. Aku kumpulan 4.


6 lelaki, 8 perempuan dan Kak Naimah sebagai fasi kami. Faris sebagai ketua kumpulan plus penghulu. Hidayah sebagai penolong ketua kumpulan.

9 Ogos
Bangun pukul 4 pagi. Mandi dalam kesejukan yang memang sejuk. Dah lah time tidur lupa nak selimut so memang triple sejuk. Hahaha. Then pukul 5 macam tu dah pergi surau untuk qiamullai.

Most budak perempuan dah sampai. Tunggu budak laki sampai dah nak Subuh tapi tak sampai-sampai. Rupa-rupanya pelajar lelaki tak dapat nak qiam sekali sebab pagar mereka belum dibuka. Hahah kesian. So perempuan je la ber-qiam then solat subuh then breakfast. Pukul 8.30 kena ada dekat Dataran. Lepas breakfast tu, aku sempat lagi tidur. hahah

Lepas dah semua berkumpul di Dataran mengikut kumpulan, activity first sekali ialah Explorace. Macam-macam laa kitaorang kena buat itu ini. Kena pergi station situ sana sini. Kena lari-lari. Penat wehhh. Alhamdulillah group aku sporting je semua. Buat apa-apa pun semuanya dalam keadaan having fun lah kan. Then petang tu pula kitaorang ada presentation. Nama group ikut nama tokoh. Group aku pasal siapa pun aku dah lupa nama. Hahah teruk gila aku. Lepas presentation tu, semua kena berkumpul balik then buat aktiviti ringan-ringan je la. Contohnya, Ular Sawa and Pulau Lanun. Pulau Lanun ni aku dah pernah main time Kem Kepimpinan time bulan May dulu. Hmm, aku tak pernah cerita kan? Ke pernah? Entah aku dah lupa. Haha.

Untuk malam tu pula, kitaorang just duduk dalam surau and borak-borak antara group. Tanya macam-macam soalan dengan Kak Naimah. Lelaki aku taktahu lah dorang buat apa sebab time ni aktiviti mengikut jantina. Haha.

10 Ogos
Happy Birthday Muhammad Syazwan bin Mohammad. Argh rindu gila dekat 'abang' aku ni. Lama tak jumpa.
Untuk kem SMART' 14, just majlis penutup je. Penyampaian hadiah pun sekali lah. Group aku dapat nombor 4 and dapat hamper. Semua dapat hamper, yang bezanya size laa. Masa ni baru aku tahu ketua aku tu terlebih adil orangnya. Setiap jenis makanan dan minuman semuanya dia cakap "Kena bahagi 14. Aku tak kira makanan apa pun kena juga bahagi 14". Something like that laa ayatnya. Conlusion, kami buka dan makan bersama-sama. So at least semua dapat merasa. Hahah. (Even Toki yang kecil tu pun kongsi 14 orang !)

Program tu habis dalam pukul 11.30 lah juga. Pukul 1 tu aku outing bersama kakak aku dan abang Meor. Yes ! Kakak aku datang ke Perak, oh yeah. Disebabkan kakak dah nak balik ke KL pukul 4 petang tu, so kami dapat outing ke RTC Gopeng je. Aku redha.. Haha. Pukul 3 dah balik ke asrama dah. Semua macam.., "Eh kejapnya Syara outing"

11 - 15 Ogos
Nothing much. Study pun tak sangat sebab ada yang bincang paper. Kan exam Ujian Selaras II baru habis en. Setakat ni, markah aku semua menurun kecuali BM dan PI. Alhamdulillah lah kan.. And entah mengapa minggu ni aku agak sedih. Sampai time 15 Ogos tu memang aku ada menangis pun sebenarnya. Buat malu je. Kahkah


16 Ogos
Hmm.. Well it's the very special day for me. Hari yang sangat sangat sangat aku nantikan. Kalau ikut orang putih, 16 tahun ni lah dorang dah masuk remaja en tapi bagi aku, 16 tahun ni paling favourite sebab aku suka nombor 16. Haa itulah reasonnya kenapa hari yang amat aku nantikan..

