Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, September 23, 2013

Success For Your Own Work

Assalamualaikum. :)

No picture for this entry. Hehe. Malas nak download dekat google. Kalau guna laptop, URL dah cukup kannnn.

Kali ni nak cerita sikit pasal aku. Yelaa nak cerita pasal orang lain, buat apa. Cerita fakta or something yang umum takpe la juga. Tadi kan, dekat sekolah, aku lepaskan semua benda yang ternovel dalam hati aku dekat kawan aku. Serious, better walaupun sikit. Walaupun kawan aku tu tak cakap apa-apa. Cukuplah sekadar dia mendengar :)

PMR lagi 9 hari. Nervous dapat berubah menjadi stress. So I think it's time to change. Kalau stress tu, better stop study je la sebab study membuatkan anda stress ! Aku takde stress sebab study. Yelaa, aku dan game tak dapat nak dipisahkan. Hehehehe. InsyaAllah kami kahwin lepas PMR :p

Weh esok aku pergi seminar Arab. Sekian sahaja lah merepek aku kan. Banyak lagi nak membebel tapi tapi masa nak tinggalkan aku. Nak kena kejar ni ;) byeee

My instagram: khairulthird

Sunday, September 22, 2013

Saje Mencuba


Assalamualaikum ;)

Woah sekarang dah pukul 12 pagi dan aku tak tidur lagi. Hehe. Saje nak bercerita sedikit sebelum tidur kan..

PMR lagi 10 hari. Imagine yang time rocket nak ke bulan. 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2...... and then you'll die. Haha. Sekejap je lagi tapi aku masih lagi dengan habit online and tak belajar. Aku tahu aku teruk :/ InsyaAllah aku akan cuba juga untuk berubah :) So, best luck ever kepada semua calon PMR di Malaysia ni especially kampung tercinta aku iaitu Terengganu.. Walaupun aku duduk dekat KL ya :p Tidak lupa juga kepada classmates aku dan budak tingkatan 3 yang lain lah. Do your best. Prove that you can success !

Walaupun PMR dah dekat, manusia seperti aku ini telah membuat account instagram. Hehehe. Baruuu je buat tau. Aku buat sebab aku ikut kakak dan abang aku. Bukan kawan okay, takkan sesekali. Kahkah. So bole la cari khairulthird. Bukannya ada apa-apa gambar pun sebenarnya xD

Lastly nak cerita pasal masalah aku sikit. Orang nak ambil exam ni of course la nervous sangat sampai stress kan. So selain daripada stress tu, aku ada masalah dengan kawan ._. Sedih...

Sorry tak dapat nak sambung cerita. Aku dah ngantuk dah. Good night ;)

Thursday, September 5, 2013

Pengalaman Baru :D


Assalamualaikum :)

Setelah lama aku mendiamkan diri, tibalah masanya untuk meng-update lagi.

Aku nak cerita pasal pengalaman baru aku. Takdelah hebat or gempak sangat. Just pasal berusaha menyelesaikan masalah, maybe?

Sekarang, budak form 3 semuanya balik pukul 3.30 ptg disebabkan ada Klinik PMR tapi untuk budak Ibnu Sina ni, macam biasa je la.. Dengan kelas Arabnya kan.. Haha. Sepatutnya hari ni kitaorang balik pukul 4.05 petang. Cikgu BM tak datang hari ni so dapatlah balik pukul 3.45 petang. Aku dah pesan dekat mak aku untuk ambil pukul 4. Disebabkan malas nak call, tunggu je la kehadiran ibu tersayang.

Tunggu punya tunggu, sampai lah pukul 4.16 petang, abang aku baru sampai sekolah. Then, hantar kawan-kawan aku yang tumpang, lepas tu balik rumah lah kan. Aku sekolah dekat Setapak Indah, rumahnya dekat Sentul. Dalam perjalanan tu, ada la dekat satu traffic light ni. Kereta tiba-tiba macam buat hal.

Lepas abang aku tekan minyak ke apa semua benda dia buat, kereta tu gerak la macam biasa. Then stop dekat Shell, depan tu je. Masa tu kereta okay dah. Sambung la perjalanan en. Sampai dekat Pasaraya OTK Sentul tu, kereta macam tadi balik. Sebelum apa-apa berlaku, abang aku pun stop la dekat depan OTK tu. Abang baru je cakap "Entah-entah habis minyak", then terus kereta tu mati. Tak sempat nak fikir dekat mana tempat isi minyak apa semua sebab kereta dah mati.

Keputusannya ialah, tinggalkan kereta dekat situ and patah balik pergi ke tempat isi minyak. Firstly kena cari bekas untuk letak minyak. Dari OTK tu, nak pergi ke tempat isi minyak tu, kena lalu dekat masjid, kawasan perumahan, kedai2 lepas tu baru la jumpa tempat isi minyak. Dekat situ ada 3 stesyen minyak. Yg pertama, BHPetrolMart. Kedua, Shell and ketiga Petron.

Kitaorang pergi dekat Shell, takde. Pergi dekat BHP, takde. Pergi dekat Petron, takde tapi sebelah Petron ada bengkel so dekat situ la baru ada. Ada apa? Bekas nak isi minyak.. Btw, abang aku ni tak bawa phone and duit pun ada rm4 je. Perbelanjaan lain, guna duit aku lah kan. Mula2 guna duit untuk beli bekas isi minyak tu la. Dah beli tu, pergi dekat Shell and beli minyak rm6.

Lepas tu pergi la jalan kaki balik pergi ke kereta. Bekas yang kitaorang letak minyak tu, macam tak muat so abang aku ambil botol mineral je la. Apa-apa pun kena potong botol tu so beli la gunting dekat OTK. Then tuang minyak apa semua. Lepas kereta dah boleh start, pergi la u-turn bersama kereta tu untuk isi minyak. Dah isi tu baru balik rumah. 5 lebih juga la kitaorang sampai rumah so lebih kurang satu jam berjuang mencari minyak kereta untuk balik rumah >.<

Woah. Now aku penat sangat. Esok dekat sekolah aku ada Dialog Bersama Ibu Bapa and Hari Kad Laporan :) Result percubaan PMR aku pun, 3A 4B 2C je.. Takdelah hebat sangat en

Byebye ;)