So, jom kita cerita sikit apa yang berlaku. Jan 2021, future husband jumpa my family. Pilih tarikh 29 Mei 2021 just because 2 weeks after raya. Then just before nak sambut raya tu, PKP datang lagi maka tidak dibenarkan nikah pun etc. Sedih ya masa tu. Itu laa kita usaha huhu dan dapat tarikh 10 Jun 2021.
Nikah dekat pejabat. Perasaan lain macam betul. Then, Ogos 2021 baru suami dapat kerja. Bulan Julai tu memang menganggur sama sama. Kita pula bosan dekat rumah sorang sebab bukan senang ya nak dapat kerja. Pastu Nov 2021 baru laa dapat kerja hehe. Ergh rindu betul kerja akaun. Bulan Feb 2022 kita minta resign sebab mabuk teruk. Workload banyak. Hahhahahahah sebenarnya takde kerja pastu tolong kolig laa banyak jadi hamba.
Sepanjang pregnant best juga sebab banyak kelebihan. Yang tak best, kita muntah setiap hari. Kadang satu hari boleh 8 kali. Puasa pun tak mampu. Lembik. Syukur hujung Sept 2022 dah beranak.
Seronok dah beranak. Ada baby yang kita sayang. Ada orang sekeliling yang tumpang excited… until kita gaduh dengan mak mentua. Marahnya kita sampai sekarang masih geram. Takde rasa nak maafkan pun. Basically, dia tak salah tapi dia over excited dengan cucu sulung. Sejak tu kita syukur dengan semua doa kita yang makbul. Contoh macam dia dah takde datang rumah kita untuk jadi bibik tak berbayar.
Sejak beranak.. penatnya beranak tu. Lepas tu jaga diri sendiri yang luka sebab beranak. Kita pantang sendiri je sebab gaduh tu kan. Habis pantang pun banyak sendiri juga. Kadang tu ada laa pergi rumah mak ke apa tapi memang jarang sangat laa. Sampai laa sekarang umur anak dah 1 tahun 5 bulan. Tak rasa pun “how time flies”. Banyak detik yang kita ingat. Banyak benda sama je kita lalui. Benda benda yang utk disyukuri tu memang banyak juga. Murah rezeki tu betul. Kadang tu rezeki anak. Kita tumpang je.
….and that’s it gais…..
That another depression episode dah hilang lepas kita senaraikan benda benda yang kita bersyukur. Kita ni minta satu je tapi Allah bagi banyak. Melimpah ruah rezeki. Ya Allah terima kasih. Terima kasih untuk segala nikmat-Mu.
Bye gais. Till next depression episode 🤭