Aku kan dah duduk dekat sekolah baru. Siapa je nak tahu birthday aku selain Batrisyia. #AyatSedih Aku dah bagi amaran keras dah dekat Batrisyia supaya jangan bagitahu sesiapa pun. Hmm macam laa Batrisyia takut dengan amaran aku tu. Haha.

Kita mula dengan time 2300 hours (15 Ogos). Masa tu baru balik dari prep. Normal lah kan, letak bag dekat bawah, buka tudung, handsock, stokin dan sebagainya. Then atas katil aku ada setengah roti pizza, setengah tiramisu dan sekeping nota. Cehh macam lagu Alleycat.

"Ada sekeping nota
Ku jumpa di atas meja katil"

Aku pun sengih sorang-sorang. Ada juga terfikir lelaki mana bagi en tapi takkan lelaki masuk aspuri pula? Buka kertas tu then aku duduk dekat lantai.

"Ni setengah roti pizza dan setengah tiramisu. Lagi setengah Kak Mira dah makan. Semoga sudi terima yang tak seberapa ni"
Lebih kurang laa ayat dia. Aku bukannya ingat sangat. Aku senyum sorang-sorang then pergi jumpa Kak Mira and sengih macam kerang busuk lepas tu cakap thanks. Kak Mira macam biasa buat muka garang dia. Kak Mira ni penolong ketua dorm aku tapi kami satu dorm panggil dia 'Mak' sebab dia memang macam mak. Dia laa yang akan membebel kalau dorm bersepah apa semua. Yes seriously thank you Kak Mira. Love you !

Aku fikir Kak Mira bagi ni saje-saje je sebab aku pernah minta dia belanja aku. Aku main-main je tapi dia dah bagi aku terima je lah. Bukan selalu. Hehe.

0000 hours. Memang setiap kali birthday aku, aku akan tidur awal sebab aku taknak layan orang-orang yang akan wish .HAHA sorry aku memang jahat. Ada laa lagi reasonnya en. Masa tu aku syok sangat berborak dengan Tini. Bila dah dekat nak pukul 12, aku minta diri sebab nak tukar baju then nak tidur. Masa tu la baru teringat nak buat itu ini pula en. Suddenly..

Kak Atie peluk aku then kacau-kacau aku. Normal things. Dia memang suka buli orang. Haha. Aku layan je laa en. Borak-borak dengan dia and still di peluk oleh Kak Atie. Then aku ada nampak Batrisyia dan Hanisah masuk dorm aku. Ada juga Zura, A'in dan Alia. Ramai tiba-tiba. Aku tak layan sangat sebab Kak Atie still peluk aku. And at that time laa..

Adik-adik dorm kesayangan aku serta kakak-kakak dorm plus Kak Atie baling bedak dekat aku. Then nyanyi lagu Happy Birthday. Then aku terkejut sangat then terharu then nangis. Semua orang gelakkan aku and cakap aku 'comel' pakai bedak. Hahahahhahaha malu tapi kelakar.

Aku nangis bukannya apa tapi aku tak sangka langsung dorang akan buat macam ni dekat aku. Aku tak expect. Dalam hati aku, "Aku ni budak baru dekat sini. Siapalah aku untuk diingati tarikh lahirnya. Siapalah aku untuk di-celebrate-kan birthdaynya" And aku harap sangat family aku ada dekat sisi aku time ni. Mereka je yang celebrate birthday aku. Sebab tu laa aku sedih satu minggu. Aku rindu mereka dan berharap. Kakak aku first wisher aku selama bertahun-tahun dan mak akan bagi hadiah yang memang aku suka sangat. So this year aku tak dapat semua tu that's why aku sedih.

Malam tu juga ada kakak-kakak dorm aku peluk aku. Argh aku terharu dengan peluk-peluk ni. Malam tu juga aku wangi ! hehe :D Oh btw Kak Zu dah cakap celebration ni semua dari dorm Zamrud 2 tercinta. Batrisyia ke Hanisah ke Zura ke dan semua semua tu watak sampingan yang KEBETULAN ada dalam dorm. Masa ni rasa sayang sikit dekat dorm, eceh. Penipuan.

*To be continued*

Raya di Bangi



Assalamualaikum w.b.t

Raya dah habis tapi aku baru nak cerita. Hahaha. Biarlah. Kenangan...

Tahun ni raya dekat belah mak (Paka). Belah mak ke belah ayah ke sama je. Sebab belah ayah pun dekat Kerteh. Haha. Disebabkan time raya tu ayah tengah cedera, sakit kaki, so tak beraya sangat pun. Setakat duduk dekat rumah Tok dari pagi sampai ke malam sampai ke pagi dan asyik makan online blabla. Not very fun laa. Normal. Then duduk dekat kampung pun tak puas. 4 hari je... Dah kena balik KL hari Rabu tu.

Sedih sedih pun masih ber-enjoy. Kihkih. Hari Khamis tu keluar pergi shopping. Hari Jumaat pun. Hari Sabtu pun. Sabtu ni lah climax of the story. Eceh. Pengaruh subjek English.

Sabtu tu kitaorang pergi ke Bangi naik KTM. Nak beraya dekat rumah Ummi tercinta iaitu Puan Nurul Husna. Hehe. Kitaorang excited sangat sampai bertolak awal tapi suami ustazah pick up kitaorang dekat stesen tu dalam pukul 12 lebih laa. Lambat sebab ustazah kata dia tak habis masak lagi. Rumah ustazah memang besar dan best gila lah. Jakon kitaorang. Sampai-sampai tu memang lepaskan rindu, peluk peluk dengan ustazah then makan. Ada 4 jenis makanan. Semuanya ustazah dan suami dia masak. Homemade gitu. So kitaorang pun makan sama-sama lah kan. Hehe. Ada nasi Arab, nasi impit dan sate ayam, spaghetti dan mee rebus. Semua sedap :D

Dalam pukul 3 or 4 lebih kot baru kami bergerak pulang. Lama juga naik KTM tu en. Maklum laa jauh.. That time laa kami berpisah kembali. Budak lelaki semua stop dekat Midvalley. Nak main bowling dan tengok wayang tak silap. Kami budak perempuan ni nak ikut tetapi dah lewat. Takkan nak balik malam en? Mahu mak dan ayah denda tak bagi keluar dah. Hahah. So kami semua stop dekat KL Sentral lah.

Disebabkan masa tu baru pukul 5 so kami jalan-jalan lah dulu. Best gilaa. Memang perangai gila-gila macam dulu keluar. Qis buat video apa semua. Hahahahahhahahah serious kelakar dan seronok. Then semua pun nak balik la pula naik LRT Putra. Dekat sini la pula di mana aku akan berpisah dengan dorang. Kan aku pindah rumah so rumah aku terjauh sikit. Rumah dorang semua dekat Taman Melati. Ha ni nak cerita ni.

Masa nak naik escalator tu, aku naik dulu dengan Qis kot. Aku pun dah ingat lupa. Then tunggu yang lain dekat atas je. Time dorang semua sampai, train pun dah sampai. Lepas semua dah masuk tu tiba-tiba Batrisyia tanya..

"Eh ana bukan kau nak stop dekat Masjid Jamek ke?!"

At that time memang aku panic gila. Aku lupa gila. Jalan syok sangat. So aku pun keluar dari keretapi tu then time nak turun ke escalator tu tiba-tiba terfikir. Sebenarnya aku tak salah train pun. Batrisyia yang salah sampai panic kan aku. Bila aku sedar tu aku cepat-cepat u-turn and masuk LRT balik tapi ikut pintu yang lain. Aku masuk je straight pintu tutup. Fuhh sempat xD Then aku pun bergerak la nak pergi dekat kawan-kawan aku balik.

Dorang semua tengah gelabah masa tu sebab baru sedar Batrisyia salah cakap. HAHAHA lawak gila. Bila dorang tengok aku ada dalam train tu, semua terkejut then siap peluk peluk bagai. Batrisyia paling cuak sebab dia cuakkan aku >.<

Kenangan oh kenangan.. Dah sebulan berlalu tapi bila ingat balik still nak gelak. Kihkih
















Wednesday, July 30, 2014

Monthly Post


Assalamualaikum.

Yo ! Long time no see. Hahax. Kalau ikutkan aku, banyak sangat aku nak cerita. Aku nak cerita pasal aku punya program dekat sekolah. Banyaaak.. Tapi sekarang, macam dah banyak sangat cerita. LOL hahaha. Padat pula isi dia nanti. Bukannya ada yang baca pun. So aku singkatkan ;)

First week (16 June - 21 June)
First week is TOT week. TOT is Temasya Olahraga Tahunan a.k.a. Hari Sukan laa. Aku terlibat dalam acara 4x200m and 200m and Cheers. Cheers ni macam senamrobik la juga tetapi lain sikit. Jangan la gelak macam kawan-kawan aku gelakkan aku bila mereka tahu aku masuk Cheers. Aku ditugaskan untuk mengajar je sebenarnya tetapi dah tak cukup orang, so terpaksa masuk sekali. Sadissegaraga. Memang minggu ni penat gila lah. Pagi sekolah, petang buat itu ini and practice and sometimes even dah malam pun practice. Dan macam biasalah kan mesti ada rumah lain yang tiru so kena la fikir idea baru. Sampai tidur pukul 2 pagi termasuk dengan rutin harian di asrama, iaitu basuh baju. Penat tu memang tolak tepi laa. Time TOT kakak aku datang :D Dia ada lah rakam. Hehe. Lepas habis je TOT lebih kurang pukul 12 tengahari, kakak pun balik dan aku pun tidur sampai pukul 5 petang. Topup tidur. Hahaha.


Memang semua ahli cheers (20 lelaki & 20 perempuan) akan pakai macam aku ni. Paling malu, skirt ._. Hahaha. Semuanya buatan sendiri.

28 Jun 2014
Time ni, 30 Ramadan. Aku ikut Batrisyia outing. Balik kampung dia di Simpang Pulai. Aku nak ikut sebab aku fikir aku dapat online whatsapp dan dapat berwhatsapp dengan mak aku tapi hampreh punya celcom. Internet macam hape. Nasib baik lastly tu mak aku call. Tu pun buat malu je otp dalam kereta pakcik Batrisyia. Keluar semua perkataan Terengganuku. Hahahah.

4 July hingga 6 July aku balik rumah ^_^

12 July 2014
Pertandingan Olympiad. Susah weh susah. Headshot di kepala -.-

Tu je kott. Ada lagi aktiviti-aktiviti yang lain tapi malas nak cerita sebab tak best pun :P Hahaha

Saturday, June 14, 2014

Public Phone


Nak cerita pasal Perak je tau tapi gambar bajet duduk dekat London :p

Kan sekarang duduk dekat asrama en en en. Rindu dekat keluarga and kawan takyah cerita lah en en en. So.. Dengan izin Allah, hanya public phone je dapat menghubungkan aku bersama mereka...

Aku dah tetapkan dah, setiap hari Sabtu aku akan call mak aku. Biasanya pagi laa. Kalau aku bangun lambat, pukul 10 or 11 baru call. Hehe. Call mak ni benda wajib la juga. Kalau aku nak call kawan aku sekali pun, aku akan call mak aku dulu. Sebab aku macam terfikir "kawan call, mak taknak call pula". Haa lebih kurang macam tu laa. Kita kena la utamakan mak en..

