Travel Lah tu nama account twitter yang aku follow. Account tu suka tweet gambar pemandangan or hotel yang cantik dan patut diterokai oleh siapa-siapa yang teringin, macam aku. Aku tak suka sangat travel sebab aku malas nak bersiap mahupun keluar dari rumah.. tapi aku nak travel sebab aku suka tangkap gambar dan tengok pemandangan dan kebesaran serta keindahan Allah. Best moment ever, kan?
Alhamdulillah, 13 buah negeri dekat Malaysia ni aku dah pernah pergi even banyak lagi tempat tak pergi tapi aku sangat bersyukur. Of course semua trip aku dengan family aku sebab ayah tak pernah bagi aku travel alone tanpa dia. Aku nak pergi sekolah jalan kaki pun dia tak bagi. Sekolah tu jarak kurang dari 100m je but aku okay je. Aku tak bantah
Lebih kurang 3 bulan sebelum SPM start, time aku nampak keakraban silaturahim antara dormmates aku, the only seniors dalam dorm aku tu decide untuk travel together. Setelah berminggu kitaorang bincang, kitaorang decide nak pergi KL. Okay untuk aku sebab ayah aku mesti laa bagi je kan. Dah habis plan, parents untuk salah seorang antara kitaorang tak setuju sebab KL macam bahaya untuk budak-budak macam kami. Masa tu lagi sebulan je nak SPM so kami decide untuk cancel the whole plan. Focus SPM dulu. Ibu bapa punya berkat tu penting sangat
Lepas sebulan dapat result SPM, Mas dapat idea untuk pergi bercuti bertiga. Disebabkan hotel dekat Sri Iskandar tu tak mahal sangat which means kami bertiga mampu tanggung dan Awin pun dah kerja which means dia ada duit sendiri laa kan, kami decide untuk teruskan impian terkubur. All thanks to Mas :)
Me in the ETS alone hahaha
Sampai je Ipoh, Mas and mak dia pickup aku. Then kami pergi beli KFC sebab aku tak makan apa-apa since morning and kami juga ada singgah area situ untuk makan cendol then baru pergi ke rumah Mas. Aku memang lapar gila pun tapi lepas solat time pukul 5 ptg mcm tu, aku tertidur sampai pukul 7. Mas tak kejut lansung, dia kata aku penat. Hahahah. Pukul 7 tu laa baru makan KFC then malam tu kami tengok movie and kdrama (Di sini laa mulanya kisah aku start tgk kdrama)
Aku nak juga smiling face mcm Lee Seulbi ni ._.
Esok pagi tu lepas solat subuh, aku tertidur and bangun dalam pukul 9 or 10. Again, Mas tak kejut lansung. Hahaha. Lagipun takde apa nak dibuat sebab kitaorang malas nak ikut mak Mas keluar awal pagi. Kitaorang duduk je dalam rumah and lastly hilangkan kebosanan dengan tengok movie macam Dilwale, Shin Chan The Movie and macam-macam juga laa sampai ke petang. Petang tu, mak Mas balik kerja bersama-sama Awin then mak Mas hantar kami pergi check in hotel.
Mak Mas sporting gila, terima kasih makcik !
Lepas solat Maghrib, baru kitaorang keluar dari bilik and jalan-jalan dekat Billion. Beli tiket wayang then makan dekat restoran yang ada dekat luar Billion tu. Jalan kaki sikit laa. Makanan dia sedap. Kami ada makan ice cream together, gossip, gelak-gelak. Bestnyaaaaa. Makanan pun macam banyak gila and aku tak habis pun tau. Lepas makan, tengok Jungle Book then habis wayang masuk bilik and ready to sleep. Of course laa kami bertiga tidur satu katil je and aku tidur tengah-tengah. HAHA macam tak perlu bagitahu pun sebenarnya, k.
Esoknya kami plan nk breakfast awal then mandi kolam. Apa yang sebenarnya berlaku ialah, lepas subuh, kami tidur balik and bangun pukul 8 macam tu maybe. Bersiap apa semua, pukul 9 baru sampai cafe hotel untuk breakfast HAHAHAH. Then dekat pool ada seorang lelaki ni tengah mandi membuatkan kami malu so kami decide untuk duduk dalam bilik je sampai waktu check out.
