Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 7, 2019

Wo hai shi hen xi huan ni


Hello dear self. I have finals tomorrow, 2 papers. Both are killer subjects. I couldn't sleep and tonight is my last night at Cek Tu's house. I'm about to have sahur with Cek Tu's family in just a few minutes. It's weird why I can't sleep but then I remember that I always cannot sleep during my last night at home. I guess, choosing Cek Tu to celebrate 1st Ramadan is never a bad decision.

Its been like 3 months not having any rest. For these two days at 'home', I reflected my life a lot. I noticed how bad I am when confronted someone that I don't like. I just forgot how to smile or even solving a problem in a good way. Its like a thing to be sorry for, right? but then I found another quote. It said, Tuhan kirimkan kesalahan agar kau belajar sesuatu. It was kind of like that laa, I can't remember it clearly but you guys can understand it like I did right.. And there's another saying that goes, inilah masa kau dapat lihat siapa sahabat, kawan ataupun musuh kau. Yelaa, you're never in a good mood and there's still a few friends of mine that still love me (I feel blessed).

And another 'hikmah' I got just now, love is sincerity, respect and honesty. I believe love more now. You know right I still got traumatised with my history about love... Lack of trust is kind of issue.. Oh yeah so you guys can see how all these experiences make me know myself better. I have a habit to run away quickly from the things that I avoid. It seems like a good thing but I called it as a habit for a reason.. For yesterday's moment, I had a chance to see someone's sweet smile and it makes me miss someone deeply. The thing is, I avoided to see that sweet smile because I'm not strong enough to bear all my misses. Of course for now...I regret...

Well Ana, 3 months is sure a long time.. So I hope I can survive another month to back to my normal life.. Apa lah sangat ujian sekarang kalau sebelum ni kau dah hadapi ujian yg lebih sukar. Just a sentence to persuade my heart to be strong.

It's RAMADAN so don't forget to make a lott of dua. Its going to be a great month and a new chance for you to back on track. To do all the sunnahs and many more. I'm going to love myself more and appreciate my small circle of friends better. I'm going to thrive my result insya Allah amiin

I'm sorry for all the broken english. Its just that I'm used to speak with myself rather than bercakap in malay.. huhu. I hope I manage to save these hikmahs. Love youuu (which is myself), goodbyee :*

Sunday, December 9, 2018

Cannot Brain


Hello myself !

I didn't expect any viewers anymore since I think I'm not me. I've changed a lot.. And yeah somehow today is kind of a reflection day where I forced myself to express it before it became worse.

Firstly, the picture above... Handsome gila masya Allah.... Aku baru 3 episodes and ada total 49 episodes. HAHAH mmg tahun depan pun belum tentu habis. Nak tengok new drama ni memang satu keputusan yang besar bagi aku. Once aku start, aku akan limit gila untuk tengok tu then if heroes dia menarik hati tu memang kembang je laa hati time 30 minit during watching tu kan. After habis je dia back to normal life of course. And obviously, sekarang bukan masa yang sesuai untuk tengok apa-apa drama sekali pun tapi aku ter sangatlah hilang life or any enjoy moments so di sini aku berpuas hati dengan keputusan aku untuk tengok drama ni. Even though cerita dia skrg ni (even baru 3 episodes) banyak yang tak masuk akal but still I'm defending myself to continue watching this.

Sorry laa banyak cakap campur (sorry-ing to myself) sebab kalau pro english memang nak full speaking tapi apakan daya bahasa ibunda itu adalah bahasa melayu hahahahhahaha

Now aku tengah semester 3 with only 18 hour credits tapi busy dia macam nak mati Allahu.. Aku tengok je ada orang yang lagi busy but masalah aku ialah aku lost. Aku dah rasa macam takde life. Aku rasa macam takde tujuan untuk aku hidup BUT tak bermakna aku nak end kan life aku okayhhhh. I'm not that kind of depression yet, alhamdulillah. So apa sebenarnya tujuan aku teruskan hidup?

Siang hari pergi kelas secara terpaksa,
menuntut ilmu sebanyak yang mungkin,
cari masa untuk makan or beli makanan,
buat kerja untuk memuaskan hati orang,
cari masa untuk balance kan life which like basuh baju or kemas bilik,
stay up untuk siapkan kerja,
tidur lambat bangun awal,
and repeat.