Lepas dah puas borak dengan mak, baru laa aku akan call kawan kawan aku. Yang biasa aku call, BAYS and MA je laa. Hehehehehe. Ada juga aku teringin nak call kawan yang lain especially budak ibnu sina tetapi aku tak hafal nombor :/ Sorry ya teman teman. Tapi kan, kalau call mak pagi, call kawan pun mesti laa pagi. Dah nama pun hari Sabtu, dorang mesti tak bangun dari tidur lagi.. >.< Hahahhaa

Kalau call kawan tak dapat, aku call abang aku. Tapi call abang ni bukan perkara mudah. Maklumlaa abang busy dengan dragon boatnya dengan rugby nya dengan study nya. All the best ya abang

So.. Kadang kadang aku tak dapat nak tahan rindu. Aku akan call juga kawan kawan aku tu. Biasanya malam laa lepas bacaan al-mulk. (Time tu je free ._.) Dulu, aku gilir-gilir call Batrisyia, Anisa then Liyana. Tapi sekarang Batrisyia dah jadi schoolmates aku, aku call Anisa and Liyana je laa. Jimat duit syiling aku call sikit orang xD Muahahah

Lepas call mereka, aku call MA. Hehehehe. Ni nak cerita ni.. Aku kan pemalu. Cehhhh. Memang malu gila ah takyah cakap banyak mana. Tapi masa aku mula mula duduk dekat asrama tu, aku memang rinduuuu yang teramat sangat gila nak mati (hiperbola). So, aku pun dengan bajet beraninya, aku call dia. And seriously itu adalah first time okay. First time cakap dengan dia. Debaran di dada tidak bisa ku ungkapkan xD hahahaha


Tapi tu time first time je. Second and third and kali ke berapa dah, aku better laa cakap dengan dia.. Tak rasa malu sangat. Hehe. Paling best bila dengar dia gelak. Hmm macam pelik. Tapi bukan senang tau nak dengar. Bukan macam aku ni asyik gelak susah nak henti dah macam orang gila dah rasa. Hahahaha. Sekian sahaja cerita yang memalukan ini. Byebye xDD

Reasons..


Yellow.

Aku tengah gaduh dengan perasaan sendiri sebenarnya. Dah jadi kes berat sangat so terpaksa luahkan di blog terindu. Hmm ayat sad life sungguh. Mana tak sad life nya kan... Memang sekarang aku rasa sedih. Why?

Firstly of course sebab kena balik ke Perak. So confirm juga nanti dekat Perak aku akan homesick sekurang kurangnya seminggu. Tapi aku tak dapat nak imagine kalau aku homesick time tu sebab aku ada projek sekarang ni. Projek hal cheerleaders tu laa. Sukan 21/6 weh. Sempat ke practice kalau sekarang pun macam haprak. Dengan larian lagi. Aduhhh. Frust !

Second, homeworks.. Aku malas nak buat sebab dekat rumah banyak halangan. Dekat sekolah aku rajin siapkan homework pun sebab bosan gilaa. Kalau kawan-kawan aku ajak main, confirm confirm aku tak buat homework dah tau. And confirm lagi kalau hari Sabtu tu biasanya aku tidur je. Homework terbuka and terbiar sebegitu sahaja. Teruknya aku...

Third, kehilangan. Arghhhhhhh sedih ! Aku rasa macam aku tak boleh nak hidup tanpa kucing. Aku pernah nangis dekat asrama sebab rindu kucing. Orang nangis rindu mak, aku nangis rindu kucing? Haritu kan aku balik kampung seminggu lebih so takde siapa jaga kucing aku. Tak pasal pasal kucing aku dari 11 ekor jadi 4 ekor SAHAJA. Kau bayangkan lah sendiri macam mana perasaan orang gila kucing ni. Eh, takde siapa akan faham.

Forth, cannot move on. Yeah aku tak boleh nak teruskan kehidupan aku sebagai seorang yang normal sebab aku asyik merindukan kenangan yang takkan berulang apatah diingati. Aku rindu zaman kanak kanak aku. Aku rindu kucing kucing aku yang dah takde. Tapi serious ah ni teruk sebab,


Faham en? Teruk en? Hmm..

Fifth, dahh dahh. Takde dahh. Mari kita tamatkan post ini dan mula dengan post baru dengan nada yang lebih gembira. Eceh :p