Dah check out pun, kami lepak dekat lobby dulu baca suratkhabar and tangkap gambar. Dalam bilik pun dah banyak bergambar sebenarnya. hehe. Dah puas tu baru pergi main bowling. Awin first time main bowling and dia menang. Aku dengan Mas dengki gila. Awin dapat laa hadiah rm10 dari kami :P
Then main dekat arcade tu. At first main basketball tu and aku kalah. Aku salahkan mesin tu (hahahha aku jahat). Lepas tu kita lawan racing and aku menang. Aku bangga gila nak mati, macam biasa. Dapat main lagi sekali pula tu for free you know. Then kami just jalan-jalan pergi kedai and lastly lepak dekat kedai kek. Makan macam orang kaya gila sambil tunggu abang Mas jemput kami balik ke rumah Mas semula...
Saje letak muka hodoh ni. Gelak macam hape
Lepas sampai rumah Mas, kami tengok Dilwale again. Ni kali ke-6 aku tengok Dilwale sebenarnya tapi aku minat sangat kot sampai addicted. Kaali handsome kan, takleh nafi. Untuk dinner, kami makan mi segera je sebenarnya tapi kind of special sebab from Korea. Haritu Mas bercuti dekat Korea, and jangan risau mi segera ni halal okay, insyaAllah. Lepas makan kami tengok movie The Visit. Ni cerita hantu tau sebenarnya. Nak bagi feeling punya pasal, kami tengok dalam keadaan yang creepy juga laa, siap tutup lampu.
Agaknya terlalu gelap kot, dalam pukul 12.30am tu Mas dengan Awin dah tidur. Kurang asam gila dua orang ni tinggalkan aku alone tengok part seram cerita tu. Aku takde laa takut sangat pun and actually aku lebih kepada main phone. HAHA Pukul 1 lebih baru aku tidur tau. Simpan laptop pun sorang-sorang.
Esok pagi tu Mas dan Awin hantar aku pergi station bas. Bas sepatutnya datang pukul 10am so aku semangat je tunggu, tapi bas sampai dalam pukul 12pm. Its okay, aku banyak susahkan Mas laa, sorry Mas...
Awin penat sangat okay HAHAHAHAHAHA
1 jam lebih kemudian, aku sampai Teluk Intan. Ain dan Rai pickup aku and bawa balik rumah Ain. Petang tu pula, Aten, Nanat dan Mudah pun sampai rumah Ain. Malam tu kitaorang buat bbq sikit, bakar ayam. Malam tu tengok tv bersama-sama kejap then aku tidur dgn Aten dan Nanat.
Esok pagi lepas Subuh semua pakat lebur balik. Aku ni dah berapa kali tidur lepas subuh. Hahaha. Pukul 9 macam tu baru kitaorang keluar rumah and pergi ke Teluk Intan Bus Station. Cadangnya beli tiket pukul 12pm. So, sementara tunggu bas tu nak jalan-jalan dekat Menara Condong. Saje nak trip laa katakan. Sadly, bas nak ke KL ada pukul 11am je or 2pm. Ada banyak lagi laa waktu lain, just pukul 12pm tu takde. Pukul 10am kitaorang baru start breakfast.
Since semalam Zura baru dapat tahu aku datang Perak so dia macam berusaha untuk jumpa aku pagi tu sebab tiket balik ke KL aku pukul 11am kan. Less than one hour. Sweet kan Zura gigih nak jumpa aku. Aku terharu gila. Masa ambil result SPM tu aku tak sempat jumpa dia :(
Masa tangkap gambar ni, rushing gila sebab lagi 5 minit je bas aku nak bertolak. Sebab tu kami bantai je bergambar tepi longkang. Background tu bus station laa tu. Then Zura pun balik and kawan aku yang lain pergi lawat Menara Condong. Trip aku tamat disitu sahaja.
Aku rasa berterima kasih sangat dekat semua orang especially keluarga Mas dan keluarga Ain. Sorry kalau ada salah dan silap sepanjang waktu kita bersama, eceh *emoji love*. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Sorry juga dekat Noha yang nak sangat jumpa aku tapi aku tak dapat nak tunaikan sebab takde transport. Kalau kau perempuan, aku dah lama setuju nak merempit dengan motor kau tu. HAHAHA jk
BYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE