Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, July 21, 2018

This night.

Heyyo!

Sorry geng lama tak publish post sebab post² sebelum ni banyak cakap pasal hati diri sendiri so macam malu nak publish so kitew simpan baca sorang sorang je laa yer..

Post sekarang ni type guna phone sebab taknak buka laptop lewat malam bagi mengelakkan tidur lambat macam muda dulu. Sekarang pun muda lagi tapi taknak jadi habit laa.. Asyik tertinggal Subuh je haa tu yang bersalah nak bangun lambat tu huhu (tak bermakna dah berjaya tak tinggal :c )

Perempuan kan memang always ada masalah kan and biasanya masalah ni hormone tak stabil, macam aku sekarang laa ni. Perasaan bercampur tau tapi sebenarnya banyak menipu diri sendiri. Actually dia macam rasa sedih, then kau try pujuk diri then kau rasa macam bersyukur then kau happy then kau rasa bersalah sikit then kau murung kejap then kau dah taktahu perasaan sebenar kau apa. Dan bila kau sedar point sekarang sebenarnya kau tengah sedih so kau decide untuk pura² bahagia lagi skali and the pattern goes on..... Disebabkan benda ni memang dah berpusing dalam otak aku baaaanyak kali, benda yang sama je. Aku try untuk luahkan dekat twitter macam aku selalu buat tapi aku perasan ada ramai kawan aku baca, real friends pula tu tau aku taknak dorang risau ke apa so akhirnya aku buka juga blog ni untuk bercerita. Of course aku tak cerita masalah aku dekat family sebab aku pendengar dorang kahkah.. Bendanya ialah, aku taktahu apa aku patut buat. Aku rasa macam seseorang tu salah sebab buat macam tu tapi aku macam tak berhak nak tegur dia sebab aku rasa aku buat benda sama dekat dia dan bila aku fikir balik, yes aku pernah buat something yang lagi teruk dekat dia dulu. Then aku akan fikir ni balasan aku jadi teruk time dulu ke? So aku berhak dapat ujian macam ni? Layanan macam ni? Yes aku rasa berhak tapi sekarang dah melampau... Oh yeah mungkin apa aku buat tu memang teruk sangat sampai aku berhak dapat balasan macam ni. Then aku akan murung 2 3 hari etc. So guys.. Sebenarnya aku memang seorang yang teruk ke? Aku tahu aku jahat dulu tapi memang aku kena hadap semua ni sekarang ke?

Biasanya aku berjaya lagi laa pujuk diri aku sendiri tapi masalah sekarang ni dah 3 kali kot aku mimpi pasal masalah aku and of course aku rasa real sangat sampai aku fikir masalah aku dah selesai tapi bila aku sedar daripada tidur tu, aku rasa aku dihumban masuk dalam penjara realiti lagi sekali 😭 . Dalam mimpi² aku tu, isi dia lebih kurang je iaitu aku kena tinggalkan orang yang bagi aku layanan teruk tu then aku jumpa someone better yang membuatkan aku tak menyesal dengan tindakan aku. And yes, tindakan tu laa benda yang aku asyik fikir, dah banyak kali nak buat tapi aku tak berani ambil risiko, tak berani tanggung rugi..

Sebenarnya aku dah try cerita masalah ni dekat kakak aku, dekat kawan rapat aku tapi semua takde bagi conclusion pun.. Lagipun semua member dah bahagia or ada juga yang depress bab ni so aku tak rasa aku patut desak dorang untuk solution. Benda ni pun on off. Tunggu masa je sampai kesabaran aku 0.

Semalam en aku mimpi best gila laa sebab pasal someone yang aku rindu. Aku dapat jumpa dengan dia and spend time sikit. Macam apa yang kitaorang selalu buat bila berjumpa cuma lebih best laa. Tapi sedih en bila sedar rupanya mimpi je 😟 .