Then masuk weekend, Khamis malam tu yang sepatutnya waktu rehat 100% but kena paksa diri pujuk hati join program,
The next day sometimes free, sometimes not. Kalau free, isikan dengan benda tertangguh. Kalau tak free memang kena paksa diri pujuk hati.
The next day bangun awal gila for roll call and latihan and kelas and duty then penat gila nak mati sampai koyak mental fizikal
AND the next day paksa diri pergi kelas,
and the cycle goes again....

Aku rasa macam kalau hidup aku untuk buat ni semua... Macam tak berguna tahu tak. So yeah, there's a quote

Aku pun mula berfikir.. Apa yang membuatkan aku bahagia?

If anyone would want to suggest an islamic way to happy, believes me, I've done all that but I just cannot reach the happiness. It's not that I'm not being grateful, it just not seems right. 🤷🏼‍♀️

Then I tried,


until one day I just had enough. Your happiness does not affect mine anymore. I'm feeling of isolating myself for a moment. Then I remembered I have not watched movies for a long time so I chose Miracle In Cell No. 7 movie to make myself feeling better.


I cried that night. Sampai tahap hingus sama banyak dengan air mata. Dua dua menjijikkan dan membasahkan bantal and tilam aku 😅 and malam tu aku tidur awal sebab rasa penat. Then esok nya aku bangun, aku rasa kosong lagi. Aku rasa macam aku still dalam hidup yang membosankan. So maybe, aku perlu tengok movie lagi untuk release all the tensions kan. Aku tengok lagi movie lain tapi tak dapat habiskan pun. Aku rasa useless juga. Semua benda takde guna.

SEMUA BENDA TIADA GUNA

Aku ada juga cuba untuk video call dengan family aku. Still the same. Aku banyakkan main game or at least bila stress tu main game, still the same. Sampai lah aku dah taktahu apa yang boleh buatkan aku gembira. Hidup ini tiada guna. Takde function, takde reason. Since then setiap malam sebelum tidur, aku baca doa tidur dan aku berharap aku takkan buka mata dah. Amalan aku tak cukup untuk bawa aku ke syurga tapi aku tak mampu dah nak buka mata nak hadap semua ni. Alhamdulillah aku masih buka mata. Aku teruskan je buat semua perkara yang wajib. Wajib study as student, okay on. Wajib pergi kelas sebab parents hantar jauh, okay on. Just benda yang wajib.. Aku makin tak kenal diri aku..

So harini hari Ahad, 9 December 2018, 4:50p.m.
Aku masih rasa benda yang sama. Penat. Terpaksa. Takde tujuan. Kenapa aku masih hidup. Mungkin dosa aku banyak sangat. Mungkin ada petanda, ada hikmah. Aku taktahu dan aku dah penat berfikir. Aku just teruskan hidup.

Anyway harini aku rasa ceria sikit. Pagi tadi kelas Ilwak kan, ustaz buat kelakar. One thing best pasal ustaz ni, dia buat lawak gila kelakar tapi dia sikit pun tak gelak. Dia macam comel gila hahahaha. Banyak aku gelak dalam kelas tadi. Then kelas Tax suddenly madam buka cerita pasal hardships dia so aku ter sangat lah adore. Madam ni datin tau so boleh imagine hidup dia yang kind of 'senang' plus dia beauty with brain. So after madam cerita tu membuatkan aku sedar every hardship is followed by ease. Aku rasa macam madam berhak menjadi seorang datin and hidup 'senang' tu and aku takkan pernah tahu apa lagi kesusahan dia untuk masa sekarang.

And then ada beberapa kawan aku yang tiba-tiba bertegur sapa dengan aku sekali. Yeah aku dulu seorang yang talkative then jadi pendiam so bila orang tegur tu macam something luar biasa laa kan. It kind of cheerful moment. You know right perempuan ni ada masa dia akan bad mood or mood swing tapi sekarang ni aku memang bitter all the time. Aku hidup kerana Allah and family. And this kind of reflection day deserves to be some point that I should take a look back in the future. Aku teruskan bersabar menunggu hikmah-Nya. Untuk semua orang yang still berada di sisi aku, seriously a big thank you and sorry tak dapat nak balas so I hope Allah akan balas jasa korang. Untuk yang acah berada di sisi aku, boleh pergi mampus.

I'm not alone because I have Allah.

Sunday, September 2, 2018

Counting...

I don't regret with all the things I've said. That's the truth when I'm over thinking. At the end of the day, I need to stay and believe and hopes you're doing the same thing. I choose the high risk path. I miss you and until we're grey and old..

Saturday, July 21, 2018

This night.

Heyyo!

Sorry geng lama tak publish post sebab post² sebelum ni banyak cakap pasal hati diri sendiri so macam malu nak publish so kitew simpan baca sorang sorang je laa yer..

Post sekarang ni type guna phone sebab taknak buka laptop lewat malam bagi mengelakkan tidur lambat macam muda dulu. Sekarang pun muda lagi tapi taknak jadi habit laa.. Asyik tertinggal Subuh je haa tu yang bersalah nak bangun lambat tu huhu (tak bermakna dah berjaya tak tinggal :c )

Perempuan kan memang always ada masalah kan and biasanya masalah ni hormone tak stabil, macam aku sekarang laa ni. Perasaan bercampur tau tapi sebenarnya banyak menipu diri sendiri. Actually dia macam rasa sedih, then kau try pujuk diri then kau rasa macam bersyukur then kau happy then kau rasa bersalah sikit then kau murung kejap then kau dah taktahu perasaan sebenar kau apa. Dan bila kau sedar point sekarang sebenarnya kau tengah sedih so kau decide untuk pura² bahagia lagi skali and the pattern goes on..... Disebabkan benda ni memang dah berpusing dalam otak aku baaaanyak kali, benda yang sama je. Aku try untuk luahkan dekat twitter macam aku selalu buat tapi aku perasan ada ramai kawan aku baca, real friends pula tu tau aku taknak dorang risau ke apa so akhirnya aku buka juga blog ni untuk bercerita. Of course aku tak cerita masalah aku dekat family sebab aku pendengar dorang kahkah.. Bendanya ialah, aku taktahu apa aku patut buat. Aku rasa macam seseorang tu salah sebab buat macam tu tapi aku macam tak berhak nak tegur dia sebab aku rasa aku buat benda sama dekat dia dan bila aku fikir balik, yes aku pernah buat something yang lagi teruk dekat dia dulu. Then aku akan fikir ni balasan aku jadi teruk time dulu ke? So aku berhak dapat ujian macam ni? Layanan macam ni? Yes aku rasa berhak tapi sekarang dah melampau... Oh yeah mungkin apa aku buat tu memang teruk sangat sampai aku berhak dapat balasan macam ni. Then aku akan murung 2 3 hari etc. So guys.. Sebenarnya aku memang seorang yang teruk ke? Aku tahu aku jahat dulu tapi memang aku kena hadap semua ni sekarang ke?

Biasanya aku berjaya lagi laa pujuk diri aku sendiri tapi masalah sekarang ni dah 3 kali kot aku mimpi pasal masalah aku and of course aku rasa real sangat sampai aku fikir masalah aku dah selesai tapi bila aku sedar daripada tidur tu, aku rasa aku dihumban masuk dalam penjara realiti lagi sekali 😭 . Dalam mimpi² aku tu, isi dia lebih kurang je iaitu aku kena tinggalkan orang yang bagi aku layanan teruk tu then aku jumpa someone better yang membuatkan aku tak menyesal dengan tindakan aku. And yes, tindakan tu laa benda yang aku asyik fikir, dah banyak kali nak buat tapi aku tak berani ambil risiko, tak berani tanggung rugi..

Sebenarnya aku dah try cerita masalah ni dekat kakak aku, dekat kawan rapat aku tapi semua takde bagi conclusion pun.. Lagipun semua member dah bahagia or ada juga yang depress bab ni so aku tak rasa aku patut desak dorang untuk solution. Benda ni pun on off. Tunggu masa je sampai kesabaran aku 0.

Semalam en aku mimpi best gila laa sebab pasal someone yang aku rindu. Aku dapat jumpa dengan dia and spend time sikit. Macam apa yang kitaorang selalu buat bila berjumpa cuma lebih best laa. Tapi sedih en bila sedar rupanya mimpi je 😟 .

Oh yeah sekarang ni tengah cuti sem 3 bulan. Aku malas tau nak kerja and since duit simpanan ada lagi so aku macam lagi malas laa. Pastu ku sangka kan panas sampai petang tapi hujan di tengahari kan, duit simpanan aku semua dah habis demi orang yang tersayang pastu sekarang aku memang kering gila laa *ini sedih betul betul, bukan cubaan. Kau fikir sendiri laa hasil kau simpan hilang dalam seminggu macam mana* pastu sekarang tinggal sebulan setengah nak start sem baru, memang tak laa nak cari kerja kann.. So aku rasa macam nak protes dengan diri sendiri ah takyah keluar rumah, takde enjoy dengan member apa semua. Tapi member ajak keluar aku tak boleh tolak woi. Haritu aku keluar dengan batrisyia dan zura and memang best gila sampai nak nangis. Aku terharu tau orang ajak aku keluar ni sebab aku jarang laa tak on huhuhuhu. Ni laa orang cakap manusia sekarang banyak fikir pasal duit. Kalau aku botak tu memang aku fikir duit, bukan sibuk study 😂 family aku bukan orang senang weh and bila tengok keadaan family susah depan mata tu rasa sebak tu ada laa. Ini laa punca aku semangat belajar jauh² hahahha. Siapa sanggup susahkan family yang kau sayang gila ketat tu? Aku takde duit nak sara diri sendiri takpe. Mak ayah takde duit fikir anak² sedih woi. Aku rela laa tak demand pape.

Somehow aku rasa nak cerita gak laa masalah family aku sekarang ni sebab one day aku akan baca balik and ingat waktu susah aku ni. Aku kan duduk rumah en, so aku banyak gila tolong mak aku. Serious aku nak ganti semua beban yang dia korbankan tu. Sometimes aku feeling macam dah suri rumah berjaya tapi takde laki hahahha. Pastu memang banyak laa kerja, takdenya rehat main phone main game. Rehat sikit tiber dah kena ambil adik aku dekat sekolah pastu masak makanan tengahari laa kemas rumah laa bagi kucing makan laa. Pergh siapa cakap kerja suri rumah ni senang meh sini aku bagi makan selipar. Macam mana tah mak aku jaga 6 orang dan 10 ekor kucing selama ni. Aku yang ambil half kerja dah mengeluh nak nangis. Tidur macam tak pernah tidur 😂 . Pastu en kalau minyak kereta nak habis, korek tabung weh sampai cukup rm20 baru pergi isi. Kalau bahan mentah habis, korek tabung lagi nak beli ikan ayam beras. Rm50 tak cukup tau. Kena cari rm100 lebih gak laa. Kalau duit tabung tinggal note rm1 pun haa jalan je laa asalkan duit boleh pakai. Pastu sekarang tv rosak, takde tv weh dekat rumah :') lifeless habis laa. Mesin basuh nak rosak gak pastu dalam 2 minggu pergi dobi 3 kali. Angkut baju 3 bakul penuh masuk kereta, pergi dobi, tunggu lebih kurang sejam lebih. Kadang² tunggu 2 jam pastu balik rumah dengan 3 bakul baju bersih, lipat pula semua baju tu. Haa time lipat ni tulang belakang aku dah problem dah. Bakul bukan kecil weh yang duk angkut dari pagi tu. Sampai petang tu memang dah rasa nazak sikit tapi satisfied laa dapat lipat baju semua terus kasi habis hahaha. Itu kerja tambahan. Yang rutin harian nak gosok baju adik pergi sekolah, layan dia main game kalau tak dia merajuk apa semua. Ni pun kadang aku tak terbuat pastu mak aku ganti sebab aku dah k.o. teruk 😆

Tapi aku pegang satu benda ni.. Kalau kita rasa kita dalam keadaan teruk, ada orang lagi teruk. And Allah takkan uji hamba dia kalau dia tak mampu. So aku mampu lagi laa aku cerita ni. Hahahhahahaha. Aku nak gak share masalah aku dekat kawan tapi aku tak reti ah nak share story sedih pakai mesej. Nak jumpa pula susah. Payah ennn.. Masalah perempuan betul 😂 . Oh yeah minggu ni pula aku ada simptom gastrik pastu perut meragam dia pergh memang aku rasa nak tidur 24 jam sehari laa huhu. Sekarang better kott alhamdulillah..