Oh yeah sekarang ni tengah cuti sem 3 bulan. Aku malas tau nak kerja and since duit simpanan ada lagi so aku macam lagi malas laa. Pastu ku sangka kan panas sampai petang tapi hujan di tengahari kan, duit simpanan aku semua dah habis demi orang yang tersayang pastu sekarang aku memang kering gila laa *ini sedih betul betul, bukan cubaan. Kau fikir sendiri laa hasil kau simpan hilang dalam seminggu macam mana* pastu sekarang tinggal sebulan setengah nak start sem baru, memang tak laa nak cari kerja kann.. So aku rasa macam nak protes dengan diri sendiri ah takyah keluar rumah, takde enjoy dengan member apa semua. Tapi member ajak keluar aku tak boleh tolak woi. Haritu aku keluar dengan batrisyia dan zura and memang best gila sampai nak nangis. Aku terharu tau orang ajak aku keluar ni sebab aku jarang laa tak on huhuhuhu. Ni laa orang cakap manusia sekarang banyak fikir pasal duit. Kalau aku botak tu memang aku fikir duit, bukan sibuk study 😂 family aku bukan orang senang weh and bila tengok keadaan family susah depan mata tu rasa sebak tu ada laa. Ini laa punca aku semangat belajar jauh² hahahha. Siapa sanggup susahkan family yang kau sayang gila ketat tu? Aku takde duit nak sara diri sendiri takpe. Mak ayah takde duit fikir anak² sedih woi. Aku rela laa tak demand pape.

Somehow aku rasa nak cerita gak laa masalah family aku sekarang ni sebab one day aku akan baca balik and ingat waktu susah aku ni. Aku kan duduk rumah en, so aku banyak gila tolong mak aku. Serious aku nak ganti semua beban yang dia korbankan tu. Sometimes aku feeling macam dah suri rumah berjaya tapi takde laki hahahha. Pastu memang banyak laa kerja, takdenya rehat main phone main game. Rehat sikit tiber dah kena ambil adik aku dekat sekolah pastu masak makanan tengahari laa kemas rumah laa bagi kucing makan laa. Pergh siapa cakap kerja suri rumah ni senang meh sini aku bagi makan selipar. Macam mana tah mak aku jaga 6 orang dan 10 ekor kucing selama ni. Aku yang ambil half kerja dah mengeluh nak nangis. Tidur macam tak pernah tidur 😂 . Pastu en kalau minyak kereta nak habis, korek tabung weh sampai cukup rm20 baru pergi isi. Kalau bahan mentah habis, korek tabung lagi nak beli ikan ayam beras. Rm50 tak cukup tau. Kena cari rm100 lebih gak laa. Kalau duit tabung tinggal note rm1 pun haa jalan je laa asalkan duit boleh pakai. Pastu sekarang tv rosak, takde tv weh dekat rumah :') lifeless habis laa. Mesin basuh nak rosak gak pastu dalam 2 minggu pergi dobi 3 kali. Angkut baju 3 bakul penuh masuk kereta, pergi dobi, tunggu lebih kurang sejam lebih. Kadang² tunggu 2 jam pastu balik rumah dengan 3 bakul baju bersih, lipat pula semua baju tu. Haa time lipat ni tulang belakang aku dah problem dah. Bakul bukan kecil weh yang duk angkut dari pagi tu. Sampai petang tu memang dah rasa nazak sikit tapi satisfied laa dapat lipat baju semua terus kasi habis hahaha. Itu kerja tambahan. Yang rutin harian nak gosok baju adik pergi sekolah, layan dia main game kalau tak dia merajuk apa semua. Ni pun kadang aku tak terbuat pastu mak aku ganti sebab aku dah k.o. teruk 😆

Tapi aku pegang satu benda ni.. Kalau kita rasa kita dalam keadaan teruk, ada orang lagi teruk. And Allah takkan uji hamba dia kalau dia tak mampu. So aku mampu lagi laa aku cerita ni. Hahahhahahaha. Aku nak gak share masalah aku dekat kawan tapi aku tak reti ah nak share story sedih pakai mesej. Nak jumpa pula susah. Payah ennn.. Masalah perempuan betul 😂 . Oh yeah minggu ni pula aku ada simptom gastrik pastu perut meragam dia pergh memang aku rasa nak tidur 24 jam sehari laa huhu. Sekarang better kott alhamdulillah..

Kadang tu aku tak kisah sangat aku hidup susah.. Tapi tengok mak ayah aku pening cari duit, sebak weh. Dunia sekarang makin sukar ke makin kejam ke aku taktahu laa. Rezeki semua Allah punya kan?

Waiting for my rainbow~ ;)