Kadang tu aku tak kisah sangat aku hidup susah.. Tapi tengok mak ayah aku pening cari duit, sebak weh. Dunia sekarang makin sukar ke makin kejam ke aku taktahu laa. Rezeki semua Allah punya kan?

Waiting for my rainbow~ ;)

Monday, October 3, 2016

Back for a couple of minutes!


Hello dan assalamualaikum.

Memang dah lama sangat tak update pasal improvement diri sendiri. Even tak improve banyak, at least ada laa kan. Itu laa manusia kena perbaiki diri sendiri setiap masa supaya menjadi orang yang lebih baik :)

Macam mana dengan life semua orang? Especially kawan-kawan aku, tak kira yang sekolah rendah, sekolah time lower form and kawan time upper form. Alhamdulillah disebabkan kecanggihan teknologi sekarang, dengan adanya apps WhatsApp, aku masih dapat berhubung dengan semua rakan-rakan aku. Cuma aku takde laa active sangat dalam group whatsapp tapi aku sentiasa menjadi silent reader. Ada hot issue baru aku mencelah ennn. hihi.

Same goes here, ada the very hot issue baru nak update plus bila ada mood plus bila ada masa. Well, sekarang ni memang tengah busy tetapi dah mood ada en. Aku baru je menghabiskan another series of kdrama yang bertajuk Secret Garden. Yes, cerita tu memang dah lama gila tetapi biar laa. Aku tengok waktu free time aku je. Hahahhaah. Korang disarankan untuk tengok laa sebab memang tak rugi. Yang penting buat kerja lain yang lebih penting tu dulu okay!

Now dah masuk bulan Oktober so dah 4 bulan laa aku belajar dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Berdasarkan niat aku pada bulan Jun 2015, matriks seriously bukan choice untuk aku sambung belajar tetapi Allah punya perancangan tu memang superb. Struggle tu memang ada untuk menuju ke menara gading tetapi aku berjaya enjoy dalam masa yang sama.

Apa yang membuatkan aku bertahan dekat matrik ialah, firstly, bilik aku :D
Aku suka sangat cara susunan perabot dalam bilik aku tu, sebab dia macam bahagi kepada 4 bahagian, so semua dapat tempat masing-masing. You know that everyone needs privacy kan so aku dapat buat apa sahaja aku nak especially menyepahkan tempat sendiri time aku serabut hehehe

Secondly, kawan-kawan of course. Alhamdulillah roommates aku semua baik-baik. Flaw mereka boleh diterima. Malah dengan sikap tamak ku ini, bilik depan pun dah jadi macam roommates aku sendiri. So whenever aku stress, aku pergi lepak-lepak makan maggi dekat bilik depan. Haa kaw kaw syok nya

(Taktahu kenapa manglish sangat. Jap nak bertenang)

Third, waktu belajar. Semua warga igop tahu betapa packnya jadual harian kita kan huhu. Orang-orang yang duk complain matriks life terlalu busy, mereka taktahu bahawa igop lagi busy :') Macam hiperbola tapi aku rasa ada kebenaran dia. Dekat matrik ni memang akan ada free time di mana aku dapat releasekan tension dan penat aku dan juga ada phone sebagai peneman setia sepanjang emosi. Lagi-lagi aku ni course akaun je so belajar pun 23 jam je seminggu. Aku main anggar je tu. Ada juga laa a lot of extra class and kena daki tangga untuk jumpa lecturer but semuanya worth it. Takde penyesalan lansung masuk sini.

Lagi 42 hari je nak final, semoga readers sekalian mendoakan saya dan rakan-rakan berjaya dunia akhirat ya. Awak doakan saya, insya Allah, Allah balaskan okay hehe. Fikir 42 hari memang macam menderita kan, so aku memikirkan cuti sem hehehehhee.

Oh yang gambar di atas tu crush baru saya ya haahhahahaha

Esok dah sambung rutin harian. All the best !